Google
 

Wednesday, November 29, 2006

Kena sikit, ingat sikit!


Diingat sikit, insaf sikit! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Hari ini (29 Nov 2006), jam 5.00 petang, rakan sekerja, saudara Firman telefon saya di pejabat, “Zif! Kereta demo nombor berapo? Kawe raso kereta demo doh nih! Cermin pecoh kena batu orang mesin rumput”. Saya terus turun ke tempat letak kereta di depan pejabat dan lihat kereta saya dikerumuni rakan-rakan. Inilah keadaan kita – sentiasa berada dalam risiko dan perkara di luar kawalan. Kecewa tetap kecewa walaupun ianya besi tidak bernyawa. Namun, jika kita anggap ia hanyalah kesulitan kecil berbanding apa yang dilalui orang lain dan ada hikmah di sebalik setiap kejadian, insyaallah kita OK. Ada kalanya kita dah hati-hati, dah parking cantikkkkkk punya, tak senget, tak punggung terkeluar dan sebagainya tapi orang lain pula tak hati-hati dengan tindakan mereka. Ni pun nasib kereta saya bukan BMW, WISH atau MERCEDEZ. Dulu pernah terfikir nak letak sticker, “When I grow up, I want to be a Mercedez Benz”. Ni dah jadi gini, tak jadilah!
Antara perkara yang dapat dipelajari dari kejadian ini ialah kena bersedia untuk menghadapi perkara-perkara yang tak diundang ni – kena tahu cara menanganinya dan kena ada duit dalam poket – buat nnaha orang Kelantan kata atau “cushion” lah! Kena ada Disaster Recovery Planning. Dalam masyarakat kita dipelbagai peringkat masih kurang benda ni. Bila terantuk baru terngadah! Macam juga maut! Anytime, anywhere, whether we’re ready or not! Kalu tak dok bekal, maknanya..aiiiiii takut nok fikirkan tapi tak boleh tak fikir!

Monday, November 27, 2006

Dengan orang lain OK, dengan keluarga sendiri KO


Dari Mu’awiyah Al-Qusyairi, ia berkata:”Saya pernah bertanya: Ya Rasulullah, apa hak salah seorang di antara kami terhadap isterinya?” Beliau bersabda: “Engkau memberinya makan bila engkau makan; memberinya pakaian jika engkau berpakaian; janganlah engkau memukul mukanya; janganlah engkau menjelek-jelekkannya; dan janganlah engkau mengucilkannya, kecuali masih dalam rumah” (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Suami isteri ada hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan kepada satu sama lain. Tapi apa-apa pun kena mengikut kemampuan dan “pakai baju ikut ukuran badan sendiri”. Jangan minta sesuatu yang suami/isteri kurus kekek nak tunaikan. Ada isteri yang pakai gelang sampai kesiku tapi suami pakai baju singkat tuit, tak tukar-tukar sejak 10 tahun dulu! Luangkan masa dengan keluarga, pergilah bercuti!

Tuesday, November 21, 2006

Sekolah sebelum merdeka


Sekolah sebelum merdeka (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Pada 2 Jun 2006, saya berbual dengan seorang jiran, Pak cik Bakar yang sudah pencen hampir 5 tahun. Kami berbual tentang survival generasi muda sekarang. Kata beliau, "kalau jadi gempa bumi macam kat Jogja atau zaman darurat di Malaysia, kemungkinan ramai orang kita akan jadi pencuri!". Bila saya tanya mengapa, beliau memberikan alasannya,
"Generasi sekarang tak macam generasi dulu, tak dilatih untuk berada dalam kesukaran!. Semasa saya darjah satu, zaman sebelum Merdeka dan zaman awal selepas Merdeka, di setiap sekolah ada kebun sayur. Setiap pagi, sebelum masuk ke kelas, kami perlu masuk ke kebun dahulu - menyiram dan buat apa yang patut! Baja tahi lembu tu, kami ramas dengan tangan je. Sebelah petang, kami perlu datang lagi ke sekolah, berkebun lagi. Hasil kebun dijual kepada penduduk sekitar serendah 10 sen dan hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung sekolah. Yang akan menjajanya ialah pelajar darjah 6.
Jadi sekarang, kami tahu apa perlu dibuat bila berada dalam suasana sukar - nak tanam lada, lobak, bayam di sekeliling rumah untuk makan sendiri dan jiran-jiran tu tak menjadi soal. Kami tak mudah bergantung kepada orang lain. Generasi sekarang "berkebun dalam komputer" - kalau apa-apa berlaku, makan komputerlah gamaknya! Lihat macam di Jogja tu, bila dah jadi bencana, bantuan tak datang awal, komunikasi serta pengangkutan terputus, ada duit dalam bank pun bekalan letrik terputus dan tak boleh keluarkan duit! Orang yang tak biasa susah, akan mudah panik dan tak tahu nak buat apa. Nak pegang cangkul? Nak bertukang? Nak potong kayu untuk buat bangsal sementara keluarga? Orang yang biasa senang tak sanggup bersusah dan sentiasa berada dalam kemudahan. Yang mudahnya, "ambil" saja lah walaupun orang punya!


(gambar di atas adalah semasa di Darjah 1, SRK Hamzah, Machang Kelantan. Jauh dah berjalan rupanya.....)

Mudah lelap, satu anugerah!

Mudah lelap, satu anugerah !(http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Semasa saya ke KL atas urusan kerja, saya berkongsi bilik hotel dengan seorang rakan. Bangkit dari tidur, rakan saya memberitahu, "Zif, demo kena bersyukur sebab demo dikurniakan Tuhan anugerah ini!". Saya kebingungan dan bertanya, "Anugerah apa?" Jawab rakan tersebut, "Anugerah mudah lelap!. Semalam kawe timing demo letok saja kepala, tak sampai dua minit, krohhhhhh...krohhhhhh..." Pagi itu, saya baru ketahui yang rakan saya itu sukar untuk tidur malam. Katanya, kekadang berpusing kiri kanan berpuluh kali, mata lip lap lip lap, sampai berjam berbaring baru dapat tidur. Pagi itu juga baru saya sedari bahawa saya amat bernasib baik (dalam aspek tidur) berbanding rakan saya tadi. Balik daripada KL, saya ke hospital menziarahi anak seorang rakan lain yang terlibat dalam kemalangan - kepala lututnya tercabut!

Saya juga menziarahi anak saudara seorang kenalan berumur 2 tahun yang terlantar di hospital kerana masalah usus. Sebelum pulang dari hospital, saya terserempak dengan seorang lagi kenalan yang datang menjaga ibunya yang mengidap penyakit kencing manis. Katanya apabila saya menanyakan keadaan ibu beliau, "dah berbulan saya ulang-alik ke sini, hari-hari! Minggu lepas dah potong jari. Hari ini doktor kata nak potong peha pula!" Kerisauan jelas terbayang di wajahnya. Dua tiga hari ini saya ditemukan dengan penyakit dan mereka yang bermasalah - saya jelas tentang hikmahnya dan bersyukur mendapat peringatan ini. Kita banyak merungut dalam menjalani kehidupan dan dalam banyak kes, seperti kata orang putih, "take things for granted". Kita tak sedar yang kita sudah cukup bernasib baik!

Monday, November 20, 2006

Sumpah bohong tarik pelanggan, hilang keberkatan!

Sumpah bohong tarik pelanggan, hilang keberkatan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Semasa berniaga di Syam, Nabi s.a.w diminta oleh pelanggan utk. bersumpah dengan nama Latta dan Uzza tapi beliau menolak walaupun beliau mungkin hilang pelanggan. Sabda beliau yang bermaksud, "elakkanlah drp. terlalu banyak bersumpah ketika menjalankan urusan perniagaan kerana ia dapat menarik pelanggan dengan mudah tapi menghapuskan keberkatan"

Dalam kes lain, ada juga usahawan buah-buahan yg mempamerkan buah-buah yang cantik dan baru di longgokan depan, tetapi mencampurkan buah-buah lama ke dalam plastik apabila pelanggan mahu membelinya.....
~ petikan buku "FORMULA MENJADI USAHAWAN BERJAYA" (ruangan our books)

Teka-teki1:Apa benda ni?

Teka-teki1 : Apa benda ni? (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Teka-teki adalah segmen baru dalam blog kami. Tengok gambar ini dan cuba teka apa dia. Jawapannya akan dimaklumkan kemudian.

Sunday, November 19, 2006

Dah nasib badannnnnn....



Picture speaks by itself! Apa nak dikata...dah nasib badan! Saya percaya banyak yang boleh diperkatakan mengenai gambar di atas. Antaranya:
  1. Mentang-mentanglah dia besar...
  2. Individualistik...
  3. Tak ambil kisah dengan kesukaran "jiran"
Aduhhh...kalau ada yang macam ni di pejabat, hati pun tak senang nak kerja. Hati asyik memberontak dan tak sabar tunggu weekend. Nak tegur mudah mudah, takut nya kena elbow drop macam dalam WWF tu! Diam kan, terseksa badan dan jiwa! Nak kentut pun sukar maca ni...Mungkin anda ada pandangan atau pengalaman sendiri yang boleh dikaitkan dengan gambar di atas. Jemputlah untuk berkongsinya dan ketahui apa yang lain kata mengenainya...



Monday, November 13, 2006

Rutin hidup lo ni....

Rutin hidup lo ni.... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Imej di atas mengambarkan rutin seharian kebanyakan orang zaman sekarang - Bangun tidur, sarapan, kerja, makan, balik kerja, tidur dan bangun semula untuk melalui pusingan aktiviti yang sama setiap hari. Dalam sesetengah kes, ianya tidak mengikut turutan dan waktu. Ada orang kerja 3 hari tanpa henti kerana mengejar "deadline" hingga tak sempat pulang ke rumah untuk mandi. Ada juga yang habiskan masa lebih lama di kedai/restauran/pusat membeli-belah daripada di tempat kerja. Ada rakan saya kata, untuk orang Islam, imej di atas perlu ada diselitkan sejadah. Mesti ada pengabdian kepada Tuhan dalam menjalani rutin seharian. Jangan tunggu sehingga hari tua atau pencen. Jam kehidupan kita boleh berhenti bila-bila masa. Hidup kini ada titik henti, hidup kemudian infiniti! Kita boleh leka dengan mudah - dulu kita panggil orang pakcik, lo ni kita pula dipanggil pak cik! Rasa macam tak tua sangat lagi! Masa terbang - 20 tahun...30 tahun...sedar-sedar kita dah hampir 40 tahun! Purata umur manusia sekarang 60-70 tahun sahaja! Ibaratnya, kita masuk Mega Mall - masuk pagi, dok asyik melihat pelbagai perkara menarik dalam Mega Mall tu, hingga kita lupa sudah seharian di dalamnya. Keluar tengok hari sudah malam! Tu pun, beli barangan sikit untuk dibawa pulang atau tak beli langsung! Banyak window shopping kata orang. Balik rumah, baru sedar banyak keperluan tidak dibeli!

Bersunat/berkhatan

Bersunat/Berkhatan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Ni cerita lama tapi nak juga berkongsi. Pada 21 Jun 2006 lepas, saya melalui saat yang saya geruni sejak 7 tahun yang lalu - anak lelaki saya bersunat! Saya jenis yang dok leh tengok darah - tubuh jadi berpeluh sejuk dan kepala jadi berat, musingggggg!! Tapi, itu hakikat dan proses yang perlu ditempuhi oleh seorang ayah kepada anak lelaki. Nak menempuh ketika dan saat itu satu hal, nak beritahu si anak yang dia perlu bersunat pun satu hal. Apatah lagi jika sianak berumur 7 tahun dan perlu bersunat seorang diri tanpa ada rakan-rakan lain yang senasib. Hairan juga dengan saya ni, kalau pegang ayam untuk disembelih, no problemo!Luka-luka kecil pun no problem tapi jika pendarahan di tempat sensitif, ambo angkat tangan dua belah (tinggi-tinggi) - surrender! Masa tunggu isteri bersalin dulu pun gitu jugok - tunggu tetap tunggu tapi...nunnnn...di sana, di sana! Di hujung koridor dewan bersalin!
Teringat semasa zaman kanak-kanak dulu - kebanyakan perkara saya turuti tanpa diperjelaskan rasionalnya oleh ayah. Saya pun tak banyak soal dan tak berani nak soal. Zaman sekarang nampaknya lain. Anak saya banyak soalannya dan kekadang, kena buat penyelidikan juga untuk menjawabnya. Mungkin ini antara cabaran ibubapa zaman sekarang. "Sakit ke abah?", "Lama ke abah?", "Mengapa kena bersunat abah?", "Bersunat tu kena potong XXX ke abah?", "Sebab apa orang Islam saje bersunat?" - itu antara beberapa soalan yang boleh tahan juga nak menjawabnya. Saya teringat kata-kata seorang rakan, "Dengan kanak-kanak ni kena berhati-hati bercakap. Walaupun mereka kanak-kanak, kita perlu berterus-terang seboleh mungkin!". Saya dapati ini ada kebenarannya - buktinya sebelum bersunat, saya memberitahu sianak yang bersunat hanya mengambil masa sekejap saja. Terkeluar di mulut saya, "5 minit sahaja". Sehari selepas anak saya bersunat, dia memandang dengan muka masam kepada saya dan dengan tiba-tiba, dia berkata, "Abah kata 5 minit saja tapi lama!" dan dia nampak sangat kecewa.

Pada 2 Julai 2006, alhamdulillah, anak saya dah OK. Hari kedua pakai seluar dan kembali ke sekolah. Ada satu soalan nak tanya : Di zaman saya dulu, datuk saya kumpulkan kemuncup dan letak sebelah bantal. Apa gunanya kemuncup? (Hint: Fungsinya sama dengan ketuk kepala lutut!)

"Banyak cakap! Hah...kau yang buat!"

"Banyak cakap! Hah..kau yang buat!" (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Ini antara amalan/sikap negatif orang kita yang perlu dinyahkan. Biasanya berlaku dalam organisasi - siapa yang memberi cadangan akan diberikan tugas untuk melaksanakan cadangan tersebut. Ianya tidak salah jika pencadang mempunyai kepakaran dan berada dalam kuasa untuk melaksanakannya. Masalah timbul apabila "banyak cakap! Hah...kau yang buat!" ini dilontarkan secara tidak ikhlas dan semata-mata ingin menghukum pencadang. Ada pencadang yang memberi cadangan penambahbaikan dari perspektif mereka sebagai pengguna. Penerima cadangan tidak harus menganggap cadangan sebagai kritikan. Bila sindrom "kau cadang kau buat" ini sudah menjadi budaya dalam organisasi, akan tiada lagi yang sanggup mencadang (kecuali mencadang meluluskan minit mesyuarat!). Mesyuarat mungkin akan jadi lancar walaupun hakikatnya, "rumah siap, pahat berbunyi".

"Tak payah susah-susah laa..awak memang tak boleh buat punya!"

"Tak payah susah-susah laaa...awak memang tak boleh buat punya!" (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Saya tertarik dengan hasil nukilan Ahmad A. Talib dalam NST bertarikh 14 December 2003 yang bertajuk "The Story About The Tiny Frogs…..".

There once was a bunch of tiny frogs who arranged a running competition. The goal was to reach the top of a very high tower. A big crowd had gathered around the tower to see the race and cheer on the contestants. The race began. No one in the crowd really believed that the tiny frogs would reach the top of the tower. You heard statements such as: “oh, WAY too difficult!! They will NEVER make it to the top” or “Not a chance they will succeed. The tower is too high!”. The tiny frogs began collapsing. One by one. Except for those, who in a fresh tempo, were climbing higher and higher. The crowd continued to yell: “It is too difficult! No one will make it!” More tiny frogs got tired and gave up. But one continued higher and higher and higher. This one wouldn’t give up! At the end everyone else had given up climbing the tower. Except for the one tiny frog who after a big effort was the only one who reached the summit! Then all of the other tiny frogs naturally wanted to know how this one frog managed to do it! A contestant asked the tiny frog how he found the strength to reach the goal? It turned out that the winner was DEAF!

The wisdom of this story is: “Never listen to other people’s tendencies to be negative or pessimistic because they take your most wonderful dreams and wishes away from you – the ones you have in your heart! “Always think of the power words have. Because everything you hear and read will affect your action! Therefore, always be positive! And above all: Be DEAF to the people who tell you that you cannot fulfill your dreams!”
Jika diteliti, memang dalam masyarakat kita ada jenis yang bersikap begini - di tempat kerja, dalam perniagaan mahupun di IPTA/S atau sekolah. Ringkasnya, ada orang kita yang senang tengok orang susah dan susah tengok orang senang!

Friday, November 10, 2006

Siput sedut & belalang goreng

Siput sedut & Belalang goreng (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Pada bulan Ramadhan lepas, saya pulang berbuka puasa di kampung. Teringat nak makan makanan kegemaran masa zaman kanak-kanak - Gulai lemak kuning siput sedut! Isteri dan anak-anak saya semuanya geli, takut nok makan! Anak saya tanya, "Abah, miskin ke dulu?". Mungkin dia ingat saya makan siput macam sebuah keluarga di Serawak yang makan siput babi sepertimana yang ditunjukkan dalam rancangan TV3 "Bersamamu". Saya jawab, "Ya, saya miskin". Anak-anak zaman sekarang bertuah kerana tak perlu makan nasi dengan budu (sahaja), tak perlu berjalan kaki 5 batu ke jalan besar untuk tunggu bas ke sekolah. Jika lambat, terlepas bas yang hanya ada sejam sekali dan tidak perlu pergi sekolah (ye!ye!). Tapi, kalau balik rumah, mesti kena tibang (pukul). Orang tua dulu-dulu, walaupun orang kampung tapi pendidikan diutamakan. Zaman sekarang, ibubapa tak kisah anak di mana, dan anak pun tak kisah ibubapa di mana. Kalau pelajar sekolah rendah, begnya ada tayar. Saya pakai beg kotak berpetak!(siapa ada gambar beg ini, tolong email). Pelajar IPTA/S pula berlenggang ke kuliah - buku tak bawa tapi handphone bawa! Le ni, nak bawa handphone sampai dalam dewan peperiksaan pun boleh. Masa saya ambil peperiksaan di British Council, 2 jam tak dibenarkan keluar - nak kencing? nak berak? "You can go before or after this 2 hours time. Rule is rule. I'm afraid you have to follow" Alhamdulillah, tiada pula yang kencing/berak dalam seluar! Anak-anak sekarang sememangnya 'lumayan', didodoi dan dibuai. Harap-harap mereka dapat belajar sesuatu dari kehidupan sebegini. tapi, biasanya manusia banyak belajar daripada kesusahan dan bukannya kesenangan.
Nota:

1) Siput ni kena dipotong punggungnya dahulu untuk memudahkan isinya disedut keluar. Kena hati-hati, takut tertelan kupingnya (penutupnya) yang nipis dan tajam. Letak kat mulut dan sruuuuuuuppppp....sedut isinya! Ianya didapati dengan mudah di sawah padi. Kata seorang sahabat, Hjh. Rosni (Kaunselor Kanan), "Di Perlis, kami makan juga siput sedut tapi bukan dari sawah tapi dari paya bakau. Siput ni melekat di batang-batang bakau. Namanya 'belitung' di Perlis. Orang Cina pun suka makan menjadikan harganya dah mahal berbanding dulu-dulu".

2) Satu lagi yang menjadi makanan kegemaran di kampung dulu ialah belalang goreng. Saiznya kecil. Dijual orang kampung ikut sukatan tin kopi. Satu tin, seingat saya, RM0.30. Sedap dikunyah, krek!krek! Di goreng garing - rangup, crispy! saya sedang mencari-cari di mana ada dijual tapi masih tidak berjumpa.

Thursday, November 09, 2006

Keadaan kita macam iceberg...

Keadaan kita macam iceberg (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kita memang tiada perang tapi itu bukannya bererti kita aman. Bukanlah kita minta perang tapi masalahnya kita mendabik dada mengatakan kita di landasan yang betul bila kita berada dalam kesenangan. Kena ingat yang cubaan juga datangnya dalam bentuk kesenangan. Dan lagi, cubaan kesenangan lebih berbahaya dari kesukaran. Kesenangan buat kita terus alpa dan leka. Dok terlonjak sana dan sini. Air tenang jangan disangka tiada buaya. Saya yakin yang jalan kebenaran bukan semudah ini. Allah pun ada mengingatkan kita dalam Al-Quran yang kita akan dicuba untuk memasuki syurganya. Nabi dan umat terdahulu pun pernah dicuba dan cubaan mereka jauh lebih hebat dari kita. Kita tiada perang tapi kita mungkin ada sakit dalaman yang semakin merebak. Jika tidak dikawal dengan berkesan, ianya akan timbul nanti dan merosakkan badan. Macam penyakit bertih/jintungan (chicken pox) tuuu...

Sejak kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan kes jenayah dan salahguna kuasa yang melibatkan orang berkuasa serta terkenal. Contohnya personaliti terkenal (hok sokmo masuk TV) dituduh mengebom mati wanita asing (Akhbar 9/11/06), chief inspektor ditahan reman (Buletin Utama 8/11/06), ahli majlis daerah/ahli politik seleweng kuasa dan doktor rogol pesakit (Harian Metro 9/11/06). Kalau orang cerdik pandai dah macam ni, yang tak cerdik pandai tak tahulah macam mana.

Kesenangan yang dinikmati sekarang sepatutnya digunakan untuk memperkasa dan memperkuatkan bangsa – kasa dan kuat dengan ilmu dalaman, ilmu agama! Bukannya mendodoikan terus anak bangsa kita. Lihat isu murtad yang semakin menular, isu dadah, isu mat rempit, isu sosial remaja Melayu. Kita sudah boleh menilai generasi muda kita sekarang dan kita sebenarnya secara langsung atau tidak, bertanggungjawab dalam pembentukan diri mereka. Konsert penuh, masjid/surau lengang (kecuali Ramadhan). Ajak bincang isu hiburan dan artis, ramai yang tahu dan mahu. Ajak bincang isu agama dan masalah, ramai tunduk dan membatu. Tu belum lagi bincang aspek pakaian – pakai tudung tapi nampak pusat dan jenama seluar dalam. Habis bercelaru antara fesyen dan tuntutan agama! Berpelukan di khalayak ramai dan remaja Islam minum arak tu dah biasa kita dengar. Setengah orang tak suka kita bincang panjang lebar benda-benda macam ni. Tapi jangan pula disalahkan takdir jika musibah menimpa nanti kerana banyak peringatan dah diberikan. Kelebihan kita, umat akhir zaman adalah dapat lihat apa yang berlaku kepada umat terdahulu dan pelaung baiki diri agar perkara yang sama tidak berulang kepada kita dan umat masakini atau generasi akan datang. Tapi kalau lsekadar tahu tapi tak nak ambil endah, tiada gunanya. Kata Tuhan, "Bencana yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri”.

Keadaan kita sekarang, pada saya macam iceberg dalam gambar di atas.

Buah getoh!

Buah getoh! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Ada mutiara kata berbunyi "Those who forget the past will be condemned by the future". Sejarah penting dan perlu diketahui. Mungkin dengan mengetahui sejarah, kita akan menjadi orang yang lebih bersyukur. Dalam kontek ini, saya rasakan buah getah (dalam gambar di atas) sudah semakin tidak dikenali oleh generasi kecil masakini. Padang permainan anak-anak sekarang bukan lagi di celah-celah pokok getah tetapi di skrin komputer bersegi empat (mungkin dipindahkan ke cermin kacamata sedikit masa lagi). Anak-anak mungkin kenal tayar kereta tapi tidak kenal buah getah. Anak saudara saya yang tinggal di bandaraya pernah mengatakan, "eiiii...luasnya padang golf!" apabila pertama kali melihat sawah padi terbentang luas di kampung.
Banyak cerita boleh dicoretkan bersumberkan pokok dan buah getah. Orang yang menoreh getah turun di awal pagi dalam suasana penglihatan masih samar-samar. Mereka bernasib baik jika tempat menoreh dekat. Kekadang perlu berjalan beberapa kilometer baru sampai ke tempat menoreh. Bila hujan, mereka gusar dan risau! Tidak mudah untuk mengeluarkan hasil. Seronok bagi kita yang mengecapi hasil. Tahun berubah dan kita mungkin bertukar ganti kenderaan yang lebih elok dengan tayar yang lebih ada ummmppp..."konar baring no problem"! Penoreh getah masih di takuk begitu untuk beberapa tahun lamanya. Kalau lori bawa skrap getah sedang bergerak di hadapan kita, kita akan berusaha untuk memotong kerana baunya....emmmmm semerbak! Semasa zaman kanak-kanak, saya gunakan kulit buah getah untuk buat kipas angin. Pertandingan laga buah getah juga menarik. Masing-masing akan mencari buah getah terbaik yang tidak pecah bila dilagakan - buah getah rima (harimau) dan gemala kuba (kerbau)! Cara laganya, dua buah getah diletakkan bertindan dan diketuk dengan tangan. KITA PERLU BERUSAHA UNTUK MENYUMBANG MACAM BUAH GETOH - PELBAGAI FAEDAH KEPADA MANUSIA! susunya dibuat tayar, daunnya jadi pembungkus tapai (walaupun le ning, isteri saya buat tapai dalam bekas plastik), kayu jadi perabut, buah dan kulit jadi bahan kraf! Ianya tetap di situ walau tidak dikenal, sehinggalah ianya ditebang....untuk tujuan pembangunan dan kepentingan manusia.



Kongsilah di sini apa jua yang anda rasakan sudah pupus atau semakin pupus...

Wednesday, November 08, 2006

Keluarga penting!

Keluarga penting (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kita jangan ambil mudah atau seperti kata orang putih, "take things for granted" bila bercakap mengenai keluarga. Bukan semua orang dianugerahkan Tuhan dengan keluarga. Ada juga yang ada keluarga tapi macam tak ada keluarga. Ada yang dah bertahun tak bertegur sapa dengan adik-beradik atau ibu ayah. Bila baru dua tiga hari kembali berhubung, dijemput pula pulang oleh Allah s.w.t salah seorang daripada mereka. Cari peluang dan ruang untuk eratkan perhubungan sesama ahli keluarga. Masa jangan dinanti tapi perlu dicari...Lumrah manusia, tidak sedar nilai sesuatu yang dimiliki sehinggalah kita kehilangannya. Di sekeliling kita banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Ambil inisiatif untuk kumpulkan keluarga dan bawa mereka berkelah - sekali sekala, ubah rutin harian anda daripada makan dua tiga orang di rumah kepada makan dua tiga puluh orang di tepi pantai/sungai. Anda akan sedari suatu hari bahawa saat sebegini amat tinggi nilainya dan bukan mudah untuk didapati.

Tuesday, November 07, 2006

Setiap persoalan kita ada jawapannya...

Setiap persoalan kita ada jawapannya (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Saya kira bahan yang diemail kpd saya ini berguna untuk motivasi diri. Masalah dengan kita ni kadang-kadang, bila orang bagi jawapan kepada kekalutan yang kita hadapi, kita tak berapa nak terima. "Tahu dohhhh..." kata kita. Dengar pun macam terpaksa saja. Cuba beri peluang pada diri untuk dengar dan buat apa yang dicadangkan. Kita akan lihat hasil yang berbeza, insyaallah!

  • KENAPA AKU DIUJI? - Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ~ Surah Al-Ankabut ayat 2-3
  • KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah ayat 216
  • KENAPA UJIAN SEBERAT INI? Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286
  • RASA FRUSTASI? Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139
  • BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA? Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran ayat 200
    Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', ~ Surah Al-Baqarah ayat 45
  • APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI? Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah ayat 111
  • KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129
  • AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah Yusuf ayat 87


Monday, November 06, 2006

Sejauh mana kita kenal pasangan kita?

Sejauh mana kita kenal pasangan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Kami ingin kongsi satu permainan yang kami sertai semasa mengikuti majlis hari raya Fakulti Perakaunan. Pertama sekali, SYABAS kepada AJK yang berjaya memperkenalkan permainan ini. Dalam permainan ini, para suami ditempatkan di suatu sudut sementara para isteri di satu sudut yang lain. Si suami dan si isteri diberikan borang masing-masing (rujuk gambar di atas) dan dikehendaki menjawab soalan yang ada dalam masa 5 minit. Pemenang dikira berdasarkan pasangan yang mendapat jawapan betul (jawapan yang diberikan si suami sama dengan yang diberikan si isteri) yang paling banyak. Bagi kumpulan kami ini, pasangan pemenang mendapat markah 13/15. Wowww!!! Kami pula, antara pasangan tercorok kot kerana dapat markah 3/15!!! He!he! Pihak penganjur tak bagi balik jawapan tapi kami minta juga nak tengok. Penganjur kata, "Nanti balloh kang!". Kami jawab, "Insyaallah takkkk!". Pada kami ianya tidak lebih dari satu permainan dan tidak boleh digunakan untuk mengukur hubungan suami isteri. Namun ianya satu permainan yang menarik, berkesan dalam komunikasi suami isteri. Kami ketawa besar bila melihat kepada jawapan yang kami beri. Apa tidaknya, tarikh diijabkabulkan pun dua-dua salah, "dok teringat!!". Emmmmm....moleklah! Mungkin permainan sebegini boleh juga dilakukan oleh kumpulan anda apabila mengadakan Hari Keluarga dan sebagainya. Cubalah!


Sunday, November 05, 2006

Aduh! Umur semakin meningkat, penyakit dah macam-macam

Hari ini (5/11/06), saya kena gout lagi. Kali ni di kepala lutut pulok! Aduh!Tuhan dan mereka yang pernah kena gout ni saja yang tahu seksanya. Bila dilipat, susoh nok luruskan. Bila dah diluruskan, susoh nok dilipat - solat sambil duduk, jalan macam robot! Seminggu dua ini saya banyak dengar berita kematian orang yang dikenali. Minggu lepas, ayah sahabat saya, JHH meninggal dunia. Minggu ini, kakak iparnya pula. Hari ini, adik kepada seorang rakan lain pula pulang ke rahmatullah. Berita kematian dan kesakitan adalah peringatan Allah kepada yang hidup. Peringatan yang kita manusia ni ada hadnya, jangan dok gong dan gah sangat. Atau buat sesuka hati. Perangai tak pernah berubah dari muda sampai ke tua. Berjalan mendongak, tak pernah nak tunduk kebawah atau ke belakang. Kita ni lekat tulang ikan sikit pun dah susah! Kena gout ni, saya tak boleh makan macam dulu - say NO to sotong, kerang, ketam, udang, colek masam-masam tu. Maknanya sudah hilang sedikit dari kenikmatan hidup. Terhidang di depan mata pun kena cium baunya saja!he!he! Ehhh...tak kan tak sanggup kot..sikit saja pun tak boleh? Kalau teringat masa sakit ni, memang diupah pun , I'm sorry!
Sibuk dengan kehidupan, kita tak sedar yang umur dah meningkat dan keupayaan dah tak macam dulu. Penyakit pun dah macam-macam. Dulu dengar orang-orang tua kita saja yang kena. Kini giliran kita pula! Penyakit ni, tak dicari pun dia mari. Tadi telefon rakan lama di KL. Beliau kata ada ketumbuhan dan sakit di ari-ari. Beliau kena jalani pembedahan tak lama lagi. Masing-masing dengan jalan hidup masing-masing. Tak bincang hal-hal kematian dan kesakitan ini tak boleh juga kerana mati itu pasti. Sebab tulah, kalau kita hidup susah atau tak seperti yang dikehendaki di sini pun tak apa kerana ini semua akhirnya akan berakhir. Yang pentingnya, di sana nungggggggg...guano hidup kita nanti dinung? Hidup lo ni ada titik henti, hidup nanti infiniti!

