Google
 

Friday, November 10, 2006

Siput sedut & belalang goreng

Siput sedut & Belalang goreng (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Pada bulan Ramadhan lepas, saya pulang berbuka puasa di kampung. Teringat nak makan makanan kegemaran masa zaman kanak-kanak - Gulai lemak kuning siput sedut! Isteri dan anak-anak saya semuanya geli, takut nok makan! Anak saya tanya, "Abah, miskin ke dulu?". Mungkin dia ingat saya makan siput macam sebuah keluarga di Serawak yang makan siput babi sepertimana yang ditunjukkan dalam rancangan TV3 "Bersamamu". Saya jawab, "Ya, saya miskin". Anak-anak zaman sekarang bertuah kerana tak perlu makan nasi dengan budu (sahaja), tak perlu berjalan kaki 5 batu ke jalan besar untuk tunggu bas ke sekolah. Jika lambat, terlepas bas yang hanya ada sejam sekali dan tidak perlu pergi sekolah (ye!ye!). Tapi, kalau balik rumah, mesti kena tibang (pukul). Orang tua dulu-dulu, walaupun orang kampung tapi pendidikan diutamakan. Zaman sekarang, ibubapa tak kisah anak di mana, dan anak pun tak kisah ibubapa di mana. Kalau pelajar sekolah rendah, begnya ada tayar. Saya pakai beg kotak berpetak!(siapa ada gambar beg ini, tolong email). Pelajar IPTA/S pula berlenggang ke kuliah - buku tak bawa tapi handphone bawa! Le ni, nak bawa handphone sampai dalam dewan peperiksaan pun boleh. Masa saya ambil peperiksaan di British Council, 2 jam tak dibenarkan keluar - nak kencing? nak berak? "You can go before or after this 2 hours time. Rule is rule. I'm afraid you have to follow" Alhamdulillah, tiada pula yang kencing/berak dalam seluar! Anak-anak sekarang sememangnya 'lumayan', didodoi dan dibuai. Harap-harap mereka dapat belajar sesuatu dari kehidupan sebegini. tapi, biasanya manusia banyak belajar daripada kesusahan dan bukannya kesenangan.
Nota:

1) Siput ni kena dipotong punggungnya dahulu untuk memudahkan isinya disedut keluar. Kena hati-hati, takut tertelan kupingnya (penutupnya) yang nipis dan tajam. Letak kat mulut dan sruuuuuuuppppp....sedut isinya! Ianya didapati dengan mudah di sawah padi. Kata seorang sahabat, Hjh. Rosni (Kaunselor Kanan), "Di Perlis, kami makan juga siput sedut tapi bukan dari sawah tapi dari paya bakau. Siput ni melekat di batang-batang bakau. Namanya 'belitung' di Perlis. Orang Cina pun suka makan menjadikan harganya dah mahal berbanding dulu-dulu".

2) Satu lagi yang menjadi makanan kegemaran di kampung dulu ialah belalang goreng. Saiznya kecil. Dijual orang kampung ikut sukatan tin kopi. Satu tin, seingat saya, RM0.30. Sedap dikunyah, krek!krek! Di goreng garing - rangup, crispy! saya sedang mencari-cari di mana ada dijual tapi masih tidak berjumpa.

No comments: