- Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah? Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
- Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah? Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
- Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin? Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu.
- Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan? Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
- Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan? Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
- Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah? Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
- Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri? Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
- Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya? Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
- Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri? Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Monday, January 21, 2008
Mengahwini wanita hamil
Wednesday, May 30, 2007
Ibadat & Adat
Monday, May 14, 2007
ANBJ:Anda terlihat ada tahi cicak di kaki imam...
- makmum yang melihat kena maju ke depan ke sebelah imam dan imam perlu berundur - ini memerlukan ilmu/pengetahuan di pihak imam dan juga makmum. Jika tidak imam mungkin terkejut (ehhh...siapa pula nak ambil alih aku ni???). Sebab itu, seboleh-bolehnya yang berada betul-betul di belakang imam semasa solat ialah seseorang yang juga arif tentang apa yang perlu dilakukan jika sesuatu berlaku kepada imam.
- jika sesudah solat, seseorang memberitahu bahawa beliau nampak ada tahi cicak di kaki imam (tetapi beliau tidak berbuat apa-apa sehingga selesai solat), individu terbabit perlu solat semula.
Le ni seakan tiada masa nak gi "nnadah kitab" (dengar orang mengajar agama di masjid/surau). Jika membaca dan berkongsi ilmu pun kita kurang praktikkan, bagaimana kita nak tingkatkan ilmu (agama) di dada. Kekadang, kita dok praktikkan apa yang kita belajar masa sekolah dulu - tak pernah periksa samada kita di "landasan" betul ke tidak dan tak pernah tambah. Tiada masa kerana sentiasa dibuai dengan kesibukan dan bermacam "keralikan" (keasyikan) lain....
Justeru, saya harap kita dapat berkongsi ilmu di sini, terutamanya ilmu penting seperti solat ini, untuk manfaat bersama. Dalam kontek persoalan di atas, jika ada pembetulan (mungkin saya silap dengar), sila maklumkan.
Saya kira dalam zaman masjid/surau lengang ni, konsep "nnadah kitab" di masjid/surau ini perlu diperluaskan kepada forum perbincangan di internet dan mungkin blog seperti ini. Harap-harapnya kaedah mendekati dan melalui "dunia" orang zaman ini (internet), kita dapat mengurangkan kadar kejahilan dalam masyarakat....
Friday, April 06, 2007
Mengapa tak sama?
- jari telunjuk digerak-gerakkan (berkali-kali) semasa tahiyyat akhir
- duduk tahiyyat akhir sama dengan duduk tahiyyat awal
Mungkin mereka yang arif boleh berikan pandangan mengapa ini berlaku, adakah ianya dibenarkan dan sebagainya. Kita bertanya jika kita tidak tahu atau ingin tahu. Ini akan bantu kita untuk beramal melalui ilmu. Kita tidak ingin beramal tanpa ilmu atau berilmu tanpa amal....
Jika ingin beri komen, sila klik http://www.negarakumalaysia.blogspot.com