Sikap Negatif : Asal aku yang senang sudah!

Sikap orang kita : Asal aku yang senang.... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Ni, nak berkongsi satu lagi sikap negatif orang kita. Objektif perkongsian ini agar kita sama-sama jangan buat! Ini pengalaman sendiri pada 10 April 2006, suatu pagi semasa saya pulang dari menghantar anak ke sekolah. Ianya berkaitan sebuah kereta di parking dengan punggungnya separuh atas jalan dan menghalang kelancaran pergerakan kereta-kereta lain, di sebuah kawasan taman perumahan. Pemiliknya berhenti untuk membeli kuih. Nampak kepada kereta (Honda City baru), pemiliknya tentu seseorang yang terpelajar, berkerjaya dan mungkin berjawatan. Tapi sayang, sikap dan perbuatan tidak melambangkan semua itu. Kereta di depan saya bagi hon. Kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan awal 40an menoleh dan angkat tangan sedikit, tapi tiada tindakan pantas mengalihkan keretanya - terus membeli!. Kemudian saya pula bagi hon, buka cermin dan beritahunya, "Guano punggung tonggeng atas jalan ni weiii....fikir orang getek weiiiii !"
Bukannya tak boleh parking di depan sedikit, di atas rumput dan tidak menghalang laluan orang. Manusia sebegini hanya fikirkan kepentingan diri sendiri. Saya percaya jika inilah sikap sebenar pemilik kenderaan itu, di mana-mana pun pasti ada orang yang tidak senang dengannya - di pejabat, di kejiranan, di pusat membeli-belah, persatuan, PIBG, malah mungkin di rumah pun! Saya biasa tengok kereta di parking dengan sedikit punggung atau sisi di atas jalan - boleh diterima. Tapi ini, masyaAllah! Memang punggung kereta memblok separuh jalan. Kalau saya mempunyai kereta secantik dan semahal itu, setidak-tidaknya, saya akan fikirkan "keselamatan" punggung kereta saya, takut dicium orang - boleh claim tapi banyak urusannya! Apa yang ada dalam kepala manusia sebegini agaknya! Jika kita perhatikan, sikap "put yourself in someone else's shoes" ini sudah semakin terhakis. Masyarakat kita mungkin terlalu berlembut dan berlapik bila bercakap. Akhirnya, ungkapan "jika kita terlalu berbudi bahasa, orang jadi tak reti bahasa" menjadi realiti.

Friday, November 03, 2006

Sikap "Bystander Effect"

Rakan sekerja, Encik Gopala dan Encik Hashim berkongsi satu lagi sikap negatif orang kita iaitu apa yang dipanggil sebagai "Bystander effect" atau dalam kata mudah saya kata penyakit badi harap (saling mengharap)! Dua rakan saya tadi membawakan kisah-kisah berikut:
  1. Di England seorang gadis dirogol di khalayak ramai dan tiada siapa pun yang menolong. Seorang psychologist menyatakan ini adalah kerana "bystander effect" Orang yang melihat itu bukan tidak niat tolong cuma mereka mengharapkan "somebody will do something" akhirnya, "nobody did anything"
  2. Pada zaman dahulu ada seorang sultan, dia minta rakyatnya menhadiahkannyasatu cawang madu sempena Hari Keputraan baginda. Setiap orang mesti bubuhmadu tersebut dalam satu tempayan yang amat besar di hadapat istana. Maka ramailah yang datang mebubuh madu dalam tempayan tersebuk. Baginda amat gembira. Tetapi dalam ramai-ramai tu ada seorang hamba yang mana berfikir jika dia seorang bubuh air sejuk dalam tempayan tentu orang tak tahu. Lagi pun tak akan ada apa-apa kesan kerana madu tentu banyak. Maka dengan selamba dia bubuh air sejuk dalam tempayan tersebut. Besoknya pagi-pagi lagi baginda bangun dan pergi ke tempat tempayan hendak melihat madu yang ada dalam tempayan tersebut. Alangkah teperanjat baginda kerana apa yang ada di dalam tempayan tersebut hanya dipenuhi air sejuk. Rupa-rupanya sebilangan besar rakyat baginda berfikiran seperti hamba tadi juga. Moralnya jangan mengharapkan "somebody will do something" akhirnya "nobody did anything."

Jadi, tuan-puan boleh buat kesimpulan sendiri sejauh mana ini benar dalam komuniti kita. Boleh utara contoh di sini kalau ada. Pernah seorang ketua di Majlis Hal Ehwal Islam memberitahu saya yang banyak surau dan masjid "miskin", tak dapat bayar bil bulanan mereka walaupun jumlah jemaah Jumaat sentiasa ramai. Mungkinkah dalam kes ini, orang kita berfikir, "uhhhh....tak apalah aku dok derma pun, padan dengan jemaah hok ramai-ramai ni!"

