Bini dan Duit! Di zaman minyak naik dan kos hidup tinggi seperti sekarang, macam-macam boleh berlaku. Walau bagaimanapun, kena terus fokus dalam menjalani kehidupan. Duit penting kepada semua orang tapi ianya tak semestinya sentiasa jadi nombor satu atau keutamaan. Duit boleh beli sayang tapi tak boleh beli kasih sayang.....
Showing posts with label Kemasyarakatan. Show all posts
Showing posts with label Kemasyarakatan. Show all posts
Wednesday, September 17, 2008
Tuesday, June 24, 2008
Nipis tapi lebar!
Nipis tapi lebar! Saya percaya mana-mana kenderaan pun ada "tulang", bingkai cermin seperti dalam gambar di sebelah. Apa yang saya nak kongsi di sini ialah jangan kita pandang rendah "kehebatan" bingkai ini. Ianya nampak nipis tapi mampu "menyembunyikan" motosikal, kereta atau sebesar besar lori. Jika tidak berhati-hati, kemalangan boleh terjadi, biasanya di persimpangan, dek kenderaan lain yang "terlindung" di sebalik bingkai ini. Satu saat, nampak macam "line clear". Satu saat yang lain, kenderaan lain tiba-tiba menjelma di depan. Jadi berhati-hatilah... Thursday, June 19, 2008
Musuh utama orang Melayu...
Musuh utama orang Melayu....
Pada pendapat saya, musuh utama orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Lebih tepat lagi, SIKAP! Jika kita cakap pasal masyarakat, maka sikap masyarakat dan jika kita cakap pasal individu, maka sikap individu itu sendiri yang jadi musuh utamanya. Jika orang Melayu mundur, gagal berpolitik, tak cerdik, miskin, berpecah dan sebagainya..... jangan salahkan orang lain, atau alam, atau Tuhan! Cuba fikirkan apa yang saya katakan di atas dari aspek hasad dengki dan konsep "Know Who vs. Know How" yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Saya kongsi contoh berikut untuk menerangkan teori saya di atas:
Si A adalah seorang cikgu yang banyak pengalaman dan berkesan pengajarannya di sekolah. Ramai pelajar dapat A subjek yang diajarnya dan beliau rajin mengajar anak muridnya. Tiba-tiba, dua bulan sebelum peperiksaan UPSR diadakan, beliau ditukar ke sekolah lain dalam kawasan yang sama. Beliau tidak pernah buat permohonan. Anak murid yang bersemangat untuk menghadapi UPSR terkapai-kapai kehilangan cikgu tersayang. Bila ditanya, hasad dengki dan konsep "Know Who vs. Know How"" adalah sebab pertukaran!!!!
Saya tidak pasti dengan anda tapi contoh di atas bukan rekaan. saya bersimpati dengan si A . Saya harap beliau tabah. Jika inilah budaya pilihan orang Melayu, kita sama-sama tunggu saat kehancuran bangsa ini. Bunyinya keras? Perlu berlapik? Mungkin sebab banyak berlapiklah yang buat orang Melayu "tidur"!. Kehancuran boleh datang sikit-sikit atau sedebok, macam buah nangka busuk jatuh ke tanah!
Wednesday, June 18, 2008
Sedekah - Senang tapi payah!
Sedekah - Senang tapi payah!
Mungkin di rumah kita ada banyak barang yang sudah tidak digunakan. Malangnya, sesetengah daripada kita rasa sayang nak "lepaskan" barangan tersebut. Akhirnya, rumah dipenuhi barang "antikkkk!". Ada juga yang simpan, simpan, simpan dan bila barangan dah rosak atau lusuh, barulah "rela hati" nak sedekahkan. Allah S. W.T kata, jika kita nak sedekah, sedekahkan barangan yang elok dan sedekah barangan yang kita sayang itu tinggi pahalanya. Sedekah bukan sahaja dalam bentuk barangan atau pitih. Sedekah boleh dibuat dalam bentuk keselesaan. Saya lihat ada kawasan perumahan yang gelap gulita pada waktu malam kerana penghuninya tak pasang lampu verandah rumah mereka. Apa salahnya mereka yang diberi rezeki lebih oleh Tuhan "sedekahkan" cahaya lampu rumah mereka untuk keselesaan jiran-jiran. saya bimbang dalam keadaan kos hidup meningkat sekarang, sikedekut semakin kedekut dan sipemurah menjadi kedekut.
Monday, June 16, 2008
Minyak, minyak dan minyak!
Minyak, minyak dan minyak!
Semasa membeli makan pagi di sebuah warung di Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan, saya terkejut besar bila 4 bungkus nasi yang dibeli harganya kurang daripada RM10. Saya bertanya berulang kali kepada sipenjual, takut-takut tersilap kira. Sipenjual kata, "Ya, betul harganya RM8.00". Nasi yang saya beli tu kesemuanya lauk ayam. Saya terkejut kerana saya pasti yang harganya tidak sebegitu jika saya beli di Dungun. Dalam aspek makanan ini, saya terfikir macam mana dua tempat ini boleh berbeza harganya. Saya bandingkan "apple with apple - kedua, duanya di Pantai Timur. Malah, jarak Kubang Kerian dengan Kota Bharu lebih hampir berbanding jarak Dungun dengan Kuala Terengganu. Apa yang nak saya kongsi di sini ialah penetapan harga bukan sekadar pada faktor bahan mentah, sewa kedai, buruh dan sebagainya. Ianya berkait juga dengan sikap sipenjual - setinggi mana untung nak dikaut. Mungkin berbeza antara sipenjual yang cari rezeki dengan yang cari pitih!
Saya pernah tanya sipenjual di Dungun yang jual nasi pada harga lebih tinggi berbanding sipenjual di Kubang Kerian tadi. Sipenjual di Dungun ini asalnya juga daripada Kelantan dan katanya, "kita boleh jual harga macam di Kubang Kerian tu tapi dah di Dungun ini semua penjual jual pada harga macam ni, kita pun ikut. Lagipun, di Dungun ini ramai orang minyak!". Ooooo...gitulah pula rupanya.....Pernah ditonjolkan dalam TV3 beberapa hari lepas tentang sebuah warung makan di Kedah yang jual pada harga tetap RM2 sepinggan nasi beserta lauk tanpa mengira apa lauk yang dimakan. Khabarnya dah lama macam tu, tak gulung tikar pun, malah untungnya melimpah. Dalam apa jua perniagaan, saya harap peniaga tidak menerimapakai konsep cari pitih. Lebih selamat dunia akhirat rasanya kita pakai konsep cari rezeki!
Monday, June 02, 2008
Jangan jadi macam FIRAUN....
Jangan jadi kaya macam Firaun....
Siapa tak nak jadi kaya? Semua orang nak jadi kaya berduit! Namun, kita kena ingat, jika kaya jangan jadi macam FIRAUN. Kekayaan firaun sampai hingga sekarang terkenal namanya. Ada muzium firaun lagi di Mesir khabarnya. Kekayaan buat firaun lupa diri, megah dan sombong. Dengan Tuhan pun dia sombong! Ada orang berdoa untuk jadi kaya tapi hingga sekarang tak dimakbulkan. Mungkin sebabnya, kekayaan yang diminta tak mendatangkan kebaikan kepada sipemohon, malah menghancurkan diri. Tuhan Maha Tahu. Tapi bukan bermakna kita tak boleh berusaha untuk mencari kekayaan. Ini sekadar ingatan pada diri dan yang lain. Saya pernah jumpa orang kaya yang lupa diri. Tuhan kata, jika ada sekelumit perasaan riak dalam diri, tak terbau syurga. Kena berusaha untuk lawan perasaan riak dalam diri. Walaupun kayanya Firaun sampai tak terkira, namun nilainya di sisi Tuhan, kosong. Ada orang kaya yang nak dilayan macam raja. Tak nak diterima walau sedikit kekurangan dan kelemahan. Ada yang anggap dia sentiasa betul hanya sebab dia kaya dan berduit! Ada yang nak dilayan dahulu semata-mata kerana dia kaya. Ada yang nak layanan lebih juga semata-mata kerana dia kaya!
Saturday, May 31, 2008
Pakaian sekolah pelajar (perempuan) SEKSI!
Pakaian sekolah pelajar SEKSI!
Baru-baru ini ada isu pakaian sekolah pelajar perempuan (sekolah menengah, terutamanya)SEKSI. Ianya ditonjolkan dalam TV3 dan pendapat daripada pelbagai individu diminta. Sedih juga bila mendengar pendapat beberapa orang yang mengatakan kes jenayah seksual tiada kaitan dengan pakaian. Bagi saya, ianya memang ada kaitan. Jika tidak, masa kan Allah S.W.T wajibkan pemakaian yang menutup aurat - tudung yang sempurna menutup bahagian dada, tidak berpakaian seperti bertelanjang (ketat atau nipis sampai nampak susuk tubuh), tutup atas tapi bahagian bawahnya, nampak pusat dan sebagainya. Sang Pencipta itu Maha Mengetahui! Yang hitam itu hitam dan yang putih itu putih. Jangan sampai kemajuan dan kecerdikan menjadikan kita alpa dan sombong dengan Tuhan.
Kahwin, telor, coklat dan...
Kahwin, telor, coklat dan...
Sekarang musim cuti sekolah. Tempat kita ni, musim cuti sekolah sinonim dengan kenduri kahwin. Dalam satu hari mungkin ada 3 atau 4 jemputan ke kenduri kahwin! Apa yang saya nak kongsi di sini ialah apa yang kita dapat bila kita hulur duit "ngele" (kata orang Kelantan) atau 'sumbangan' semasa hadir kenduri kahwin. Jika kad jemputan tu ditulis "kenduri kesyukuran", biasanya orang tak bagi duit tapi jika tidak, apa yang dipraktikkan ialah kena hulur RM5 atau Rm10. Harap-harap jumlahnya tak naik walaupun harga minyak dah naik! Kena tahu juga nak beri kepada siapa. Nak selamat, kena perhatilah dulu apa yang orang lain buat. Biasanya orang bagi kepada sibapa atau siibu pengantin. Jika tidak pun, beri kepada seseorang yang pakai baju Melayu yang koceknya penuh duit. He!he! Setelah duit dihulur, biasanya kita diberi pula telor atau gula-gula atau dodol atau sebagainya. Saya pernah hadir kenduri kahwin dan dapat Al-Mathurat sebagai balasan "ngele". Saya rasa pemberian Al-Mathurat ini perlu dipraktikkan. Saya dapat Al-Mathurat yang dicop, "ikhlas drp. A & B". Bila ianya dibaca, insyaallah, sipemberi atau pasangan pengantin akan dapat juga pahalanya. Tapi, malangnya orang kita sukar nak terima sesuatu yang di luar kebiasaan walaupun ianya untuk kebaikan.
Wednesday, April 23, 2008
“Semua diantara kamu adalah pemimpin, dan semua diantara kalian akan ditanya tentang apa yang ia pimpin. Seorang imam / kepala negara adalah pemimpin, dan dia akan ditanya tentang apa yang ia pimpin. Seorang laki-laki / suami adalah pemimpin dalam keluarganya, dan dia akan ditanya tentang apa yang ia pimpin. Seorang wanita / istri adalah pemimpin di rumah tangga suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang ia pimpin. Seorang pelayan adalah pemimpin dalam harta milik majikannya. Dan setiap kamu adalah pemimpin, dan dia akan ditanya tentang apa yang ia pimpin (HR. Bukhari dan Muslim)
Setiap kita berperanan untuk tidak "melahirkan binatang" dalam masyarakat manusia....
Thursday, April 10, 2008
Sepang Lap
Sepang lap (www.negarakumalaysia.blogspot.com)Ni trek lumba kereta di Sepang, Malaysia. Cuba perhatikan corak jalannya - ada yang lurus dan ada yang berliku!. Trek ni dibuat sebegini rupa agar pemenang perlumbaan merupakan pemandu yang betul-betul hebat, dapat melepasi segala ujian. Dalam ertikata lain, kemahirannya mengendalikan kenderaan tidak dapat dipertikaikan lagi. Jika diamati, trek ini banyak yang berliku daripada yang lurus. Ini mungkin kerana kemahiran sebenar tidak dapat dinilai berdasarkan pemanduan di jalan yang lurus. Tak dinafikan, pemanduan di jalan berliku ni berbahaya. Sebab itu (dalam imej di atas), di hujung setiap liku ada diletakkan kawasan berpasir putih - untuk pemandu yang terbabas! Mengapa para pelumba sanggup menempuhi segala kesukaran, sanggup berjuang nyawa untuk menang? Tidak lain dan tidak bukan, disebabkan ganjaran lumayan yang diperuntukkan kepada pemenang.
