Google
 
Showing posts with label Analogi. Show all posts
Showing posts with label Analogi. Show all posts

Sunday, April 12, 2009

Main wau

Pernah main wau? Masa kecil dulu, saya main wau yang diperbuat drp. kertas buku latihan sekolah - bahagian kiri dan kanan kertas dilipat, bahagian hujung kertas ditebuk dan diikat benang. Dengan kombinasi angin kuat di tengah sawah yang luas....ianya naik tinggi melangit walaupun bahannya ringkas! Selain drp. bahan dan faktor angin, kemahiran lepas dan tarik (orang Kelantan kata, jut) tali perlu ada. Untuk wau naik dengan baik, tali tidak seharusnya sentiasa dilepaskan. Kadang-kadang kena juga ditarik. Saya pasti menaikkan wau di kawasan sawah di kampung tidak sesukar di kawasan taman perumahan di bandar. Di bandar, ada tiang letrik, tiang telefon, ada piring astro, rumah bertingkat-tingkat dan sebagainya. Menaikkan wau ibarat membesarkan anak-anak. Mendidik anak zaman dulu ibarat menaikkan wau di kawasan sawah, manakala mendidik anak zaman sekarang ibarat menaikkan wau di kawasan perumahan. Dalam kontek ini, rasanya ibubapa sekarang tak seberuntung ibubapa dulu. Usaha mendidik anak-anak mengikut acuan agama jadi semakin sukar. Ironinya, ibubapa dulu tak sekolah tinggi macam ibubapa sekarang, tak berilmu pengetahuan sehebat ibubapa sekarang dan tak mewah macam ibubapa sekarang.

Monday, June 23, 2008

Kabel....

Kabel.... Hidup zaman sekarang nampaknya tak dapat lari dari kabel. Almaklumlah, ini zaman teknologi tinggi - urusan dah jadi semakin komplek dan tidak boleh lagi dibuat sendiri dengan berkesan. Walaupun ianya diakui memudahkan, ketidakselesaan disebabkan oleh kabel juga tidak dinafikan. Hidup boleh jadi serabut jika banyak kabel. Bila dah ada kabel, kena pula jaga betul-betul. Jika tidak, boleh jadi litar pintas dan membahayakan diri. Kabel ni ada pelbagai - kecil, besar, halus, panjang dan pendek. Bila dah ada semua ciri-cirinya, semua dipanggil kabel. Malangnya, penggunaan "kabel" oleh sesetengah daripada kita mendatangkan ketidakadilan kepada orang lain - kita dapat apa yang dikehendaki dengan kita menidakkan hak orang lain. Jika dirujuk kepada hakikat bahawa hidup di dunia ini ada titik henti dan hidup akhirat infiniti serta setiap tindakan dijanjikan pembalasan, keselesaan yang dinikmati di atas ketidakadilan kepada orang lain, dirasakan "tidak padan kes"!!!.

Wednesday, February 13, 2008

"Maintenance and Overhaul"

"Maintenance and Overhaul"
Semua orang tahu yang kenderaan yang kita miliki dan guna setiap hari tu mesti diselenggara secara berterusan. Jika tidak, kita tak tahu ada masalah sehinggalah, ianya tiba-tiba mengalami kerosakan. Dah kena buat pembaikian yang menyeluruh (overhaul). Bila dah kena overhaul, kosnya pun mungkin tinggi. Tak tahulah pula jika ada orang yang kenderaannya tidak pernah dihantar ke bengkel untuk diselenggara semenjak ianya dibeli. "Semuanya OK. No problem", katanya. Solat pun kena "masuk bengkel" juga. Mungkin kita dok amalkan apa yang diajar kepada kita semasa kecil. Tak pernah ambil kisah untuk semak samada ianya betul atau salah. Soalan bocor dah diketahui yang solat ini perkara pertama akan ditanya semasa sesi soal jawab di "alam" yang satu lagi nanti. Jika di zaman pengajian, dapat soalan bocor saja, kita akan sibuk ulangkaji. Banyak cara kita nak "bengkelkan" solat - hadir kuliah di surau/masjid, dengar CD atau kuliah melalui radio dan juga melalui pembacaan. Tapi jika kita terlalu sibuk untuk semua itu, "overhaul cost" nya tinggi - tahu yang solat yang dipraktikkan sejak kecil tu tak sempurna hanya bila dah di penghujung usia. Masa tu, pendengaran pun kurang, keadaan pun dah tidak mengizinkan untuk ke surau/masjid dan mata pun dah kabur.

Monday, February 04, 2008

Dam Aji

Dam Aji Sebenarnya imej yang paling bertepatan diletakkan di sini ialah imej Dam Aji. Malangnya, tak jumpa cari. Buat sementara ni, saya gunakan imej Chess ini. Pernah main Dam Aji? Masa saya kecil, di kampung orang main Dam Aji atas wakaf. Papannya, simen lantai wakaf tu lah. Kerapnya main sampai lekuk lantai wakaf tu. Bagi saya, Dam Aji ni bagus untuk membina pemikiran kreatif tapi jika dah "taksub", hari hari main sampai tak ingat anak bini atau makan minum atau sembahyang bang, ianya dah jadi sesuatu yang melalaikan. Tak tahulah samada lo ni ada lagi ke tidak budaya orang "melepak" atas wakaf atau bawah pokok, main Dam Aji. Dalam permainan ini, selagi tak "naik Aji", kena jalan selangkah demi selangkah, dan ke depan sahaja. Bila dah "naik Aji", ha.. ha.. ha.., ada lesen besar! - boleh jalan depan belakang, "makan" orang kiri kanan belakang depan! Kalau main Dam Aji terbang, lagilah besarnya lesen bila dah "naik Aji" - boleh terbang jauh dan berpeluang "makan" banyak orang.
Dalam menjalani kehidupan, kita janganlah jadi macam dalam permainan Dam Aji ni. Masa susah, kita kkole, lembik tengkok. Bila dianugerahkan kesenangan, kita lupa diri! "Lesen" digunakan sewenang-wenangnya dan kita lupa dari mana kita datang......

Wednesday, January 23, 2008

Cermin

Cermin Cermin ada di mana-mana. Tak susah nak cari cermin untuk tilik diri. Biasanya makin kerap kita lihat cermin, makin risau kita tentang diri - "Alamak! jerawat jambu batu!" atau "Aduh! badan dah tak nampak bentuk, kena jogging/diet nih!" atau "Aisehhhh....atas hidung ada jeragat! Krim apa sesuai nih!" atau "ayyaaa...ada tahi lalat hidup/uban!" dan sebagainya. Jika tak lihat cermin, kita tak tahu tentang diri dan tak risau - pakai baju terbalik ke pasar/ambil anak sekolah/pejabat pun rilek saje...sebabnya kita tak tahu yang ada sesuatu yang kurang dengan diri. Muhasabah diri ibarat lihat cermin - kena kerap! Baru nampak kelemahan dan kesilapan sendiri. Jika tidak kita anggap diri sentiasa okay (atau asyik anggap orang lain saja tidak okay). Jika anggap diri sentiasa okay, tak rasa perlu minta ampun dengan Tuhan. Nabi S.A.W yang maksum pun sentiasa muhasabah diri dan minta ampun. Berapa kali Nabi S.A.W minta ampun dengan Tuhan dalam sehari? Kita berapa kali?

Tuesday, December 18, 2007

Bila manja?

Bila seseorang itu manja dengan Tuhannya?
Bila dia melalui saat yang sukar!
Dalam keadaan menempuhi kesukaran, solat boleh jadi lama dan khusyuk. Doa boleh jadi panjang dan menitiskan air mata. Saat sukar juga boleh buat "user manual" kehidupan iaitu Al-Quran dipegang dan dibaca. Jadi, jangan sesekali berprasangka buruk kepada Allah s.w.t atas kesukaran yang diberikan. Di kawasan perumahan, biasanya dibuat bonggol di atas jalan. Tujuannya agar pemandu beringat dan memperlahankan kenderaan. Jika tidak, pemandu akan pandu laju bagaikan jalan itu "ana yang punyaaa!". Kesannya buruk, samada kepada diri pemandu sendiri atau orang lain - terjun longkang atau langgar anak orang!

Monday, December 17, 2007

Transit!

