Ibubapa kita dulu-dulu dikatakan kurang berpelajaran. Namun, kita lihat ramai manusia jadi orang!
Ibubapa kini dilihat lebih berpelajaran, bijaksana dan bermaklumat. Namun, sebelum kita tua pun kita dah lihat macam-macam....
TOWARDS A LOVING & CARING SOCIETY : Community, accounting, riddle, entrepreneurship, alternative treatment, religion (kemasyarakatan, keusahawanan, perakaunan, perubatan alternatif, keagamaan, kisah tauladan, teka-teki).
3 comments:
Hi buddy,
I'm back.......!
Memang kita selalu dengar komen macam ni tapi kalau dihalusi ada sebab-sebab tertentu yang akan kita ketahui.Bapa saya meninggal ketika umur saya lima tahun.Tanggung jawab membesarkan kami adik beradik ditanggung ibu sepenuhnya. Ibu tak bolih membaca. Routin harian beliau,pagi menoreh getah,petang kekebun dan malam ke surau dengar ceremah.Disamping itu beliau memastikan kami kesekolah,buat kerja rumah,makan dirumah,pergi mengaji dan tidur awal.Jadi dimana beliau cari bahan rujuk untuk menbesarkan kami. Jawapannya disurau.Siapa idola beliau,Rasulullah SAW.Kami memang jarang makan diluar.Pertama sebab miskin,kedua ibu akan masak dan kami makan makanan hasil dari jari ibu. Adik bungsu berumur dua minggu apabila bapa meninggalkan kami. Ibu meyusukan beliau. Kami adik beradik jadi orang.Cuba tinjau keadaan hari ini,anak-anak makan diKFC,minum susu lembu,jarang makan dirumah ibu bapa sibok dll.Keadaan memang berbeza dibanding dengan keadaan semasa saya kecil.Ibu bapa berpelajaran untuk dunia,bagaimana akhirat? Cubalah fikir-fikirkan!!
Salam,
Isu yang anda tonjolkan memang mengamit untuk dibaca dan dikomen,Anonymous sebut tentang pengalaman dia tu mungkin ada kebenarannya.
Tapi saya ingin sentuh tentang aspek rezeki. Saya fikir dalam mencari rezeki mungkin kita berbeza dengan ibubapa kita dulu.
tengoklah sekarang kita senang jer terlibat dengan riba. kekadang bangga pulak pasal dapat kereta besar dan rumah besar dengan pinjaman kaedah riba.
betullah kita tak bagi keluarga makan hasil riba, tapi tinggal dan naik dengan benda yang terlibat dengan riba pun boleh beri kesan kepada anak-anak dan keluarga. Perkara yang lain syubahat lagi banyak.
kalau kerja dengan orang pulak ( makan gaji ) masa kita kerja tu betul ke dengan gaji yang kita dapat? kalau bos cakap pukul 8 masuk, betul ke pukul 8 kita masuk??? atau kita lagi pandai daripada orang yang bagi kerja kat kita.???
Lepas tu bila kerja, betul ke kita bagi khidmat seperti yang selayaknya ??? kalau kita tukang sapu, bersih ke tidak apa yang kita kerjakan???
Atau kalau kita ahli akademik apa dia kerja-kerja akademik yang kita dah sumbangkan??? cukup ke dengan mentadbir dan mengajar??
cukuplah kot.
Yang penting marilah kita menghitung diri. terutama yang menulis ini sendiri.
Post a Comment