Google
 
Showing posts with label keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label keibubapaan. Show all posts

Tuesday, July 08, 2008

Anak, pelaburan yang berbaloi!

Anak, pelaburan yang berbaloi!

Dah 3 hari anak ustaz yang sedang menuntut di Mesir balik becuti. Dah 3 hari juga anak ustaz "ditolak" ke depan menjadi imam solat dan beri tazkirah selepas subuh. Rasa cemburu melihat ustaz yang kusyuk menjadi makmum kepada sianak dan mendengar kepetahan anak mengucapkan ayat-ayat Allah S.W.T dan terjemahannya. Pada saya, jika mengambilkira kekalutan muda-mudi masakini, ustaz sudah berjaya menjalankan sebahagian besar daripada tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Memilih bidang pengajian mendalami ilmu agama adalah sesuatu yang sukar dalam dunia sekarang, samada kepada ibubapa mahupun sianak. Ianya memerlukan kepada kenyakinan yang tinggi kerana cubaannya hebat. Ya lah, bidang-bidang yang sentiasa dibualkan ibubapa ialah seperti IT, kedoktoran, undang-undang, angkasa, perakaunan, agro, bio dan sebagainya. Lebih teruk lagi, ada yang berfikiran, kerjaya ustaz atau pendakwah, tak termasuk dalam senarai, dipandang rendah atau tiada masa depan. Amat malang kerana kita berada dalam masyarakat yang sebegini. Bila agama dikesampingkan dalam mencari ilmu atau daripada kerjaya, kita akan berjumpa dengan pembangun sistem yang suka menggodam, doktor yang ambil kesempatan atau jual ubat batuk untuk kaya cepat atau mengenakan caj perkhidmatan tinggi melampau, peguam yang sanggup menegakkan benang basah hanya kerana duit, akauntan yang suka gelapkan duit majikan dan bijak tutup lubangnya, bos yang mementingkan kuasa dan tiada timbang rasa, individu yang bertuhankan duit! Hakikatnya:

  • ramai cari ustaz untuk solat hajat/doakan anak yang nak duduki peperiksaan atau temuduga
  • ramai cari ustaz untuk jadi "tok jora" (ketuai) majlis tahlil atau akiqah anak
  • di usia tua, ramai yang mencari ustaz untuk mendengar tazkirah dimasjid/surau

Saturday, June 14, 2008

Embun di hujung daun....
Embun di hujung daun sifatnya jernih, suci bersih dan sejuk mata memandang. Namun, ianya 'rapuh', sensitif - mudah jatuh berderai jika kita tidak berhati-hati dengannya. Begitulah juga dengan perasaan orang tua atau ibubapa kita, terutamanya apabila pada usia senja. Sebagai seorang anak, kita mungkin mudah lupa hakikat ini, lebih-lebih lagi bila kita sendiri sudah meningkat dewasa/usia dan mempunyai keluarga sendiri. Kita perlu sedar bahawa status dan tanggungjawab kita sebagai anak tidak tamat walaupun kita sudah bergelar isteri/ibu atau suami/bapa. Saya teringat satu iklan dalam TV tentang seorang anak yang tidak sabar melayan karenah ayahnya yang bertanyakan acap kali soalan yang sama mengenai seekor burung. Soalan, "burung apa?' ditanya berkali-kali oleh seorang ayah tua kepada anak lelakinya yang sudah dewasa. Sianak cepat melatah dengan sikap si ayah dan lupa yang semasa kecil, sianak juga pernah menanyakan soalan yang sama berkali-kali. Siayah, pada ketika itu sabar melayan karenah sianak dan menjawab dengan penuh kasih sayang serta hikmah. Kita mungkin tidak mengatakan "uhhh!" secara terus, seperti yang dinyatakan dalam ayat Allah s.w.t. tetapi banyak tindakan serta ungkapan kita yang boleh didefinisikan sebagai "uhhh!".

Usia tua ibubapa sinonim dengan sikap suka bercerita masalah yang dihadapi, pembelaan kucing atau obsesi kepada tumbuhan seperti bunga-bungaan, pembelian tidak terancang dan sebagainya. Pada kita, semua itu remeh kerana banyak lagi hal lain yang kita anggap penting. Keberadaan dan melayan karenah orangtua tidak harus dilihat sebagai beban oleh sianak. Sebaliknya, ia perlu dilihat sebagai peluang untuk sianak mengaut pahala daripada Allah s.w.t. Saya berdoa semoga diri ini dan kita semua tidak "terbabas" dalam menangani situasi ini. Minyak naik dan kos hidup yang tinggi lo ni tidak harus dijadikan alasan untuk tidak pulang menziarahi mereka atau tidak berbelanja untuk orang tua. Bawalah kemana mereka nak pergi dan penuhilah permintaan mereka seboleh mungkin, selagi hayat mereka dan kita dikandung badan. saya sudah kehilangan kedua-dua ayah kandung dan ayah mertua. Kini, saya hanya ada ibu dan ibu mertua - dua insan yang pada saya, tiada insan lain lagi yang dapat menandingi keihklasan doa mereka kepada kesejahteraan hidup kita. Saya berdoa agar saya serta keluarga terus diberikan ketabahan dan terus bersama bersama mereka. Terlalu banyak jasa mereka kepada saya dan keluarga.....


Artikel lain yang berkaitan : "Kesiknya dia..."




Sunday, April 20, 2008


“Kesik” ialah bahasa Kelantan yang saya definisikan sebagai perasaan kesunyian dalam kalbu yang teramat sangat. Ia biasanya timbul dalam sanubari ketika keseorangan di malam hari atau senja. Berbanding dengan sunyi, kesik lebih tinggi tahapnya, datang menyentuh perasaan secara sekilas/cepat dan jangkamasanya, sedetik. Namun bila perasaan kesik datang, ia bisa menitiskan air mata.....

Sepanjang minggu ini saya berada di UUM, Sintok – menyahut seruan menimba ilmu dari atas buaian hingga ke liang lahat! Memandu berseorangan dari Dungun ke Sintok sejauh lebih 500 km (satu hala) dalam sehari dan merentasi bukit bukau lebuhraya Timur Barat, sememangnya mengujakan. Dalam perjalanan pulang, singgah sekejap di Machang – ziarah ibunda. Betullah kata orang, kasih ibu sampai bila bila...walaupun kita semakin berumur dan dah bekeluarga sendiri, kasihnya tetap sama atau semakin bertambah. Bila kita balik, dihidangnya makanan penuh meja dan istimewa. Pada hari tanpa kunjungan kita, mungkin hanya nasi dan ikan goreng saja jadi santapan. Mungkinkah kasih sayang dan layanan siibu kepada kita sama dengan kasih sayang dan layanan kita terhadap siibu bila umurnya semakin meningkat?

Saya sampai di rumah ibu hampir senja. Suasana rumah beliau dan kejiranannya sunyi. Sukar nak gambarkan perasaan di ketika itu tetapi itulah mungkin yang didefinisikan sebagai kesik!. Kenangan zaman kecil, riuh rendah sedang bermain di laman bersama adik-beradik dan taulan, menjelma di fikiran. Tiba-tiba....di petang itu, semuanya jadi sepi, hilang! Perasaan “missing” dan kekosongan muncul....

Gambar di atas, saya ambil semasa ibu sibuk menyiapkan sesuatu untuk anaknya yang datang ziarah. Ibu saya asyik mengatakan dia teringatkan menantu dan cucunya apabila melihat saya kerana biasanya mereka datang bersama-sama saya. Saya berbaring sambil melihatnya – hanya dia dan saya di dalam rumah tersebut! Di saat tiada apa yang kami bualkan, terdetik di fikiran saya, “kesiknya dia....”.

Tak dapat saya bayangkan beliau mengharungi hari hari tanpa suami dan anak-anak di sisi. Kekesikan beliau mungkin gagal saya fahami sepenuhnya kerana di ketika ini, saya masih dikelilingi isteri dan anak-anak. Yang merisaukan saya ialah fenomena ibu atau ayah tinggal berseorangan ini sudah menjadi seakan lumrah. Jika begitulah gayanya, insyaallah panjang umur, sianak yang sekarang ini sedang selesa berada dalam keramaian akan suatu masa berada dalam kekesikan, seperti yang dialami siibu sekarang. Jika kekesikan menjadi realiti di usia tua, saya berdoa saya akan setabah ibu.
Setiap kita ada kekangan (limitasi) masing-masing. Orang tua sememangnya ingin tinggal di rumah mereka sendiri (walaupun berseorangan). Anak-anak pula perlu merantau untuk mencari rezeki dan kehidupan. Inilah kehidupan.....

Tuesday, January 15, 2008

Keibubapaan: Berhati-hatilah dengan kanak-kanak

BERHATI-HATI lah dengan kanak-kanak. Ada yang terlebih nakal, nakal, kurang nakal, tak nakal langsung. Kecelakaan ada di mana-mana. Namun, tugas ibubapa/penjaga lah untuk mengawalselia agar mereka dapat membesar dengan baik. Masa kecil, saya kena godam (pukul) dengan suratkhabar dan talipinggang tapi sekarang walaupun beliau sudah tiada, saya faham benar mengapa si ayahanda lakukan itu.
Semalam, pukul 10 malam, saya ke kedai beli barangan. Keluar daripada kedai saya lihat kanak-kanak +- umur 4 tahun dok bertenggek atas motorsikal RZ (dia buat aksi ala racing). Nampak kelakar sebab motornya besar tapi "driver"nya kecil tuit (kecil sangat). Saya dok tenung dia selama 30 saat - tiada orang dewasa dekat - mana ayah ibunya?. Oooooo..rupa-rupanya si ayah sedang membeli dalam kedai...nasib baik tiada "orang kucing" berhampiran. Pastikan sindrom "tidak jadi ke anak aku" menular dalam fikiran kita.

Thursday, January 10, 2008

My Mother.....

My Mother (Try to read till the end....)
My mom only had one eye. I hated her... she was such an embarrassment. She cooked for students & teachers to support the family. There was this one day during elementary school where my mom came to say hello to me. I was so embarrassed.
How could she do this to me?I ignored her, threw her a hateful look and ran out. The next day at school one of my classmates said, “eeee, your mom only has one eye!”
I wanted to bury myself. I also wanted my mom to just disappear. I confronted her that day and said, If you're only goanna make me a laughing stock, why don't you just die!My mom did not respond...
I didn't even stop to think for a second about what I had said, because I was full of anger. I was oblivious to her feelings.
I wanted out of that house, and have nothing to do with her. So I studied real hard, got a chance to go abroad to study. Then, I got married. I bought a house of my own. I had kids of my own. I was happy with my life, my kids and the comforts.
Then one day, my mother came to visit me. She hadn't seen me in years and she didn't even meet her grandchildren. When she stood by the door, my children laughed at her, and I yelled at her for coming over uninvited. I screamed at her; How dare you come to my house and scare my children! GET OUT OF HERE! NOW!
And to this, my mother quietly answered, & apos; Oh, I'm so sorry. I may have gotten the wrong address, and she disappeared out of sight. One day, a letter regarding a school reunion came to my house. So, I lied to my wife that I was going on a business trip. After the reunion, I went to the old shack just out of curiosity. My neighbors said that she died. I did not shed a single tear. They handed me a letter that she had wanted me to have.
My dearest son,
I think of you all the time. I'm sorry that I came to your house and scared your children. I was so glad when I heard you were coming for the reunion. But I may not be able to even get out of bed to see you. I'm sorry that I was a constant embarrassment to you when you were growing up. You see........when you were very little, you got into an accident, and lost your eye. As a mother, I couldn't stand watching you having to grow up with one eye. So I gave you mine. I was so proud of my son who was seeing a whole new world for me, in my place, with that eye.
With all my love to you,
Your mother.
Morale of the story :
  1. Always tell someone that you love them because you never know what day will be their last, or your own.
  2. Always seek to resolve your problems or disagreements with loved ones because if either of you should pass on before, the one who is left alive will have the rest of their life to ponder those unresolved feelings but will never find closure. And closure usually brings peace...

Thursday, January 03, 2008

Keibubapaan : Beratnya beg sekolah saya...

Keibubapaan : Beratnya beg sekolah saya....

Tuesday, December 11, 2007

Tak macam berada di negara sendiri...

