Jangan bincang! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Kelmarin saya menerima email daripada rakan, seorang doktor perubatan. Beliau bimbang dengan peningkatan jumlah mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh aktiviti seksual (lebih tepat, seks bebas!). Bimbang kerana peningkatan berlaku di kalangan mereka yang bergelar mahasiswi. Lebih merisaukan ialah mereka yang terlibat seakan tidak menganggap perbuatan yang dilakukan itu salah dan tidak menyesalinya.
Sesetengah ahli masyarakat kita mungkin tidak suka pendedahan sebegini. Namun, bagi saya, status kepincangan dan masalah sosial dalam kelompok kita perlu diketahui umum. Ianya mengenai generasi muda kita, pewaris masa depan. Nak lihat kejatuhan/kebangkitan tamadun sesuatu bangsa, lihatlah kepada generasi mudanya. Bila kita tahu bahawa keadaan kita tenat, kita akan bincang dengan serius dan rangka tindakan (walaupun hakikatnya pencegahan lebih baik dari mengubat). Jika tidak, kita akan anggap kita berada di air yang tenang. Bila tenang, kita selesa dan tidak perlu bincang apa-apa. Biarkan..biarkan....tu tugas orang lain! Akhirnya, dah sampai peringkat tak boleh diubat atau "masuk dalam kain kita sendiri" (nauzubillah). Kena ingat bahawa bila bala ditimpakan, ianya tidak hanya ditimpa kepada orang yang jahat atau buat maksiat sahaja..
Saya tak faham mengapa sesetengah orang tak suka untuk bincang permasalahan sebegini. Jika dengan tak bincang, masalah selesai okaylah tapi.....kita semakin tenat...mungkin tunggu masa untuk bommmmmmmm.....


