Monday, May 18, 2009
Alah bisa tegal biasa.....
Dengar apa yang kita nak dengar...
Wednesday, May 13, 2009
Sakit tapi takut makan ubat.....
Friday, April 10, 2009
Sunday, February 10, 2008
Adakah kita dikenali?
Thursday, February 07, 2008
Kewajipan seorang anak
Anak LELAKI:
- Allah
- Rasul
- Ibu/ibu mertua
- Bapa/bapa mertua
- Isteri
- Allah
- Rasul
- Suami
Ada orang sayang bini tapi tak sayang ibu bini. Jika ikut urutan (hiraki/rating) yang dinyatakan oleh pengarang buku ini, taraf ibu mertua sama dengan ibu kandung. Begitu juga dengan ayah. Orang tua lumrahnya, banyak karenah (orang muda pun apa kurangnya - darah muda!). Justeru, kehidupan bersama dengan orang tua perlu dilalui dengan penuh kesabaran. Jika diamati, sebenarnya kehidupan bersama orang tua merupakan satu peluang keemasan - untuk kumpul pahala! Bila orang tua dah tiada, peluang tetap ada tapi mungkin sedikit sukar. So lagi nok kongsi - jika ada suami yang lebihkan perhatian kepada ibunya, sang isteri kena faham dan sokong. Ini kerana melihatkan rating ibu/ibu mertua kepada orang lelaki ialah selepas Allah dan rasul.
Wednesday, October 24, 2007
Jari Telunjuk !
Monday, October 08, 2007
Lelaki DAYUS!
Ada juga diutarakan persoalan bagaimana jika sisuami berkata yang dia dah berbuih mulut nasihat siisteri tapi tak nak dengar. Jawab Dato', tak cukup dengan buih mulut. Langkah yang perlu dibuat selepas dah lengoh nasihat ialah jangan tidur dengan isteri (setengah ulamak berpendapat selama 41 hari), kemudian jika tak berkesan juga, pukul (tanpa mendatangkan kemudaratan). Selepas diusahakan semua itu, barulah sisuami terselamat dari siksaan tidak menjalankan amanahnya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)
Sunday, October 07, 2007
Friday, September 28, 2007
Maksud ayat Al-Quran
يَاوَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ
10 . Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata:?Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?
وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْساً إِذَا جَاء أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
11 . Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.
Wednesday, September 26, 2007
Jalan menuju syurga
Untuk lihat grafik di atas dengan lebih jelas, klik di sini. Saya dapat grafik di atas melalui email/internet. Tahniah kepada yang menciptanya kerana bagi saya ianya sesuatu yang inovatif dan kreatif. - bersabarlah jika anda tak dapat projek sebab anda tak sanggup "hulur"(amal rasuah)
- bersabarlah jika permohonan anda untuk mendapat kerja/naik pangkat/sertai pasukan sukan/kelab ditolak kerana anda bertegas untuk pakai tudung/tutup aurat
- bersabarlah jika anda disisih kerana anda tak ingin minum atau kaki perempuan
- bersabarlah jika anda tidak popular kerana anda cuba bersikap adil
- bersabarlah jika anda "kekal di takuk lama" kerana anda tak sanggup main kotor
Bersabarlah kerana hidup ini singkat dan ada titik henti. Dunia ini sememangnya neraka bagi yang ikut "papan tanda" dan syurga bagi yang langgar "papan tanda".
Tuesday, September 25, 2007
Anak ayah....jalan ke syurga itu berduri!
Anak ayah...jalan ke syurga itu berduri!

