Trendy vs. Gilo.. (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Aduhhhh...gawatnya kita sekarang. Yang betul dikatakan salah/tidak dipraktikkan dan yang salah dikatakan betul/dipraktikkan. Hodohnya tengok anak-anak remaja Islam kita pakai seluar jean cawat pendek, ketat nampak betih dan getah seluar dalam, baju singkat nampak pusat - tapi itulah amalan sekarang! Saya lelaki pun rasa segan/malu dan tak selesa nak pakai macam tu. Apa yang cantik dan bersopannya pakaian macam tu berbanding dengan baju kurung bertudung? Allah selaku Pencipta kita tidak gariskan cara berpakaian secara suka-suka. Adalah hikmah dan kebaikan disebaliknya. Tapi kita hanyut, terpengaruh dan pilih cara hidup selain yang disarankan Tuhan. Macam nak sindir Allah s.w.t pula. Bahagian atas bertutup tudung tapi bahagian bawahnya pula dibuka...tak hairanlah datang macam-macam bala sekarang...
2 comments:
cikda menuliss...
Orang zaman sekarang kreatif tak bertempat, bagus doh kreatif tu, tapi biar lebih jauh dan mencabar minda.Jangan mudahkan perkara2 aurat.
sebenarnya, kalau kita nak lebih yakin dengan personaliti diri kita, tak perlu ak kreatif yg tak berasas..go to our basic faith.
yang penting, kalaulah kita tak faham agama, belajar dan bertanya org yang tahu.
bravo!
Orang kafir kata apa yang terjadi sekarang adalah trend masa kini. Mereka juga pencipta dan orang Islam yang jahil jadi pengikut. Ibu bapa pun sama-sama merestui dan berfikiran inilah dunia moden.Memang kerja mereka untuk menyesatkan umat islam. Ini dah tercatit dalam Al Quran dan Hadith. Banyak lagi perkara yang mereka lakukan. Ada yang nyata dan tak kurang yang tak nyata. Umpama nya cara kita sekarang menyambut awal muharam dengan mengadakan barbeque dan sebagainya yang lebih kepada hiburan cara barat. Tak ada lansung unsur agama.Bukannya membaca yasin dan berdoa.Kesimpulannya untuk selamat dunia dan akhirat kembalilah kepada Al Quran dan Hadith. Selagi kita berpegang kepada kedua-dua nya InsaAllah selamat. Ikhlas
Post a Comment