
Usahawan : Kebanggaan kami...TOWARDS A LOVING & CARING SOCIETY : Community, accounting, riddle, entrepreneurship, alternative treatment, religion (kemasyarakatan, keusahawanan, perakaunan, perubatan alternatif, keagamaan, kisah tauladan, teka-teki).

Usahawan : Kebanggaan kami...
Usahawanku: 
“Hari buat ttupat” atau hari buat ketupat ialah sehari sebelum 1 Syawal. Biasanya di Kuala Terengganu, ketupat dijual pada kadar 4 biji seringgit. Tetapi sehari sebelum Syawal 1428H lepas, harganya sudah tukar - seringgit hanya dapat 2 biji. Itupun, tidak dimaklumkan secara terus oleh penjual apabila ditanya pelanggan “berapa seringgit?”. Pelanggan pandai-pandailah congak sendiri. Dia yang nak beli kang!. Lagipun, semua orang belajar tinggi sekarang ni kang! Atau, kalau diberitahu secara terus yang seringgit hanya 2 biji, takut orang terkejut beruk dan tak jadi beli. Ahhh! Takkan tak beli. Esoknya nak raya dan raya tanpa ketupat macamlah tak beraya.
PEMBURU LAKSA (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kentang goreng makanan ciptaan orang putih boleh jadi popular dan diterima di sini. Makanan ciptaan orang kita juga tak kurang hebatnya. Anda boleh JANA PENDAPATAN TAMBAHAN dengan menjadi pengedar kepada Mini POPIA ikan kami.
Anda tak perlu ada kedai untuk jadi pengedar kami. Dapatkan tempahan dari rakan sepejabat, jiran dan ahli keluarga. Maklumkan kami dan kami akan hantar kepada anda.
Untuk butiran lanjut, hubungi 019-957 2234 (Gee) / 019-954 3686 (Lin)
Hutang & Saing (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)

Usahawanku : Semakin banyak, semakin sedikit... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)Sahabat:
Ulama’:
Usahawanku : Profesion yang dilupakan….(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Semasa cuti Raya Cina (17 & 18 Feb 2007) lepas, saya berkesempatan pergi gunting rambut di sebuah kedai di Chabang Tiga Kuala Terengganu (KT). Entah berapa kali doh gunting rambut semenjak hidup ini. Entah berapa banyak wang dibelanjakan untuk mengunting rambut sendiri dan anak-anak. Saya ingin berkongsi maklumat mengenai profesion sebagai tukang gunting ini. Tahukah kita yang seorang tukang gunting boleh dapat secara purata RM2,000 setiap bulan? Khabarnya di Johor, ada tukang gunting yang pakai “mata belalang” (kereta mercedez lah tuuuu…). Ada sebuah kedai gunting di bandar KT yang diuruskan secara profesional oleh seorang pengurus (juga tukang gunting) dengan 14 orang tukang gunting lain bekerja dengan beliau di bawah satu bumbung. Purata pendapatannya seperti berikut:
RM100 / tukang gunting sehari x 14 tukang gunting = RM1,400 sehari (sebulan = ???)
Saya dimaklumkan bahawa di Thailand, ada pusat latihan untuk tukang gunting. Selepas tamat latihan di pusat ini, tukang gunting akan bertebaran ke serata tempat untuk membuka perniagaan mengunting sendiri. Ada yang sampai buka kedai hingga ke negara kita, termasuklah di negeri Terengganu. Khabarnya salah satu aktiviti “training” pusat ini ialah membuat lawatan ke rumah-rumah anak yatim dan mengunting kepala anak-anak yatim secara percuma. Agak-agak “sepeng” kepala budak-budak tu, “penyelia” baikilah kot (kalau boleh dibaiki…)!!!
Yang menjadi persoalan di sini ialah, tak ramai orang kita sendiri yang menceburi profesion ini. Di Dungun ni, saya boleh ingat berapa kedai gunting yang ada dan bayangkan di mana lokasinya – maknanya, tak banyak!! Pulangan lumayan tapi orang kita semacam tak minat. Zup…zap…zup..zap…10 minit dah siap dan dapat RM5 – RM7 setiap kepala. Tangan jadi “kkatang” (bukankah baik untuk kesihatang???) Kita ada masalah pengangguran di kalangan graduan. Tapi bagi rakyat asing, negara kita umpama lombong emas! “Saya tak minat dan tak pandai gunting” – ini mungkin luahan orang kita atau graduan. “Tak minat dan tak pandai” sebabnya tak terdesak atau hanyut dengan dunia glamour. Nanti, bila nak minta anak orang, bakal mertua tanya, “kerja apa?”. Kalau pakai “mata belalang” pun, orang kata pinjam!! Ini satu lagi hal – budaya dan pemikiran masyarakat yang pentingkan kebendaan atau aspek luaran dan bukannya dalaman.
Jika saya jadi tukang gunting, saya akan :

Sumpah bohong tarik pelanggan, hilang keberkatan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)