Laluan di trek Sepang di atas adalah analogi untuk perjalanan hidup di dunia ini. Dalam menjalani kehidupan, bukan semuanya mudah. Hanya yang cekal melalui liku-liku hidup akan diisytiharkan "pemenang" dan akan dianugerahkan hadiah yang amat bernilai setelah menamatkan perjalanan nanti.
Thursday, February 21, 2008
Terlampau perlahan pun masalah juga....
Saya cadangkan polis saman juga orang yang bawa kenderaan terlampau perlahan di jalanraya (utama). Bukan apa, ianya juga mampu secara tak langsung, melibatkan kemalangan. Ada orang memandu "makan angin" di jalan utama. Nak memotong, kenderaan dari arah bertentangan berderet atau garisan duanya teramatlah panjang. Bagi orang yang memandu jarak jauh, mengekori orang yang "makan" angin" ni menguji tahap kesabaran. Jika "kenderaan"nya nampak dok rok (macam dalam gambar di bawah), kita boleh terima. Masalahnya, ada orang yang tak ambil kisah orang dok berderet mengekorinya walaupun dia mampu mengubah keadaan. Bila orang dah tak sabar, wujudlah "stunt" yang memotong dengan pelbagai gaya yang bahaya!
Friday, January 25, 2008
Family is important
Family is importantFamily is important but very often, we fail to appreciate what we have until it's gone. Time, people and situation change. That's why we have no choice but to appreciate whatever we have now. There will always be "outliers" in a family. However, given the fact that our time in this world is short and silaturrahim (relationship) is important, we should see the "misunderstanding" as a very very tiny element. Someone in the family has to take the lead and make initiative to tighten family relationship. This is also one way to make the parents happy, especially during their golden ages. Perhaps, the happiness in seeing harmonization among family members is far greater than having what money can buy.
Monday, January 07, 2008
Monday, December 24, 2007
Pangkalan data kejiranan
Pangkalan data kejirananSebelum cerita, nak tanya soalan. Adakah di kawasan kejiranan anda diwujudkan pangkalan data warga kampung/taman? Tahukah anda rumah di sebelah anda didiami oleh berapa orang, siapa mereka dan sebagainya. Bukan apa, saya cuma nak kongsi pentingnya diwujudkan pangkalan data kejiranan ini. Saya bawa contoh pada Hari Raya Qorban. Sudah jadi kebiasaan, keluarga yang besar dan mampu akan cari satu ekor lembu dan 7 bahagian itu, shareholdernya terdiri daripada adik-beradik atau ahli keluarga itu sendiri. Saya perhatikan di banyak tempat, daging qorban tu diagihkankan banyaknya sesama sendiri, sesama shareholders - abang bagi adik, adik bagi abang, kak bagi adik, adik bagi kakak, kakak bagi ibu! Ada lah satu dua plastik sampai kepada orang luar, tapi itu pun ibu saudara yang tinggal di kampung lain. Tak dinafikan, ada yang sampai kepada jiran, tapi tak ramai. Perlu diingat bahawa ada lagi di zaman kita ni, orang yang hanya dapat merasa daging lembu atau ayam, hanya setahun sekali. Kita yang mampu ni, nak makan hari ni, boleh hidupkan kereta, pergi pasar dan beli. Alhamdulillah, Tuhan beri kemampuan. Tapi jangan lupa mereka yang tidak mampu dan Hari raya Qorban salah satu peluang kita untuk menyatakan kita cakna. Tapi, kalu kita dok share sama sendiri juga, emmm....
Ok, nak kaitkan dengan pangkalan data tadi - jika kita ada senarai lengkap dan dikemaskini butiran mereka yang berada di kejiranan kita, senang kita nak hulur. Ni, bila tanya penghulu, penghulu pun tak tahu atau asyik beri nama sama saja. Lebih parah lagi, dia beri nama anak beranak dia saja! Hakikatnya, masih dapat dilihat di kawasan kejiranan, rumah yang senget, atap (zink) bocor, anak-anak semacam terbiar berkaki ayam bermain di laman, asyik kedengaran suara tangisan bayi di waktu malam, dan sebagainya. Kita ni sering lupa dan alpa - anak sendiri pun kekadang tu kita "lupa dan alpa". Inikan pula orang lain. Jadi, pangkalan data kejiranan ini diharap dapat bantu memastikan tiada sesiapa dalam kejiranan yang kita "lupa dan alpa" atau tertinggal tanpa dibantu.
Tuesday, December 11, 2007
Tak macam berada di negara sendiri...