Transit!! Sekarang ini lebih kurang 3 juta umat Islam sedang berhimpun di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan kita berdoa agar kita juga diberi keupayaan untuk mengunjungi rumah Allah yang sejak kecil menjadi kiblat kita, orang Islam. Saya nak kongsi analogi kehidupan manusia yang dikaitkan dengan perjalanan untuk mengerjakan haji atau umrah ini.

Jika kita menggunakan pesawat Emirates untuk mengerjakan umrah, kita akan singgah/transit di Dubai. Dubai adalah bandaraya cantik, moden dan mengkagumkan. Biasanya, jangkamasa transit ini satu hari. Jadi, kita akan dibawa melawat Dubai dan membeli-belah. Kita akan terpegun dengan hotel mewah di tengah lautnya, pusat membeli-belahnya, “rumah” musim sejuknya dan pelbagai lagi. Kekaguman ini, silap silap hari bulan, boleh buat kita lupa yang perjalanan kita ini adalah perjalanan ibadah dan destinasi sebenar kita ialah Madinah/Mekah. Ada orang yang tak puas hati, nak habiskan banyak masa lagi di Dubai. Di Dubai pun dah berbelanja sakan, habis-habisan! Kita seakan lupa hakikatnya iaitu transit di Dubai ni hanya sehari. Yang penting dan panjang masanya ialah di Madinah/Mekah.

Dalam mengharungi kehidupan pun begitulah....dunia ibarat Dubai, tempat transit yang menarik dan mengkagumkan. Tak salah jika bergumbira di "Dubai", tapi jangan sampai macam tak nak sambung perjalanan dah. Gunakan kesempatan di Dubai untuk wujudkan "nilai tambah" keberadaan di Madinah/Mekah nanti.

Thursday, November 15, 2007

Macam menaikkan wau!

Pernah main wau atau layang-layang? Masa kecil saya buat wau dari kertas buku latihan sekolah saja. Kreativiti dan keseronokan hilang bila masa berlalu. Nak bagi wau naik tinggi, tak semudah yang disangka. Naik dalam erti kata mengikut kemahuan kita - bukan simpang siur, ke hulu ke hilir, atau hanya setinggi tiang lampu atau setinggi-tingginya sehingga tak dapat kita lihat atau diturunkan semula! Formula untuk berjaya menaikkan wau tinggi mengikut kemahuan kita ialah kombinasi tepat pembuatan wau, cara menaikkannya, tempat dan faktor angin. Menaikkan wau tak boleh sentiasa lepas saja talinya. Kena tarik juga talinya, walaupun ada angin yang cukup. Orang kampong saya kata, kena pandai “jut” (tarik dan lepas) tali.

Membesarkan anak-anak boleh diibaratkan macam menaikkan wau. Ada orang hanya "lepas" saja anak mereka, tak pernah "ditarik"! - ikut segala kemahuannya, silap tak pernah ditegur/marah, sentiasa dimenangkan....
Membesarkan anak dulu boleh diibaratkan bermain wau di sawah padi - kawasannya lapang dan luas (atau lawah)! Membesarkan anak di zaman sekarang pula boleh diibaratkan bermain wau di kawasan taman perumahan – ruang terhad, ada kabel letriklah, kabel telefonlah, ada pokoklah dan sebagainya. Pendeknya, bermain wau di kawasan perumahan lebih berisiko. Jika kita mahir “jut” tali pun, belum tentu wau dapat naik dengan baik. Wau mungkin boleh tersangkut di kabel letrik, kabel telefon, atau dahan pokok!

Saturday, June 09, 2007

Don't stay too long in a "queue"

Don't stay too long in a "queue"

I took this photo on the Karak Highway 2 years ago on my way back to Terengganu. It took me 10 hours to reach Terengganu from KL as compared to only 6 hours on a normal journey. In this situation, it's better not to stay too long in the queue. You've to either stop for a while or overtake other vehicles and be in front. Staying too long in this type of driving will be tiring, diverting your focus and dangerous too...On that day, I saw several accidents along the chain!
Look at the above scenario from a working culture perspective. If you get stuck in a slow-type working culture where people are complacent and comfortable with their "slow and steady" working style, you should either "stopover" or make initiative to "overtake" all, be indifferent!. "Accidents" could occur! "Stopover" does not mean dormant but you're just working from outside the box! In a stormy wheather, aeroplane either does not take off or flies above the "striking and lightning"!