Tak macam berada di negara sendiri...
Pada 8 Disember 2007 (Sabtu), kami melawat Petrosains yang terletak dalam KLCC. Mengkagumkan. Pendapat kami, Petrosains merupakan tempat yang sesuai untuk dilawati keluarga. Banyak ilmu tersedia untuk dibongkar di sana. Dua dewasa dan dua kanak-kanak (bawah 12 tahun) dikenakan bayaran RM24 semuanya. Masa berada dalam Petrosains +- 2 ½ jam. Hari Isnin tutup. Di dalamnya, banyak teori dan praktikal sains dipamerkan. Ianya menarik kerana semua itu dipamerkan bukan sahaja dalam bentuk bahan bacaan tetapi juga permainan (games).

Apa yang tak menarik ialah keadaan di KLCC, sekitarnya dan di stesen LRT. Tak rasa macam berada di negara sendiri. Mungkin kami masih berfikiran kekampungan macam tempat yang kami datang. Kami ni hanya sekali dua kali saja ke KL dalam setahun. Ramai orang dan sesak itu biasa dan boleh kami terima kerana almaklumlah, BIG CITY! Tapi jika ianya sesak oleh remaja Melayu yang berpasangan, berdua-duaan (di khalayak ramai) dengan pakaiannya aduh..duh..duh….Kami yang bawa anak ni rasa macammmmm….kami dah salah tempat! Salah seorang anak saya yang "banyak mulut" berkata macam dalam skrip di sebelah! Jika dengan kawan, kita mungkin boleh bagi maklumbalas, “biasalah…orang bandar besar”. Tapi kita tak boleh berkata begitu dengan anak-anak kerana kita tak nak beri gambaran kepada mereka bahawa berpakaian dan berkelakuan sebegitu tidak dibolehkan di kampong dan dibolehkan pula di bandar besar!

Thursday, December 06, 2007

English Camp 2007

English camp 2007
Susah juga nak rancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak semasa cuti sekolah ini. Ada yang bersunat, dihantar balik kampung untuk menghabiskan masa dengan datuk nenek mereka, sertai kem motivasi, tuisyen dan sebagainya. Saya bernasib baik kerana beberapa orang rakan dalam organisasi saya telah mengambil inisiatif menganjurkan kem solat dan kem bahasa Inggeris untuk anak-anak staf. Saya harap program sebegini dibuat secara tahunan. Program sebegini biasanya mengenakan bayaran. Mungkin ada staf yang tidak dapat hantar anak disebabkan oleh faktor bayaran. Staf yang mampu boleh buat amal dengan "menaja" (bayar penuh atau separuh) anak staf lain yang kurang berkemampuan. Ini bertepatan dengan saranan Islam iaitu dalam bersedekah, kena utamakan orang terdekat dahulu. Dalam kes ini, "orang terdekat" ialah rakan sepejabat yang kurang mampu.

Thursday, November 15, 2007

Macam menaikkan wau!

Pernah main wau atau layang-layang? Masa kecil saya buat wau dari kertas buku latihan sekolah saja. Kreativiti dan keseronokan hilang bila masa berlalu. Nak bagi wau naik tinggi, tak semudah yang disangka. Naik dalam erti kata mengikut kemahuan kita - bukan simpang siur, ke hulu ke hilir, atau hanya setinggi tiang lampu atau setinggi-tingginya sehingga tak dapat kita lihat atau diturunkan semula! Formula untuk berjaya menaikkan wau tinggi mengikut kemahuan kita ialah kombinasi tepat pembuatan wau, cara menaikkannya, tempat dan faktor angin. Menaikkan wau tak boleh sentiasa lepas saja talinya. Kena tarik juga talinya, walaupun ada angin yang cukup. Orang kampong saya kata, kena pandai “jut” (tarik dan lepas) tali.

Membesarkan anak-anak boleh diibaratkan macam menaikkan wau. Ada orang hanya "lepas" saja anak mereka, tak pernah "ditarik"! - ikut segala kemahuannya, silap tak pernah ditegur/marah, sentiasa dimenangkan....
Membesarkan anak dulu boleh diibaratkan bermain wau di sawah padi - kawasannya lapang dan luas (atau lawah)! Membesarkan anak di zaman sekarang pula boleh diibaratkan bermain wau di kawasan taman perumahan – ruang terhad, ada kabel letriklah, kabel telefonlah, ada pokoklah dan sebagainya. Pendeknya, bermain wau di kawasan perumahan lebih berisiko. Jika kita mahir “jut” tali pun, belum tentu wau dapat naik dengan baik. Wau mungkin boleh tersangkut di kabel letrik, kabel telefon, atau dahan pokok!