Pada 8 Disember 2007 (Sabtu), kami melawat Petrosains yang terletak dalam KLCC. Mengkagumkan. Pendapat kami, Petrosains merupakan tempat yang sesuai untuk dilawati keluarga. Banyak ilmu tersedia untuk dibongkar di sana. Dua dewasa dan dua kanak-kanak (bawah 12 tahun) dikenakan bayaran RM24 semuanya. Masa berada dalam Petrosains +- 2 ½ jam. Hari Isnin tutup. Di dalamnya, banyak teori dan praktikal sains dipamerkan. Ianya menarik kerana semua itu dipamerkan bukan sahaja dalam bentuk bahan bacaan tetapi juga permainan (games).
Apa yang tak menarik ialah keadaan di KLCC, sekitarnya dan di stesen LRT. Tak rasa macam berada di negara sendiri. Mungkin kami masih berfikiran kekampungan macam tempat yang kami datang. Kami ni hanya sekali dua kali saja ke KL dalam setahun. Ramai orang dan sesak itu biasa dan boleh kami terima kerana almaklumlah, BIG CITY! Tapi jika ianya sesak oleh remaja Melayu yang berpasangan, berdua-duaan (di khalayak ramai) dengan pakaiannya aduh..duh..duh….Kami yang bawa anak ni rasa macammmmm….kami dah salah tempat! Salah seorang anak saya yang "banyak mulut" berkata macam dalam skrip di sebelah! Jika dengan kawan, kita mungkin boleh bagi maklumbalas, “biasalah…orang bandar besar”. Tapi kita tak boleh berkata begitu dengan anak-anak kerana kita tak nak beri gambaran kepada mereka bahawa berpakaian dan berkelakuan sebegitu tidak dibolehkan di kampong dan dibolehkan pula di bandar besar!
Apa yang tak menarik ialah keadaan di KLCC, sekitarnya dan di stesen LRT. Tak rasa macam berada di negara sendiri. Mungkin kami masih berfikiran kekampungan macam tempat yang kami datang. Kami ni hanya sekali dua kali saja ke KL dalam setahun. Ramai orang dan sesak itu biasa dan boleh kami terima kerana almaklumlah, BIG CITY! Tapi jika ianya sesak oleh remaja Melayu yang berpasangan, berdua-duaan (di khalayak ramai) dengan pakaiannya aduh..duh..duh….Kami yang bawa anak ni rasa macammmmm….kami dah salah tempat! Salah seorang anak saya yang "banyak mulut" berkata macam dalam skrip di sebelah! Jika dengan kawan, kita mungkin boleh bagi maklumbalas, “biasalah…orang bandar besar”. Tapi kita tak boleh berkata begitu dengan anak-anak kerana kita tak nak beri gambaran kepada mereka bahawa berpakaian dan berkelakuan sebegitu tidak dibolehkan di kampong dan dibolehkan pula di bandar besar!
Friday, December 07, 2007
Thursday, December 06, 2007
Besar & kecil
Besar & kecil (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)Tuhan suruh kita perhati dan pelajari sesuatu daripada apa yang dijadikanNya. Dalam gambar di atas, 3 ekor ikan kecil bergerak di bawah perut ikan jerung yang besar. Mana-mana ikan jerung besar pergi, ikan kecil ikut dan mereka tak kacau satu sama lain. Mereka semacam melengkapkan antara satu sama lain. "Compliment each other", kata orang putih. Kita pula, manusia ni, walaupun diciptakan sebaik-baik makhluk, lebih baik berbanding ikan, malangnya tak boleh hidup macam ikan-ikan dalam gambar di atas. Yang besar sanggup tindas yang kecil, dah besar pun tamak makan hak yang kecil, "mu mu, aku aku".
Friday, November 09, 2007
Bagaimana dengan kita?
