Saya pernah terfikir untuk membuat kajian tentang negeri dan orang Kelantan. Saya tak pasti tentang anda tapi salah satu keunikan yang dapat dikatakan bila sebut pasal Kelantan ialah "ikatan kenegerian yang erat". Sebelum saya bincang lebih jauh, perlu saya jelaskan di sini bahawa objektif saya utarakan topik ini ialah untuk mengkaji (mencari jawapan) dan bukannya mengangkat satu negeri atau kaum lebih daripada yang lain. Ini kerana :
- keunikan tidak hanya menjurus kepada kebaikan tetapi boleh juga ke arah keburukan.
- walaupun berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini, saya sendiri gagal menjawab persoalan "Sebab apa orang Kelantan mudah akrab bila jumpa sesama negeri?".
Ini soalan yang sering ditanya birah (suami kakak ipar) saya yang berasal dari Negeri Sembilan. Katanya, beliau sering juga berjumpa orang senegerinya (Negeri Sembilan) di KL, tapi keakrabannya masih tidak setanding orang Kelantan. Jadi, kami bersetuju bahawa BAHASA bukanlah faktornya.
Satu lagi teori yang perlukan kepastian ketepatannya ialah "keakraban sesama orang Kelantan hebat hanya semasa berada di luar Kelantan".
2 comments:
asalamualaikum..
kawe rasa..orang kelate ni bila dok luar..jadibaik....sebab semangat...yang ada......antara rakyat kelateeee.....
..Tok Wan Senik....
Ya...kita setuju dgn Tok Wan Senik tu pasal SEMANGAT. Tapi kita nak kaji lebih pasal "semangat" tu sebab orang negeri lain tentunya ada juga semangat ni.
Macam ada org tanyo sebab apa ore Kelate makan nasi waktu pagi macam makan tnegahari? Siap dengan lauk pauknya sekali. Awal pagi (6.30)dah makan berat..
Saya tanya tanya org, rumusan yg boleh saya buat ialah kemungkinan sewaktu waktu dulu org kelate ni hidup mereka susah, buat kerja berat mcm ke laut, ke hutan menoreh dan sebagainya. Jadi mereka bangun awal dan sediakan makanan pagi mcm makan tengahari - utk dapatkan tenaga utk bekerja keras!
Post a Comment