Google
 

Thursday, November 09, 2006

Buah getoh!

Buah getoh! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Ada mutiara kata berbunyi "Those who forget the past will be condemned by the future". Sejarah penting dan perlu diketahui. Mungkin dengan mengetahui sejarah, kita akan menjadi orang yang lebih bersyukur. Dalam kontek ini, saya rasakan buah getah (dalam gambar di atas) sudah semakin tidak dikenali oleh generasi kecil masakini. Padang permainan anak-anak sekarang bukan lagi di celah-celah pokok getah tetapi di skrin komputer bersegi empat (mungkin dipindahkan ke cermin kacamata sedikit masa lagi). Anak-anak mungkin kenal tayar kereta tapi tidak kenal buah getah. Anak saudara saya yang tinggal di bandaraya pernah mengatakan, "eiiii...luasnya padang golf!" apabila pertama kali melihat sawah padi terbentang luas di kampung.
Banyak cerita boleh dicoretkan bersumberkan pokok dan buah getah. Orang yang menoreh getah turun di awal pagi dalam suasana penglihatan masih samar-samar. Mereka bernasib baik jika tempat menoreh dekat. Kekadang perlu berjalan beberapa kilometer baru sampai ke tempat menoreh. Bila hujan, mereka gusar dan risau! Tidak mudah untuk mengeluarkan hasil. Seronok bagi kita yang mengecapi hasil. Tahun berubah dan kita mungkin bertukar ganti kenderaan yang lebih elok dengan tayar yang lebih ada ummmppp..."konar baring no problem"! Penoreh getah masih di takuk begitu untuk beberapa tahun lamanya. Kalau lori bawa skrap getah sedang bergerak di hadapan kita, kita akan berusaha untuk memotong kerana baunya....emmmmm semerbak! Semasa zaman kanak-kanak, saya gunakan kulit buah getah untuk buat kipas angin. Pertandingan laga buah getah juga menarik. Masing-masing akan mencari buah getah terbaik yang tidak pecah bila dilagakan - buah getah rima (harimau) dan gemala kuba (kerbau)! Cara laganya, dua buah getah diletakkan bertindan dan diketuk dengan tangan. KITA PERLU BERUSAHA UNTUK MENYUMBANG MACAM BUAH GETOH - PELBAGAI FAEDAH KEPADA MANUSIA! susunya dibuat tayar, daunnya jadi pembungkus tapai (walaupun le ning, isteri saya buat tapai dalam bekas plastik), kayu jadi perabut, buah dan kulit jadi bahan kraf! Ianya tetap di situ walau tidak dikenal, sehinggalah ianya ditebang....untuk tujuan pembangunan dan kepentingan manusia.



Kongsilah di sini apa jua yang anda rasakan sudah pupus atau semakin pupus...

1 comment:

Anonymous said...

Menarik!

Zaman saya dulu masih kenal main laga buah getah ni tapi tak reti main. suka kumpul buah getah ni untuk main congkak yang dibuat dengan gali lubang kat tanah tu. kena cari yang cantik, bersinar2 tau.hehe..pas main mesti kuku jadi hitam je..huhu

Sempat jugak merasa belalang goreng masa tinggal dgn nenek masa kecik2 dulu. setau saya, belalang beras tu kena rebus dulu sebelum goreng kan? Nak cari belalang goreng kat Thailand ada kot. Pasar ape ntah, yang kat tepi sungai Mekong tu. Bukan belalang goreng je ade, pelbagai jenis serangga goreng yang lain pun ade jugak..

Tak pun masuk sawah, tangkap sekor2..hehe..macam saya buat masa tadika dulu.