Saya timbulkan isu ini untuk mendapat maklumbalas daripada rakan pembaca. Mungkin bagi sesetengah pihak, persoalan IBADAT dan ADAT ini tidak besar. Ini kerana dalam banyak kes, "sempadan" antara kedua-duanya tidak jelas, macam seakan...apa tu orang sekarang kata, "borderless"?? Tak jelas tu sebenarnya salah kita juga. Kita tak cukup ilmu dan tak usaha untuk cukupkan ilmu. Pemahaman diterima sejak turun- temurun dan tidak mempraktikkan apa yang diterima turun-temurun ini dianggap satu kesalahan, atau dosa mungkin!. Tapi pernahkah kita ambil tahu samada apa yang diamalkan turun-temurun itu betul atau tidak , dari hukum-hakam agamanya? Fokus perbincangan saya di sini mengenai dua perkara :
1) Hantaran kahwin - le ning musim kenduri kahwin. Zaman saya dulu (1994) hantaran sekitar RM5,000. Sekarang (2007), dengar khabar sekitar RM8,000. Tahun 2010 pula RM berapa agaknya? Yang berpuluh ribu tu, kita tak payah ceritalah...kita cerita kasta biasa. Mungkin, hantaran kahwin pun kena ada harga bumbung jugalah gamaknya suatu hari nanti. Isu di sini ialah kebimbangan bahawa ADAT akan menghalang IBADAT. Jika hantaran sekitar RM8,000. Belanja kenduri dan perbelanjaan lain pula RM10,000, dah jadi RM18,000. Untuk anak muda yang baru kerja, mana nak cari RM18,000????? Masalahnya, masyarakat kita ni masyarakat "banyak mulut" (sayangnya, bukan tentang nahi mungkar!) dan tak ramai keluarga yang sanggup "tutup telinga". Jadi kita lebih bimbang masyarakat mengata ("berapa hantaran kahwin anok dia tu? Bak po sikit sangat hahhh...?&^%X#@") dari lihat anak muda terus "bergandingan", tidak kahwin disebabkan tidak dapat memenuhi "harga pasaran semasa" hantaran kahwin. Jadi guano?
2) Masa berkabung isteri selepas kematian suami (iddah) - ada seorang wanita yang dah 2 bulan kematian suami. Telah diterima untuk menunaikan haji pada tahun 2007. Beliau tidak pergi mengikuti kursus haji yang diadakan kerana takut melanggar iddah. Guano ni?
Saya ingat hal-hal berkaitan Adat dan Ibadat ini perlu dibincangkan dalam Khutbah Jumaat. Ini dapat menyedarkan masyarakat dan mungkin dapat mengelakkan orang tidur (kepada sesiapa yang tidurlahhh...). Masalahnya, kita banyak take things for granted , anggap ramai dah tahu dalam hal-hal sebegini atau mereka boleh cari sendiri!
4 comments:
Betul, itulah senario yang berlaku dalam masyarakat Melayu masa kini. suka sangat jadi 'mami jarum'terutamanya kaum wanita. pada pendapat saya, hantaran yang tinggi bergantung kepada kemampuan masing-masing. Setahu saya dikampung-kampung wang hantaran sekitar RM5000-RM8000 adalah biasa...Tambahan pula nilai wang masa kini semakin kecil eg (RM50 = RM5)
?????????!
Benar, terdapat golongan masyarakat sering mengangkat adat hingga tertinggal atau terhalang ibadat. Itu baru bak kahwin dan Iddah.
Sebab tulah kita pernah terdengar ( kalau pernahlah ) dari kecil seorang muslim tu kena dedahkan dengan kefahaman agama secara berperingkat mengikut keperluan umur.
Contoh budak umur 7-10 tahun kena tahu wuduk, sembahyang dan fardu ain yang asas.
bila dah masuk umur baligh hingga nak nikah - ajar pulak muamalat dan nikah kahwin dll berkaitan fardu kifayah yang lebih luas.
Malangnya, bila umur 40 -50 masih tanya syarat sah wuduk dan cara mandi wajib lagi...
Sebab itulah, masalah mas kahwin tu pun masih pening.
Mengapa tak tanya hadis nabi- kan Nabi s.a.w ada sebut, makin rendah mas kahwin lagi baik. Tapi kalau pakai otak logik ikut acuan bukan Islam memang tak nampak fadilat nabi s.a.w bersabda begitu....
cayo demo nazif
Mas kahwin dan wang hantaran ada perbezaannya.Satu tuntutan agama dan yang lagi satu kehendak semasa mengikut tradisi atau adat. Mas kahwin(minima) ditetapkan olih majlis agama negeri dan wang hantaran mengikut keupayaan dan bolih dirunding. Selalunya semasa akad nikah cuma mas kahwin saja yang disebut.Tapi ada juga yang mencampurkan mas kahwin dan wang hantaran dan jumlah tersebut disebut sebagai mas kahwin semasa akad nikah.Kita kena berhati-hati untuk mengelakan dari rasa riak. Satu masa dulu ada ura-ura untuk melantik Mufti Agong untuk menyeragamkan perlaksanaan isu-isu agama tapi dibatalkan. Wang hantaran ada tujuannya. Ianya untuk meringankan beban kewangan pihak perempuan.Sebab itu ada kalanya separuh dari jumlah yang ditetapkan dibayar sebelum hari perkahwinan. Kebanyakan kita jahil dalam banyak hal umpamanya bab nikah kahwin. Satu cara untuk mengurangkan kejahilan ialah melalui khutbah Jumaat.
Post a Comment