Google
 

Friday, June 01, 2007

Ingin ada BLOG anda sendiri?


Kami di www.negarakumalaysia.blogspot.com menjemput persatuan/kelab/IPTA/s/organisasi untuk bekerjasama dengan kami, menganjurkan bengkel sehari BLOGGING untuk warga masing-masing, di tempat anda. Jika berminat, hubungi Gee 019-917 3234.


Skrol ke bawah untuk melihat:
  1. Objektif bengkel
  2. Butiran bengkel
  3. Kepentingan blog kepada individu
  4. Tips mempromosikan blog anda
  5. Bagaimana buat blog guna blogger.com
  6. Kaedah letak "aksesori" (poll, digital counter, Google Adsense, video, imej, dsbnya) dalam blog






OBJEKTIF BENGKEL


Secara umumnya, bengkel berrtujuan untuk :

1. Memperkenalkan peserta kepada blog dan kepentingannya
2. Menggalakkan penulisan melalui blogging
3. Membudayakan perkongsian ilmu dan percambahan minda
4. Membantu penguasaan bahasa (BM dan BI) melalui penggunaan blog




Pada akhir bengkel, setiap peserta akan mempunyai blog mereka sendiri










BUTIRAN BENGKEL
Tarikh: berdasarkan perbincangan
Tempat: Makmal komputer
Masa: 8.30 pg—4.15 ptg
Yuran: RM50.00 / peserta (yuran termasuk makan-minum dan bahan bengkel)

Dengan menyertai bengkel, anda juga menyumbang kepada kebajikan anak-anak yatim. Sumbangannya dalam bentuk berikut:


  • 10% daripada perolehan yuran akan disumbangkan kepada anak-anak yatim ATAU
  • 2 orang anak yatim dapat sertai bengkel secara percuma bagi setiap sesi

    Nota : untuk usahasama dengan persatuan/organisasi/kelab, pemilihan oleh pengurusan persatuan/organisasi/kelab yang terlibat










TIPS MEMPROMOSI BLOG ANDA

Blog umpama diari maya anda. Cuma ianya untuk dikongsi dan diberi komen oleh orang lain. Itupun, dengan kebenaran anda. Ianya juga umpama rumah maya. Anda boleh letak pelbagai "perabot dan kelengkapan" serta bermacam "hiasan" untuk menceriakan "rumah" anda ini. "Rumah" yang menarik biasanya senang dikunjungi dan ingin dikunjungi oleh ramai orang. Bila dah ramai datang ke rumah anda, anda boleh ceritakan banyak perkara, malah jika anda mahu, boleh hulur "katalog barangan" untuk pengunjung membuat pembelian.

Justeru, anda perlu promosikan blog anda kerana dalam dunia ini terdapat banyak lagi rumah maya. Alamat rumah maya anda ialah URL blog itu sendiri (contoh, alamat rumah maya kami ialah www.negarakumalaysia.blogspot.com). Cuba kaedah berikut untuk mempromosikan blog anda:

  1. letakkan URL blog anda sebagai sebahagian daripada "signature" untuk email anda.
  2. beri komen ringkas dalam online forum (misalnya, cari.com, mecd.com). Jemput ke blog anda untuk mengetahui pandangan anda selanjutnya tentang isu yang dibincangkan
  3. letakkan nama blog anda dalam senarai "friends" dalam blog seramai mungkin rakan-rakan. Lakukan perkara yang sama untuk nama blog rakan-rakan anda
  4. Jika anda menulis artikel dalam akhbar atau menulis buku, jangan lupa letakkan nama blog anda
  5. buat sticker URL blog anda dan tampal di cermin belakang kenderaan anda
  6. jika anda pendidik, sentiasa galakkan pelajar anda untuk mengunjungi blog anda. Blog boleh jadi alat untuk pembelajaran yang kreatif dan tidak membosankan. Pelajar mungkin tak banyak cakap depan anda tapi banyak tulis komen dalam blog anda.
  7. anda boleh daftarkan blog anda dalam direktori blog yang terdapat di internet, samada berbayar ataupun percuma.


BUAT BLOG GUNA BLOGGER.COM (Google)



Untuk buat blog sendiri, anda boleh gunakan cara yang sama seperti kami gunakan untuk bangunkan http://www.negarakumalaysia.blogspot.com . Daftar secara percuma, hanya ambil masa kurang 15 minit untuk daftar dan cuma ada 3 langkah. Untuk letak aksesori dan ciri advance tu, kenalah explore sendiri atau BOLEH IKUTI BENGKEL saya.
  1. Untuk daftar, klik http://www.blogger.com/start
    (gambarajah di bawah akan dipamerkan. Ikut 3 langkah dengan klik butang "continue" (jangan Sign in dulu sebab anda belum daftar lagi)
  2. Bila dah selesai ikut 3 langkah, maknanya anda dah ada blog sendiri. Setiap kali nak pos atau edit blog anda, anda perlu taip alamatnya (URL), misalnya http://www.negarakumalaysia.blogspot.com di Browser (internet). Kemudian, Sign in (penjuru atas kanan) dengan menaip USERNAME (iaitu alamat email anda) dan PASSWORD. Username dan Pasword ni anda telah daftarkan semasa buat 3 langkah pendaftaran blog (1). Anda boleh buat banyak blog menggunakan USERNAME dan PASSWORD yang sama.








KAEDAH LETAK "AKSESORI" DALAM BLOG ANDA

Tungguuuuuu....

























1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum Gee, bagaimana saya nak jemput anda untuk kita buat kursus bina blog ini di kawasan saya? Nizam, Parit Buntar