Thursday, November 02, 2006

Usahawan kita.....Sistem Rekod & Khidmat Pelanggan




Petikan buku "Formula Jadi Usahawan Berjaya" (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Kami kira dua aspek ini buat usahawan kita masih terkebelakang berbanding bangsa lain. Sistem rekod (akaun perniagaan) dan khidmat pelanggan amat penting tapi masih ada yang buat endah tak endah. Sebab tu kita lihat di sesetengah tempat macam di Dungun ni, usahawan bumiputra tutup kedai tapi usahawan bangsa lain buka kedai. Ada juga yang kata orang kita tak nak tolong sesama sendiri. Dalam kes ini, lagu mano nak tolong kalu asyik gi...gi...tak dok! gi.. gi..tak dok! Kalau harga barang lebih sedikit dari kedai orang lain, mungkin boleh ditimbangkan tapi kalau barangan yang diperlukan asyik tak ada dalam stok dan layanannya pula ehem! ehem!.."I don't know what to say" (ccakap orang putih sikit), sebab cakap orang putih ni, orang bagi perhatian, orang hormat dan orang kata hebat!(betul ke gitu atau mesti ke gitu?).

Wednesday, November 01, 2006

Pepepriksaan satu ujian...

Peperiksaan suatu ujian
Pelajar AIS saya akan menduduki peperiksaan akhir mereka pada 19 Nov dan 26 Nov 2006 ini. Selamat Maju Jaya dan saya doakan kejayaan mereka. Setelah satu semester menjalani sesi pembelajaran, kini tiba masanya pengetahuan mereka diuji. Tanpa ujian, pengetahuan dan kemahiran pelajar tidak dapat dinilai serta diiktiraf. Tanpa diuji, seseorang pelajar itu tidak dapat mendabik dada mengatakan bahawa mereka pandai ataupun mengeluh mengatakan sebaliknya. Peperiksaan akhir merupakan antara dugaan utama kepada pelajar. Bagi mereka yang telah membuat persediaan awal, peperiksaan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan dihadapi dengan tenang. Bagi yang tidak bersedia, pembatalan peperiksaan mungkin sesuatu yang mengembirakan dan peperiksaan dihadapi dengan perasaan resah serta gelisah. Malah ada yang berani mengambil risiko untuk "menyeleweng", walaupun mengetahui hukuman berat menanti jika mereka ditangkap!

Dalam menjalani kehidupan juga ada ujian dan dugaannya. Ujian dalam kehidupan diberikan Allah untuk mengetahui status ketaqwaan manusia kepada Allah – kepatuhan makhluk kepada Pencipta! Ujian merupakan lumrah dan perlu. Manusia tidak boleh yakin akan masuk syurga tanpa diuji terlebih dahulu. Ujian dalam kehidupan juga seperti ujian dalam pembelajaran – pelbagai tahap kesukarannya! Ada kuiz, ujian 1, ujian 2, ujian theori, ujian makmal, tugasan, pembentangan dan akhirnya peperiksaan akhir. Ada orang diuji dengan tayar kereta pancit di tengah malam dalam hujan lebat, ada orang diuji dengan kematian anak, ada orang diuji dengan sakit (gout!) hingga perlu merangkak untuk ke tandas, ada orang diuji atap rumah tercabut dek angin kencang musim tengkujuh, ada orang diuji basah kuyup ke tempat kerja kerana hanya ada motosikal dan sekarang hujan turun tanpa henti, ada orang diuji duit bersepah tak tahu nak buat apa (ujian datang dalam bentuk kesukaran dan kemewahan), ada orang diuji apa yang hendak sentiasa dapat, dan bermacam lagi. Yang penting perlu tabah, sabar dan insaf. Setiap kali ditimpa ujian, cuba berfikir "di luar kotak". Jika hidup kita tiada ujian, dibimbangi ada sesuatu yang tidak kena. Dunia ini "neraka" bagi mereka yang beriman dan "syurga" bagi mereka yang tidak beriman. Akhirat pula sebaliknya.

Cuba ulang balik!

Aduhhhh...hari ni dah 1 Nov 2006! Cepatnya masa berlalu. Hari ni nak kongsi tentang sikap kita yang orang putih kata, "take thing for granted!" Tak semua orang faham macam kita faham. Jadi bila beri penjelasan, kena jelas betul-betul dan sentiasa cek kefahaman orang yang mendengar. Ada ketikanya saya ke warung, minta Tea "0" dapat Tea "O" Beng! Ni boleh juga terjadi di pejabat, apabila kita memberi arahan kepada staf rakan sekerja. Cerita di bawah (diterima melalui email) menarik dan berkaitan untuk dikongsi.

An exhausted looking man dragged himself in to the Doctor's office.

"Doctor, there are dogs all over my neighborhood. They bark all day and all night, and I can't get a wink of sleep."
"I have good news for you," the doctor answered; rummaging through a drawer full of sample medications. "Here are some new sleeping pills that work like a dream. A few of these and your trouble will be over."
"Great," the man answered, "I'll try anything. Let's give it a shot."

A few weeks later, the man returned, looking worse than ever. "Doc, your plan is no good. I'm more tired than before!"

"I don't understand how that could be," said the doctor; shaking his head. "Those are the strongest sleeping pills on the market!"
"That may be true," answered the man wearily. "But, I'm still up all night, chasing those dogs, and, when I finally catch one, it's hard getting him to swallow the pill!!!"