Google
 

Wednesday, June 06, 2007

Apa kelainan dalam tandas ini?

Apa kelainan dalam tandas ini? (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Ada apa-apa yang lain tentang tandas ini berbanding dengan tandas-tandas lain? Saya pasti tidak sukar bagi anda untuk melihat kelainannya - wayar hitam airnya terjuntai ke bawah! Saya pasti anda juga boleh mengagak mengapa ianya dipasang begitu. Pernah anda jumpa tandas sebegini? Saya ambil gambar ni semasa saya berkunjung ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) di Gombak pada 5 Jun 2007. Tandas ini terletak di bangunan Pentadbirannya.

Saya anggap ini sebagai satu kreativiti yang bertujuan memudahkan orang lain - wayar dok berselerak atas lantai, masuk dalam mangkuk tandas dan sebagainya. Pencuci pula senang membersihkan lantai....SYABAS saya ucapkan kepada pemberi idea, pereka, kontraktor dan sesiapa jua yang terlibat dengan menghasilkan tandas sebegini.

Masyarakat kita ni suka duduk dalam kepompong. Jika kita cadang perkara yang di luar kebiasaan sikit walaupun bermanfaat kepada ramai orang, banyak "pantang larang"nya - payah nak buatlah, peliklah, mahallah, susah nak luluslah, ambil masa lah dan sebagainya. Kita lebih suka ikut kebiasaan. Mungkin kerana yang kebiasaan itu mudah dan senang, tak payah fikir-fikir lagi....Kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 50 pada 31 Ogos 2007 ini. Kemerdekaan fizikal penting tapi ia tak sepenting kemerdekaan MINDA.....bila agaknya kita nak sambut kemerdekaan MINDA ini....

4 comments:

Anonymous said...

Dare to be different. No many who are daring enough to be different.

Pak Cik Satu Dua said...

That's the different between those who fully utilize their brain and those who just wanna make things done....

Anonymous said...

a'kum..sir..saya ni apit..sir..
nak komen ni..tp xtau kat mana..
page sir terlampau padat..banyak
sangat tulisan..saya pening xtau nak klik mana untuk citer pengalaman tue..xjumpa cari..
serabut sangat lar sir..alter balik sir..:) saya kan pengkritik terbaik uitm dungun..hehe:)

ikhlas: apit@fiza

Anonymous said...

sir..dapat tak komen saya..saya rase sir pun tak ley perasan saya ade leave komen untuk sir..serius nie..hehe