Wednesday, November 07, 2007

Jenayah SEKSUAL kanak-kanak: Mangsa dan Pemangsa


Jenayah SEKSUAL kanak-kanak: Mangsa dan Pemangsa (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kita kena terima hakikat bahawa kekalutan yang sedang kita hadapi hari ini adalah disebabkan oleh "hasil kerja tangan" kita sendiri, setidak-tidaknya secara kolektif. Kita tak ikut "user manual" yang disediakan Tuhan. Jadi, kita tunggulah saat kehancuran. Cuba semak dari aspek penyemaian nilai agama dalam diri, kebebasan berpakaian, pergaulan bebas, cara bermasyarakat yang menjadi amalan orang zaman sekarang. Malam-malam, sebelum tidur, cuba semak, amati dan fikir dengan ikhlas. Cuba dengar apa kata hati kita.....kita akan akui yang masyarakat kita semakin "tenat" dan sedikit sebanyak kita menyumbang kepada "ketenatan" itu!!!

Tuesday, October 02, 2007

Keibubapaan: "Outsourcing" vs. "In-house development"

Keibubapaan : “outsourcing” vs. “In-house development”

Terma outsourcing dan in-house development diajar dalam subjek Accounting Information System (AIS) dan merujuk kepada kaedah untuk membangunkan sesebuah sistem maklumat. Saya cuba gunakan terma ini sebagai analogi kepada konsep pendidikan anak-anak oleh ibubapa. Sebelum itu, saya terangkan dulu maksud dua terma tersebut dengan merujuk kepada kes berikut:

Sekolah Kebangsaan Sura ingin menggunakan khidmat pengawal keselamatan. Pilihan yang ada dua : (1) menggunakan khidmat syarikat pengawal keselamatan luar atau (2) menggaji sendiri pekerja untuk menjadi pengawal keselamatan.

Pilihan (1) dinamakan “outsourcing” iaitu menyerahkan tugas kepada pihak luar yang pakar dan pilihan (2) dinamakan “in-house development”, iaitu menggunakan kepakaran dalaman sendiri.

Saya berpendapat dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak, kita (ibubapa) sekarang umumnya, ramai yang menggunakan kaedah “outsourcing”. Belajar baca Quran, belajar solat dan aspek agama yang lain kita serahkan kepada sekolah atau pusat yang menjalankan kelas fardhu ain untuk ajar, secara keseluruhannya (total)!!. Timbul pula yang kata, “tiada kepakaran”. Jikapun kita tak mahir baca Quran, takkanlah kita juga tak mahir solat! “Tiada kepakaran” bukan alasan kerana hakikatnya apa yang perlu ada pada anak hanyalah juga apa yang perlu ada pada kita.

Setidak-tidaknya kita ambil peduli. “Kain putih” itu adalah amanah untuk kita corakkan sebaik mungkin. Seorang ustaz mengajukan soalan, “Berapa ramai ibubapa yang pernah periksa dan cuba betulkan solat anak-anak, semenjak kecil sampai remaja?”. Berapa ramai ibubapa yang tunjuk cara betul ambil wudhuk atau mandi junub?”.
Bila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : amal jariah, doa anak yang soleh dan ilmu berguna yang diajar kepada orang. Secara tidak langsung, ibubapa juga berpeluang mempunyai "murid" yang boleh diperturunkan ilmu yang berguna. Bayangkan jika seorang anak solat sepanjang hayatnya dan orang pertama yang mengajar solat itu ialah kita, ibubapanya.

