Google
 

Friday, May 25, 2007

Sindrom yang ditakuti...

Sindrom yang ditakuti... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

"Bila dah biasa, dianggap tidak berdosa"

Ini sindrom yang saya takuti menular dalam masyarakat kita, terutamanya generasi muda. Contohnya, pergaulan bebas, sex bebas dan sebagainya. Bila dah biasa, dianggap tidak berdosa. Lama-lama jadi budaya. Bila dah parah, sukar nak dibaiki. Ibarat kereta yang sentiasa kena hantar selenggara walaupun okay saja hari-hari kita pandu ke hulu ke hilir. Sekurang-kurangnya kena tukar minyak hitam secara berkala. Jika tunggu ketika masalah besar, takut kena overhaul - banyak kos dan mungkin kena "tohok" (buang) saja! Kita mudah lupa kisah Tsunami, kaum Nabi Lut, kisah Qarun, sehinggalah datang yang seterusnya.

3 comments:

Anonymous said...

Kita berdoa semoga kita semua ditunjukan Allah kejalan yang benar dan sentiasa mendapat perlindonganNya. Saya nak bawa scenerio kebelakang,melihat apa yang berlaku dalam keluarga moden hari ini. Dalam sebuah keluarga,ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku anak-anak. Bapa sebagai ketua keluarga dan ibu sebagai pembantu. Rumah merupakan tempat pertama anak-anak mengenal dunia dan mendapat bimbingan untuk menghadapi cabaran diluar. Persoalannya adakah mereka mendapat bimbingan dan tauladan yang sepatutnya dari ibu dan bapa. Dari apa yang kita lihat hari ini ternyata kebanyakan ibu bapa gagal membimbing dan memberi tauladan yang baik kepada anak-anak. Mereka lebih suka menyalahkan orang lain sekiranya sesuatu yang tak baik berlaku pada anak-anak mereka. Ditempat saya tinggal,anak ke masjid ayah tidur dirumah. Jadi bagaimana? Pada saya ibu bapa bertanggung jawab penuh dalam mendidik anak-anak untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna. Kalau tak berupaya,cari orang untuk membantu.Sedarlah yang kita akan disoal dan dipertanggung jawab bila sampai waktunya tentang peranan kita sebagai ibu dan bapa. Kita berdoa sindrom yang perkatakan akan kurang dan dapat didihapuskan InsyaAllah. Prevention is better than cure!!!

Anonymous said...

yo lo ko nazif?

Anonymous said...

Bladesmen lontarkan persoalan ini "Yo lo nazif".
Saya tak pasti apa yang dimaksudkan oleh sahabat kita ini. Tapi jika maksudnya TIDAK PERCAYA yang masyarakat kita SEPARAH seperti yang kita bincangkan di sini (pergaulan bebas, sex bebas), saya tinggalkan jawapannya kepada sahabat kita ni untuk buat pemerhatian sendiri...
Saya pernah ditegur kerana menonjolkan kelemahan kaum kita atau masyarakat kita sendiri. Begitulah kita ni....tak boleh nak tegur dan cerita perkara yg kena batang hidung sendiri...semuanya dianggap tenang (air tenang jangan disangka tiada buaya!)
Jauh sekalilah jika diajak bincang cara menanganinya...
Tak apa lah, masing-masing ada pendirian sendiri dan boleh buat pemerhatian sendiri. Bagi komen kpd peroslan yg saya lontarkan ini pun dah kira tuan/puan CAKNA dah tuuuu...TQ!
Cuma, kita kena belajar kata PUTIH jika PUTIH dan HITAM jika HITAM!