"Sediakan Payung Sebelum Hujan" - pemandu wanita (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com, 11/1/2007)
Saya nak kongsi konsep "sediakan payung sebelum hujan", dalam kontek tayar kereta pancit. Cari gambar tayar kereta pancit, tak jumpa. Jadi "belasah"lah gambar wanita orang Jepun guna payung ciptaan terbaru mereka.
Pengalaman peribadi sebenarnya. Suatu hari isteri telefon beritahu tayar kereta pancit di bandar. Nasib baik, saya pun sedang memandu di kawasan berdekatan. Apa lagi, "hero’ pun bergegas datang nak tolong "heroin". Tengok-tengok, tayar dah "nazak" betul. Kereta tak boleh dipandu langsung – terpaksalah buka dan tukar tayar spare. Tak dapat tidak, "hero" kena jadi pakar buka dan tukar tayar! Penonton ramai, maklumlah di tengah bandar Metropolitan Machang. Nasib baik tahu di mana letaknya alat tukar tayar dan di mana tayar "spare". Isteri dan anak-anak tanya, "ehem..ehem…abah tahu ke tukar tayar?" Sisshhhhh…buat saje lah apa yang patut. Alhamdulillah, tayar dapat ditukar (dalam masa macam orang lain juga le..) – isteri dan anak-anak tepuk tangan..
Apa yang saya nak kongsi di sini ialah dunia kita dipenuhi pemandu wanita dan "hero" mungkin tidak akan sentiasa ada bilamana diperlukan. Jadi kena sediakan "payung sebelum hujan!". Saya dimaklumkan oleh rakan, encik Muneer, le ni ada alat semacam penyembur nyamuk Ridsect di pasaran untuk tayar pancit. Harganya +- RM20.00 untuk sekali guna. Bila tayar pancit, picit penutup atasnya, cecair akan masuk melalui kepala tiub tayar dan tayar akan mengelembung, lubang bocor digam. Kereta boleh bergerak macam biasa dalam +-20 km. Cukuplah untuk dibawa ke bengkel. En. Muneer lupa nama alat tu dan saya kira ini berguna untuk diletakkan dalam kenderaan, terutamanya yang dipandu oleh wanita…lelaki pun kot! Sesiapa yang ada maklumat tentang alat ini – nama dan di mana nak beli, mohon kongsi.

1 comment:
assalamualaikum,
lepas belajar ngan ck wan smlm, dapatlah sy menulis dalam blog ni.he2 sedang belajar ck.harap dapat beri tunjuk ajar.
sy merujuk artikel ck wan nazif sebagai satu iktibar kepada kita
semua.sediakan payung sebelum hujan.cuba tengok dari konteks yg lebih general untuk mengaitkan dengan diri kita iaitu aspek MASA DEPAN, sejauhmana dan bersediakah kita untuk masa depan selepas and pencen nanti?
Jika anda mempunyai anak dan isteri dan anda seorang kakitangan kerajaan. Anda hanya akan bekerja sehingga umur 56 tahun.Selepas bersara , anda hanya akan menerima pencen berjumlah setengah dari gaji akhir anda.Jadi, apabila anda mencecah umur 56 tahun anda terpaksa menyusun semula cara hidup anda.benar atau tidak?
Cuba tanya diri kita semua..
Bilakan kita akan pencen?
Berapa jumlah pendapatan kita pada ketika itu?
Adakah anak-anak kita sedang belajar pada masa tersebut?
Sedarkah kita bahawa yuran pengajian universiti semakin hari semakin tinggi?
taraf hidup juga semakin hari semakin tinggi?
Cukupkah dengan wang KWSP kita?
yang terakhir, jika kita meninggal atau sakit, cukupkah back up kewangan kita?
Inilah realiti yang sukar kita nafikan.mungkin ini akan jadi satu masalah pada kita?
Oleh itu, seelok2nya, sediakan payung sebelum hujan.
Jika anda menyimpan RM10 dari pendapatan anda hari ini, adakah ia satu bebanan kepada anda?
oleh itu, sama-samalah kita menyimpan dan melabur untuk masa depan kita.
berminat untuk mengetahui lebih lanjut? sila email rpuzan@yahoo.com
we are your financial planner.call us at this number 013-918 3636
thank you
puzan and cikda
Post a Comment