Google
 

Thursday, November 09, 2006

Keadaan kita macam iceberg...

Keadaan kita macam iceberg (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kita memang tiada perang tapi itu bukannya bererti kita aman. Bukanlah kita minta perang tapi masalahnya kita mendabik dada mengatakan kita di landasan yang betul bila kita berada dalam kesenangan. Kena ingat yang cubaan juga datangnya dalam bentuk kesenangan. Dan lagi, cubaan kesenangan lebih berbahaya dari kesukaran. Kesenangan buat kita terus alpa dan leka. Dok terlonjak sana dan sini. Air tenang jangan disangka tiada buaya. Saya yakin yang jalan kebenaran bukan semudah ini. Allah pun ada mengingatkan kita dalam Al-Quran yang kita akan dicuba untuk memasuki syurganya. Nabi dan umat terdahulu pun pernah dicuba dan cubaan mereka jauh lebih hebat dari kita. Kita tiada perang tapi kita mungkin ada sakit dalaman yang semakin merebak. Jika tidak dikawal dengan berkesan, ianya akan timbul nanti dan merosakkan badan. Macam penyakit bertih/jintungan (chicken pox) tuuu...

Sejak kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan kes jenayah dan salahguna kuasa yang melibatkan orang berkuasa serta terkenal. Contohnya personaliti terkenal (hok sokmo masuk TV) dituduh mengebom mati wanita asing (Akhbar 9/11/06), chief inspektor ditahan reman (Buletin Utama 8/11/06), ahli majlis daerah/ahli politik seleweng kuasa dan doktor rogol pesakit (Harian Metro 9/11/06). Kalau orang cerdik pandai dah macam ni, yang tak cerdik pandai tak tahulah macam mana.

Kesenangan yang dinikmati sekarang sepatutnya digunakan untuk memperkasa dan memperkuatkan bangsa – kasa dan kuat dengan ilmu dalaman, ilmu agama! Bukannya mendodoikan terus anak bangsa kita. Lihat isu murtad yang semakin menular, isu dadah, isu mat rempit, isu sosial remaja Melayu. Kita sudah boleh menilai generasi muda kita sekarang dan kita sebenarnya secara langsung atau tidak, bertanggungjawab dalam pembentukan diri mereka. Konsert penuh, masjid/surau lengang (kecuali Ramadhan). Ajak bincang isu hiburan dan artis, ramai yang tahu dan mahu. Ajak bincang isu agama dan masalah, ramai tunduk dan membatu. Tu belum lagi bincang aspek pakaian – pakai tudung tapi nampak pusat dan jenama seluar dalam. Habis bercelaru antara fesyen dan tuntutan agama! Berpelukan di khalayak ramai dan remaja Islam minum arak tu dah biasa kita dengar. Setengah orang tak suka kita bincang panjang lebar benda-benda macam ni. Tapi jangan pula disalahkan takdir jika musibah menimpa nanti kerana banyak peringatan dah diberikan. Kelebihan kita, umat akhir zaman adalah dapat lihat apa yang berlaku kepada umat terdahulu dan pelaung baiki diri agar perkara yang sama tidak berulang kepada kita dan umat masakini atau generasi akan datang. Tapi kalau lsekadar tahu tapi tak nak ambil endah, tiada gunanya. Kata Tuhan, "Bencana yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri”.

Keadaan kita sekarang, pada saya macam iceberg dalam gambar di atas.

No comments: