Google
 

Saturday, May 19, 2007

“Ajar untuk belajar” vs. “Ajar untuk diajar”


“Ajar untuk belajar” vs. “Ajar untuk diajar” (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Bagi menjelaskan topik di atas, saya kongsi sedikit pengalaman peribadi. Semasa di sekolah rendah (70an) dan menengah (80an), kami hafal sifir, hafal kebanyakan ibu negara di dunia berserta produk utama dan lokasinya (hafal peta dunia ???). Kami belajar banyak subjek dan banyak maklumat yang boleh disebut secara spontan! Bila ke luar negara untuk menyambung pelajaran di universiti, saya dapati pengetahuan pelajar Malaysia mengenai sesetengah fakta jauh lebih baik berbanding pelajar asing. Contohnya, ramai juga pelajar Mat Saleh (waktu itu) tidak tahu pun di mana Malaysia sedangkan kita tahu banyak berkenaan negara mereka.

Malangnya, pelajar kita (termasuk saya) sering memenuhi tempat duduk belakang dalam dewan kuliah, lebih menyukai “yes” atau “no” daripada menghuraikan jawapan secara terperinci, kelu bila diminta beri pendapat atau mempertahankan hujah...

Adakah ini disebabkan masalah bahasa atau sememangnya pelajar kita “bijak fakta tapi tidak bijak memberikan pendapat”? Kedua-dua penyebab di atas saya kira ada kaitan dengan pendekatan pendidikan yang kita gunakan di peringkat rendah dan menengah. Saya akan fokuskan kepada penyebab kedua. “Tidak bijak beri pendapat” di sini boleh bermaksud tak tahu beri pendapat atau ada pendapat tapi tak yakin untuk menyuarakannya.

Teori saya, ini kerana sistem pendidikan kita mengajar anak-anak untuk diajar dan bukannya untuk belajar. Ini berlaku bilamana banyak perkara perlu disiapkan dalam masa terhad dan kaedah penilaian pula banyak kepada fakta (hafalan) berbanding kreativiti pemikiran. Dengan kata mudah, guru akan sibuk mengejar silibus tanpa mempunyai ruang dan peluang secukupnya untuk mencungkil atau mengasah kepakaran komunikasi dan kenyakinan diri pelajar. Pelajar perlu hanya dengar dan terima tanpa perlu banyak soal. Jika tidak kita tak dapat habiskan semua tajuk untuk tujuan peperiksaan!

Saya harap sistem seperti yang saya dan seangkatan lalui dulu akan diubah untuk melahirkan graduan yang lebih baik. Ya, orang dulu-dulu ramai yang berjaya...itu dulu! zaman kerja cari orang dan orang cari kerja! Le ni dan akan datang, manusia perlu cipta kerja untuk hidup! Cabaran survival graduan masakini jauh lebih hebat.

Persoalan lain yang juga berkaitan untuk difikirkan:

  1. Adakah mungkin kita telah merampas peluang menikmati keseronokan zaman kanak-kanak anak-anak kita dengan menghidangkan mereka dengan sebanyak mungkin subjek untuk dipelajari?

  2. Anak saya pelajar Tahun 5 menanyakan maksud terma seperti Hypotheses, Manipulated Variable dan Responding Variable untuk menyiapkan tugasannya – terma seakan-akan atau sama yang diutarakan dalam bengkel asas penyelidikan untuk pensyarah. Bezanya, lebih mudah berkongsi maksudnya dengan rakan pensyarah daripada pelajar Tahun 5.

2 comments:

aiman said...

i think as a student, usualy im not interested giving an opinion..hehehe.. maybe the subject not interesting.. but if it is interesting, i just do not know how to express or explain what actually in my mind.. myb kurang yakin la kot faktor utamanyer... mayb kt sek dulu2 mane ade cikgu suh bg opinion.. asik disumbat2 ilmu dlm kepala otak nie.. kalo tanyer jwb dia, bace n hafal.. so, no point la nk tanyer lagi kot... hehehe

Anonymous said...

topik ini memang menarik..sewaktu di sekolah rendah,menengah dan kolej memang saya banyak di ajar untuk mendapat maklumat tapi keadaan mula bertukar apabila saya masuk universiti diluar negara..saya bertukar sebab saya berada disituasi lain..saya tak bolih malu-malu,kena lebih aggressive for survival dalam pelajaran...saya mula menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masaalah..ini agaknya yang dikatakan ilmu..Islam suruh kita tuntut ilmu bukan kumpul maklumat.. ilmu meransang kita berfikir untuk membezakan yang mana betul dan yang mana salah..ilmu yang kita tuntut kena kongsi...ia memerlukan communication skills..ini perlu latihan..anak-anak perlu diberi
pendedahan kepada dialog dua
hala..jangan cuma angguk untuk setuju dan geleng untuk bantahan..nak jadi Melayu glokal memerlukan perubahan