Rakan sekerja, Encik Gopala dan Encik Hashim berkongsi satu lagi sikap negatif orang kita iaitu apa yang dipanggil sebagai "Bystander effect" atau dalam kata mudah saya kata penyakit badi harap (saling mengharap)! Dua rakan saya tadi membawakan kisah-kisah berikut:
- Di England seorang gadis dirogol di khalayak ramai dan tiada siapa pun yang menolong. Seorang psychologist menyatakan ini adalah kerana "bystander effect" Orang yang melihat itu bukan tidak niat tolong cuma mereka mengharapkan "somebody will do something" akhirnya, "nobody did anything"
- Pada zaman dahulu ada seorang sultan, dia minta rakyatnya menhadiahkannyasatu cawang madu sempena Hari Keputraan baginda. Setiap orang mesti bubuhmadu tersebut dalam satu tempayan yang amat besar di hadapat istana. Maka ramailah yang datang mebubuh madu dalam tempayan tersebuk. Baginda amat gembira. Tetapi dalam ramai-ramai tu ada seorang hamba yang mana berfikir jika dia seorang bubuh air sejuk dalam tempayan tentu orang tak tahu. Lagi pun tak akan ada apa-apa kesan kerana madu tentu banyak. Maka dengan selamba dia bubuh air sejuk dalam tempayan tersebut. Besoknya pagi-pagi lagi baginda bangun dan pergi ke tempat tempayan hendak melihat madu yang ada dalam tempayan tersebut. Alangkah teperanjat baginda kerana apa yang ada di dalam tempayan tersebut hanya dipenuhi air sejuk. Rupa-rupanya sebilangan besar rakyat baginda berfikiran seperti hamba tadi juga. Moralnya jangan mengharapkan "somebody will do something" akhirnya "nobody did anything."
Jadi, tuan-puan boleh buat kesimpulan sendiri sejauh mana ini benar dalam komuniti kita. Boleh utara contoh di sini kalau ada. Pernah seorang ketua di Majlis Hal Ehwal Islam memberitahu saya yang banyak surau dan masjid "miskin", tak dapat bayar bil bulanan mereka walaupun jumlah jemaah Jumaat sentiasa ramai. Mungkinkah dalam kes ini, orang kita berfikir, "uhhhh....tak apalah aku dok derma pun, padan dengan jemaah hok ramai-ramai ni!"
No comments:
Post a Comment