Google
 

Tuesday, November 21, 2006

Sekolah sebelum merdeka


Sekolah sebelum merdeka (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Pada 2 Jun 2006, saya berbual dengan seorang jiran, Pak cik Bakar yang sudah pencen hampir 5 tahun. Kami berbual tentang survival generasi muda sekarang. Kata beliau, "kalau jadi gempa bumi macam kat Jogja atau zaman darurat di Malaysia, kemungkinan ramai orang kita akan jadi pencuri!". Bila saya tanya mengapa, beliau memberikan alasannya,
"Generasi sekarang tak macam generasi dulu, tak dilatih untuk berada dalam kesukaran!. Semasa saya darjah satu, zaman sebelum Merdeka dan zaman awal selepas Merdeka, di setiap sekolah ada kebun sayur. Setiap pagi, sebelum masuk ke kelas, kami perlu masuk ke kebun dahulu - menyiram dan buat apa yang patut! Baja tahi lembu tu, kami ramas dengan tangan je. Sebelah petang, kami perlu datang lagi ke sekolah, berkebun lagi. Hasil kebun dijual kepada penduduk sekitar serendah 10 sen dan hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung sekolah. Yang akan menjajanya ialah pelajar darjah 6.
Jadi sekarang, kami tahu apa perlu dibuat bila berada dalam suasana sukar - nak tanam lada, lobak, bayam di sekeliling rumah untuk makan sendiri dan jiran-jiran tu tak menjadi soal. Kami tak mudah bergantung kepada orang lain. Generasi sekarang "berkebun dalam komputer" - kalau apa-apa berlaku, makan komputerlah gamaknya! Lihat macam di Jogja tu, bila dah jadi bencana, bantuan tak datang awal, komunikasi serta pengangkutan terputus, ada duit dalam bank pun bekalan letrik terputus dan tak boleh keluarkan duit! Orang yang tak biasa susah, akan mudah panik dan tak tahu nak buat apa. Nak pegang cangkul? Nak bertukang? Nak potong kayu untuk buat bangsal sementara keluarga? Orang yang biasa senang tak sanggup bersusah dan sentiasa berada dalam kemudahan. Yang mudahnya, "ambil" saja lah walaupun orang punya!


(gambar di atas adalah semasa di Darjah 1, SRK Hamzah, Machang Kelantan. Jauh dah berjalan rupanya.....)

1 comment:

Nashé Abdillah said...

mmmmmm...budak sekarang nak study pun, semua nota harpakan pensyarah sediakan. Ada kemudahan internet depan mata pun tak boleh juga nak berdikari. Mungkin kita perlu fikirkan bersama pendekatan2 yg lain...tapi gimana ya? :)