Google
 

Wednesday, November 01, 2006

Pepepriksaan satu ujian...

Peperiksaan suatu ujian
Pelajar AIS saya akan menduduki peperiksaan akhir mereka pada 19 Nov dan 26 Nov 2006 ini. Selamat Maju Jaya dan saya doakan kejayaan mereka. Setelah satu semester menjalani sesi pembelajaran, kini tiba masanya pengetahuan mereka diuji. Tanpa ujian, pengetahuan dan kemahiran pelajar tidak dapat dinilai serta diiktiraf. Tanpa diuji, seseorang pelajar itu tidak dapat mendabik dada mengatakan bahawa mereka pandai ataupun mengeluh mengatakan sebaliknya. Peperiksaan akhir merupakan antara dugaan utama kepada pelajar. Bagi mereka yang telah membuat persediaan awal, peperiksaan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan dihadapi dengan tenang. Bagi yang tidak bersedia, pembatalan peperiksaan mungkin sesuatu yang mengembirakan dan peperiksaan dihadapi dengan perasaan resah serta gelisah. Malah ada yang berani mengambil risiko untuk "menyeleweng", walaupun mengetahui hukuman berat menanti jika mereka ditangkap!

Dalam menjalani kehidupan juga ada ujian dan dugaannya. Ujian dalam kehidupan diberikan Allah untuk mengetahui status ketaqwaan manusia kepada Allah – kepatuhan makhluk kepada Pencipta! Ujian merupakan lumrah dan perlu. Manusia tidak boleh yakin akan masuk syurga tanpa diuji terlebih dahulu. Ujian dalam kehidupan juga seperti ujian dalam pembelajaran – pelbagai tahap kesukarannya! Ada kuiz, ujian 1, ujian 2, ujian theori, ujian makmal, tugasan, pembentangan dan akhirnya peperiksaan akhir. Ada orang diuji dengan tayar kereta pancit di tengah malam dalam hujan lebat, ada orang diuji dengan kematian anak, ada orang diuji dengan sakit (gout!) hingga perlu merangkak untuk ke tandas, ada orang diuji atap rumah tercabut dek angin kencang musim tengkujuh, ada orang diuji basah kuyup ke tempat kerja kerana hanya ada motosikal dan sekarang hujan turun tanpa henti, ada orang diuji duit bersepah tak tahu nak buat apa (ujian datang dalam bentuk kesukaran dan kemewahan), ada orang diuji apa yang hendak sentiasa dapat, dan bermacam lagi. Yang penting perlu tabah, sabar dan insaf. Setiap kali ditimpa ujian, cuba berfikir "di luar kotak". Jika hidup kita tiada ujian, dibimbangi ada sesuatu yang tidak kena. Dunia ini "neraka" bagi mereka yang beriman dan "syurga" bagi mereka yang tidak beriman. Akhirat pula sebaliknya.

2 comments:

nOrBaYtE said...

hurm...banyaknya pengajaran web site en nie... doa2kan la kitorang jawab paper AiS ngan Bravoznya ek en... hehe...

Nazif said...

Doa tu dah semestinya....tapi doa tuan empunya diri tu lebih baik. Biar sampai nitis air mata gituuuu...."Ya Allah! Bukakanlah pintu hati ku dan rakan-rakan dan permudahkanlah kami dalam menghadapi peperiksaan ini.' Jangan lupa doa kepada ibu bapa...itu teramat penting! Sebelum duduki setiap paper tu, call bu ayah, minta doa restu...acap pun tak apa...ada telefon mahal buat gapo...he!he! jange mare. Itu untuk orang yang tak pernah call mak bapak dia lah.