Bagaimana dengan kita? http://www.negarakumalaysia.blogspot.com
Saya baru tengok cerita di TV bertajuk Past Sins. Ianya mengisahkan Janice, seorang pejuang sosial yang sentiasa berjuang menentang ketidakadilan dalam masyarakat. Malangnya Janice dianaiya oleh pihak jahat sehingga beliau disumbat ke dalam penjara seumur hidup. Selepas 30 tahun, ada seorang peguam yang tergerak hati untuk bantu “pengganas” ini. Cabaran untuk membebaskannya melalui perbicaraan semula amat hebat kerana masyarakat telah berjaya dipengaruhi untuk mempercayai bahawa Janice adalah pengganas! Misalnya, ikat jamin yang dikenakan hakim berjumlah USD1 juta. Satu pagi suami Janice melihat ramai jiran, rakan dan orang berkumpul di luar rumah. Mereka menyerahkan wang USD1 juta untuk mengikat jamin Janice. Ramai yang terharu dengan sokongan dan bantuan kepada Janice serta keluarganya di saat kesukaran ini. Apabila peguam bertanyakan mengapa mereka sanggup membantu? Jawapan yang diterima ialah, “Janice banyak bantu kami dalam kesusahan dan berjuang untuk kami. Kini, tiba masanya kami bantu Janice!”. Kata peguam tersebut kepada suami Janice, “Saya kagum dengan Janice. Walaupun saya seorang peguam dan telah banyak memenangkan kes pelanggan, saya tak pasti saya akan dapat sokongan seperti Janice di saat saya menghadapi kesukaran!”.
Apa yang saya nak kongsi di sini ialah bagaimana dengan kita? Agak-agaknya ada ke orang yang sanggup bergolok bergadai untuk bantu kita, di saat kita tiada apa-apa? Jika tidak, mungkin kena lihat ke dalam diri kita semula - tentang sumbangan kita kepada orang lain, keikhlasan kita dan sebagainya. Perbaiki mana yang patut!
Apa yang saya nak kongsi di sini ialah bagaimana dengan kita? Agak-agaknya ada ke orang yang sanggup bergolok bergadai untuk bantu kita, di saat kita tiada apa-apa? Jika tidak, mungkin kena lihat ke dalam diri kita semula - tentang sumbangan kita kepada orang lain, keikhlasan kita dan sebagainya. Perbaiki mana yang patut!
Sunday, October 21, 2007
Monday, September 03, 2007
Projek penyediaan akaun masjid
Saya bersama rakan-rakan sefakulti dan pelajar perakaunan sedang mengusahakan projek di atas. Kami fokuskan kepada 46 buah masjid di daerah Dungun sebagai pilot dan insyaallah, sasarannya ialah untuk bantu memantapkan pengurusan kewangan keseluruhan masjid di Terengganu yang kesemuanya berjumlah lebih 480 buah. Selepas mendapatkan kelulusan daripada pengurusan universiti dan pejabat agama daerah, langkah seterusnya ialah mengadakan perjumpaan dengan semua bendahari masjid terbabit. Pemantapan pengurusan akaun masjid penting memandangkan ianya merupakan institusi teras bagi umat Islam. Sedih juga memikirkan mengapa kami "tak nampak" projek ini lebih awal. Banyak perkara yang boleh kami bantu dan pengurusan masjid sememangnya mengharapkan dan mengalu-alukan bantuan. Kita mungkin terlepas pandang kekuatan yang sedia ada dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ada masjid yang hasil sumbangan diterima berjumlah puluhan ribu tapi "beku", tidak digunakan untuk manfaat ramai. Ada yang kutipan Jumaatnya menjadi "habuan" pencuri dek kelonggaran sistem kawalan dalamannya (misalnya, duit kekal dalam peti besi tanpa didepositkan dalam bank secepat mungkin).
Antara output projek ialah laporan kewangan bulanan yang ditampal di papan notis masjid. Laporan kewangan akan memaklumkan kekuatan dan kelemahan kita. Bila kekuatan dan kelemahan diketahui, senanglah kita bertindak. Bertindak dalam ertikata, jika masjid kekurangan wang, orang ramai perlulah lebih banyak menyumbang. Jika masjid dah kuat dari segi sumber kewangannya, pelbagai program perlulah dilaksanakan. Masjid di Singapura misalnya, paling berjaya dalam program pengimarahan masjidnya. Kursus kasih sayang dan kursus memasak pun dilaksanakan di masjid. Kita ni banyak pantang larangnya - banyak perkara tak boleh buat di masjid, macam-macam alasan. Akhirnya, masjid kekeringan program dan jadi tempat solat sahaja. Kurang program yang mendekatkan orangramai terutamanya golongan muda kepada masjid. Ini perlu berubah.
Kami harap projek kami ini dapat membuka jalan kepada mendekatkan orangramai kepada institusi masjid.
Subscribe to:
Posts (Atom)