Sunday, September 23, 2007

Ibubapa dalam dilema

Ibubapa dalam dilema (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Al-Fatihah buat arwah adik Nurin Jazlin. Takziah dan banyak bersabar kepada ibubapa serta keluarganya. Saya, selaku ibubapa juga terasa tertekan dan dalam dilema. Dilema kerana dalam kita nak didik anak untuk bersikap berdikari/tidak bergantungan, kita juga (hari ini) bimbang untuk lepaskan mereka bermain di luar rumah walaupun untuk jarak sejengkal. Kanak-kanak pula sukar memahami keadaan ini. Tindakan yang kita buat bertujuan ingin "menjaga" mereka mungkin disalah mengertikan sebagai ingin mengongkong mereka. Sampai bila ini harus berlarutan. Jika dulu, kita mungkin bimbangkan anak-anak remaja, kini ianya tak mengenal usia. Memang itu pun sifat yang ada pada makhluk yang bernama binatang - tak kenal usia atau hubungan!
Mungkinkah ini salah satu musibah yang perlu kita tanggung disebabkan oleh ketidakcaknaan kita kepada suruhan dan larangan Allah S.W.T. Kita boleh buat analisa sendiri untuk memutuskan bahawa secara kolektifnya sebagai sebuah masyarakat, adakah kita semakin jauh atau dekat dengan Tuhan. Bila bala menimpa, ianya tidak kenal siapa, usia, baik/jahat.

Saturday, September 01, 2007

Friday, August 31, 2007

Remaja selepas MERDEKA



Mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan di atas tentang remaja zaman sekarang. Ini kerana mereka tak terlibat secara langsung dengan golongan ini. Cuba tanya cikgu/pensyarah atau cuba ”berada” di sekolah/universiti buat jangkamasa tertentu dan perhatikan.

Tentang persoalan mengapa kegawatan di kalangan remaja masakini berlaku, saya bawakan sebuah kisah yang saya dengar daripada seorang ustaz dalam Radio Malaysia Terengganu pada 30/8/07, jam 1.55 tghari :
Pada zaman Nabi S.A.W dahulu, sedang Nabi S.A.W duduk bersama sahabat dalam masjid, beberapa remaja sedang bermain di luar sampai terkena pasir ke muka Nabi S.A.W. Seorang daripada remaja tersebut tersepak bola hingga jatuh di hadapan Nabi S.A.W. Remaja tersebut berlari untuk mendapatkan bola dengan melangkah di celah-celah orang tua tanpa beradab. Nabi S.A.W serta para sahabat merenung remaja terbabit. Sabda Nabi S.A.W, ”budak ini budak subahah!, budak ini budak subahah!”. Kebetulan, ayah remaja tadi ada dalam majlis tersebut. beliau lantas pulang dna bertanyakan apa yang isterinya beri makan kepada anak mereka. Isterinya menjawab yang beliau beri anak mereka makan apa yang suaminya bawa balik ke rumah setiap hari.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah ibubapa merupakan antara faktor utama penyebab kepada krisis remaja masakini. Ada sesiapa yang nak komen atau mungkin nak kata tidak? Boleh kita bincang di sini. Bimbang juga ni sebab saya pun berstatus bapa.

Wednesday, June 27, 2007

Anak kurang cerdik dengan anak cerdik

Saya lihat sesetengah ibubapa kecewa macam "end of the world" bila ada anak mereka yang tidak cemerlang (seperti yang diharapkan) dalam pelajaran. Saya juga lihat ramai ibubapa yang tua tinggal/dijaga oleh anak yang kurang berpelajaran di kampung. Anak-anak yang berpelajaran tinggi "terbang" bawa haluan masing-masing. Kadang balik, kadang tidak!

Monday, June 18, 2007

Keibubapaan, Dulu dan Sekarang..

Ibubapa kita dulu-dulu dikatakan kurang berpelajaran. Namun, kita lihat ramai manusia jadi orang!
Ibubapa kini dilihat lebih berpelajaran, bijaksana dan bermaklumat. Namun, sebelum kita tua pun kita dah lihat macam-macam....

Tuesday, May 15, 2007

Didik anak ikut cara Islam

Didik anak ikut saranan Islam (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Berikut adalah ringkasan artikel yang diterima drp. Khazanah Ilmu. (Ezzah), rujukan As-Syeikh Mucktar A.B Bawazir, "88 yang tersirat."

Rasulullah saw. membahagikan cara mendidik anak kepada 3 peringkat asas iaitu i) Sebelum usia 7 tahun, ii) antara 7 – 14 tahun dan iii) antara 14 – 21 tahun

Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun
a. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat
b. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan
8) Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun
1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
8) Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terimakasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T