Sikap orang kita : Asal aku yang senang.... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Ni, nak berkongsi satu lagi sikap negatif orang kita. Objektif perkongsian ini agar kita sama-sama jangan buat! Ini pengalaman sendiri pada 10 April 2006, suatu pagi semasa saya pulang dari menghantar anak ke sekolah. Ianya berkaitan sebuah kereta di parking dengan punggungnya separuh atas jalan dan menghalang kelancaran pergerakan kereta-kereta lain, di sebuah kawasan taman perumahan. Pemiliknya berhenti untuk membeli kuih. Nampak kepada kereta (Honda City baru), pemiliknya tentu seseorang yang terpelajar, berkerjaya dan mungkin berjawatan. Tapi sayang, sikap dan perbuatan tidak melambangkan semua itu. Kereta di depan saya bagi hon. Kelihatan seorang perempuan dalam lingkungan awal 40an menoleh dan angkat tangan sedikit, tapi tiada tindakan pantas mengalihkan keretanya - terus membeli!. Kemudian saya pula bagi hon, buka cermin dan beritahunya, "Guano punggung tonggeng atas jalan ni weiii....fikir orang getek weiiiii !"
Bukannya tak boleh parking di depan sedikit, di atas rumput dan tidak menghalang laluan orang. Manusia sebegini hanya fikirkan kepentingan diri sendiri. Saya percaya jika inilah sikap sebenar pemilik kenderaan itu, di mana-mana pun pasti ada orang yang tidak senang dengannya - di pejabat, di kejiranan, di pusat membeli-belah, persatuan, PIBG, malah mungkin di rumah pun! Saya biasa tengok kereta di parking dengan sedikit punggung atau sisi di atas jalan - boleh diterima. Tapi ini, masyaAllah! Memang punggung kereta memblok separuh jalan. Kalau saya mempunyai kereta secantik dan semahal itu, setidak-tidaknya, saya akan fikirkan "keselamatan" punggung kereta saya, takut dicium orang - boleh claim tapi banyak urusannya! Apa yang ada dalam kepala manusia sebegini agaknya! Jika kita perhatikan, sikap "put yourself in someone else's shoes" ini sudah semakin terhakis. Masyarakat kita mungkin terlalu berlembut dan berlapik bila bercakap. Akhirnya, ungkapan "jika kita terlalu berbudi bahasa, orang jadi tak reti bahasa" menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment