Google
 

Friday, December 28, 2007

MyTips: Tips to write a book

MyTips: Tips to write a book

Do you think one has to be borned as a writer to be able to write a book? Well, I don't think so. Even, the so called born-to-be writer, will not be known as such if he/she doesn't take a pen and write or punch a keyboard! Skills and efforts must comes together and they could be developed. Perhaps, the following tips from my personal experiences could give you some guides to write your very own book.

  1. Draft Table of Content (TOC) first, don't try to crack your head for the title (yet)
  2. Jot down ideas immediately as they occurred - your PDA or "buku 555" is now your close friend
  3. Type as much as possible in your PC and not in your head!
  4. Read a lot. Observe others' writing styles
  5. Motivation and writing skills may comes naturally after your first book! "Writing ghost" will haunt you after that.....so, don't worry! Try as hard as possible to get your first book publish! Start writing something close to your heart first.
  6. Time is the biggest obstacle? Are you sure? Or perhaps, OWNSELF is the biggest obstacle.

Monday, December 24, 2007

Pangkalan data kejiranan

Pangkalan data kejiranan
Sebelum cerita, nak tanya soalan. Adakah di kawasan kejiranan anda diwujudkan pangkalan data warga kampung/taman? Tahukah anda rumah di sebelah anda didiami oleh berapa orang, siapa mereka dan sebagainya. Bukan apa, saya cuma nak kongsi pentingnya diwujudkan pangkalan data kejiranan ini. Saya bawa contoh pada Hari Raya Qorban. Sudah jadi kebiasaan, keluarga yang besar dan mampu akan cari satu ekor lembu dan 7 bahagian itu, shareholdernya terdiri daripada adik-beradik atau ahli keluarga itu sendiri. Saya perhatikan di banyak tempat, daging qorban tu diagihkankan banyaknya sesama sendiri, sesama shareholders - abang bagi adik, adik bagi abang, kak bagi adik, adik bagi kakak, kakak bagi ibu! Ada lah satu dua plastik sampai kepada orang luar, tapi itu pun ibu saudara yang tinggal di kampung lain. Tak dinafikan, ada yang sampai kepada jiran, tapi tak ramai. Perlu diingat bahawa ada lagi di zaman kita ni, orang yang hanya dapat merasa daging lembu atau ayam, hanya setahun sekali. Kita yang mampu ni, nak makan hari ni, boleh hidupkan kereta, pergi pasar dan beli. Alhamdulillah, Tuhan beri kemampuan. Tapi jangan lupa mereka yang tidak mampu dan Hari raya Qorban salah satu peluang kita untuk menyatakan kita cakna. Tapi, kalu kita dok share sama sendiri juga, emmm....
Ok, nak kaitkan dengan pangkalan data tadi - jika kita ada senarai lengkap dan dikemaskini butiran mereka yang berada di kejiranan kita, senang kita nak hulur. Ni, bila tanya penghulu, penghulu pun tak tahu atau asyik beri nama sama saja. Lebih parah lagi, dia beri nama anak beranak dia saja! Hakikatnya, masih dapat dilihat di kawasan kejiranan, rumah yang senget, atap (zink) bocor, anak-anak semacam terbiar berkaki ayam bermain di laman, asyik kedengaran suara tangisan bayi di waktu malam, dan sebagainya. Kita ni sering lupa dan alpa - anak sendiri pun kekadang tu kita "lupa dan alpa". Inikan pula orang lain. Jadi, pangkalan data kejiranan ini diharap dapat bantu memastikan tiada sesiapa dalam kejiranan yang kita "lupa dan alpa" atau tertinggal tanpa dibantu.

Tuesday, December 18, 2007

Bila manja?

Bila seseorang itu manja dengan Tuhannya?
Bila dia melalui saat yang sukar!
Dalam keadaan menempuhi kesukaran, solat boleh jadi lama dan khusyuk. Doa boleh jadi panjang dan menitiskan air mata. Saat sukar juga boleh buat "user manual" kehidupan iaitu Al-Quran dipegang dan dibaca. Jadi, jangan sesekali berprasangka buruk kepada Allah s.w.t atas kesukaran yang diberikan. Di kawasan perumahan, biasanya dibuat bonggol di atas jalan. Tujuannya agar pemandu beringat dan memperlahankan kenderaan. Jika tidak, pemandu akan pandu laju bagaikan jalan itu "ana yang punyaaa!". Kesannya buruk, samada kepada diri pemandu sendiri atau orang lain - terjun longkang atau langgar anak orang!

Monday, December 17, 2007

Transit!

Transit!! Sekarang ini lebih kurang 3 juta umat Islam sedang berhimpun di Mekah untuk mengerjakan ibadah haji. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur dan kita berdoa agar kita juga diberi keupayaan untuk mengunjungi rumah Allah yang sejak kecil menjadi kiblat kita, orang Islam. Saya nak kongsi analogi kehidupan manusia yang dikaitkan dengan perjalanan untuk mengerjakan haji atau umrah ini.

Jika kita menggunakan pesawat Emirates untuk mengerjakan umrah, kita akan singgah/transit di Dubai. Dubai adalah bandaraya cantik, moden dan mengkagumkan. Biasanya, jangkamasa transit ini satu hari. Jadi, kita akan dibawa melawat Dubai dan membeli-belah. Kita akan terpegun dengan hotel mewah di tengah lautnya, pusat membeli-belahnya, “rumah” musim sejuknya dan pelbagai lagi. Kekaguman ini, silap silap hari bulan, boleh buat kita lupa yang perjalanan kita ini adalah perjalanan ibadah dan destinasi sebenar kita ialah Madinah/Mekah. Ada orang yang tak puas hati, nak habiskan banyak masa lagi di Dubai. Di Dubai pun dah berbelanja sakan, habis-habisan! Kita seakan lupa hakikatnya iaitu transit di Dubai ni hanya sehari. Yang penting dan panjang masanya ialah di Madinah/Mekah.

Dalam mengharungi kehidupan pun begitulah....dunia ibarat Dubai, tempat transit yang menarik dan mengkagumkan. Tak salah jika bergumbira di "Dubai", tapi jangan sampai macam tak nak sambung perjalanan dah. Gunakan kesempatan di Dubai untuk wujudkan "nilai tambah" keberadaan di Madinah/Mekah nanti.

Tuesday, December 11, 2007

Tak macam berada di negara sendiri...

Tak macam berada di negara sendiri...
Pada 8 Disember 2007 (Sabtu), kami melawat Petrosains yang terletak dalam KLCC. Mengkagumkan. Pendapat kami, Petrosains merupakan tempat yang sesuai untuk dilawati keluarga. Banyak ilmu tersedia untuk dibongkar di sana. Dua dewasa dan dua kanak-kanak (bawah 12 tahun) dikenakan bayaran RM24 semuanya. Masa berada dalam Petrosains +- 2 ½ jam. Hari Isnin tutup. Di dalamnya, banyak teori dan praktikal sains dipamerkan. Ianya menarik kerana semua itu dipamerkan bukan sahaja dalam bentuk bahan bacaan tetapi juga permainan (games).

Apa yang tak menarik ialah keadaan di KLCC, sekitarnya dan di stesen LRT. Tak rasa macam berada di negara sendiri. Mungkin kami masih berfikiran kekampungan macam tempat yang kami datang. Kami ni hanya sekali dua kali saja ke KL dalam setahun. Ramai orang dan sesak itu biasa dan boleh kami terima kerana almaklumlah, BIG CITY! Tapi jika ianya sesak oleh remaja Melayu yang berpasangan, berdua-duaan (di khalayak ramai) dengan pakaiannya aduh..duh..duh….Kami yang bawa anak ni rasa macammmmm….kami dah salah tempat! Salah seorang anak saya yang "banyak mulut" berkata macam dalam skrip di sebelah! Jika dengan kawan, kita mungkin boleh bagi maklumbalas, “biasalah…orang bandar besar”. Tapi kita tak boleh berkata begitu dengan anak-anak kerana kita tak nak beri gambaran kepada mereka bahawa berpakaian dan berkelakuan sebegitu tidak dibolehkan di kampong dan dibolehkan pula di bandar besar!

Saturday, December 08, 2007

Friday, December 07, 2007

Tiga "TA"

Tiga " TA"


Thursday, December 06, 2007

Besar & kecil

Besar & kecil (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Tuhan suruh kita perhati dan pelajari sesuatu daripada apa yang dijadikanNya. Dalam gambar di atas, 3 ekor ikan kecil bergerak di bawah perut ikan jerung yang besar. Mana-mana ikan jerung besar pergi, ikan kecil ikut dan mereka tak kacau satu sama lain. Mereka semacam melengkapkan antara satu sama lain. "Compliment each other", kata orang putih. Kita pula, manusia ni, walaupun diciptakan sebaik-baik makhluk, lebih baik berbanding ikan, malangnya tak boleh hidup macam ikan-ikan dalam gambar di atas. Yang besar sanggup tindas yang kecil, dah besar pun tamak makan hak yang kecil, "mu mu, aku aku".

English Camp 2007

English camp 2007
Susah juga nak rancang aktiviti bermanfaat untuk anak-anak semasa cuti sekolah ini. Ada yang bersunat, dihantar balik kampung untuk menghabiskan masa dengan datuk nenek mereka, sertai kem motivasi, tuisyen dan sebagainya. Saya bernasib baik kerana beberapa orang rakan dalam organisasi saya telah mengambil inisiatif menganjurkan kem solat dan kem bahasa Inggeris untuk anak-anak staf. Saya harap program sebegini dibuat secara tahunan. Program sebegini biasanya mengenakan bayaran. Mungkin ada staf yang tidak dapat hantar anak disebabkan oleh faktor bayaran. Staf yang mampu boleh buat amal dengan "menaja" (bayar penuh atau separuh) anak staf lain yang kurang berkemampuan. Ini bertepatan dengan saranan Islam iaitu dalam bersedekah, kena utamakan orang terdekat dahulu. Dalam kes ini, "orang terdekat" ialah rakan sepejabat yang kurang mampu.

Wednesday, December 05, 2007

Usahawan: Kebanggaan kami...


Usahawan : Kebanggaan kami...
Kali ini saya nak tonjolkan seorang ahli keluarga yang gigih berusaha sendiri untuk maju. Beliau buat penternakan kambing. Sebab apa saya kata kebanggaan keluarga? Sebab, pertamanya, di atas usaha gigih beliau. Keduanya, beliau buat sesuatu yang luas sumber rezekinya. Dikatakan 9/10 rezeki adalah daripda bekerja sendiri. Ketiganya, beliau buat sesuatu yang nabi S.A.W buat dahulu, iaitu menternak kambing. Keempat, beliau buat perkara yang tak ramai orang Islam yang sanggup buat sekarang. Kita bising pasal isu halal haram sembelihan ayam (atau makanan lain seperti roti dsbnya) yang kita makan hari hari. Mengapa isu sebegini timbul? Jawabnya sebab orang Islam suka jadi pengguna dan tak suka jadi pengeluar. Jika kita lihat balik sejarah, zaman keagungan Islam dulu, orang Islam jadi tempat orang lain bergantung dan bukan sebaliknya. Kita lo ni nampaknya lebih suka "terbang" tinggi dahulu tanpa perkemaskan yang "di bawah" terlebih dahulu. Apa yang dibuat oleh saudraa saya, Bro Yi ini amat banyak manfaatnya kepada umat Islam. Sebagai tanda sokongan, pada 1 Nov 2007 (sabtu) lepas, kami sekeluarga berkonvoi ke tapak ternakan kambing yang terletak 30 minit memandu daripada Kuala Terengganu. SYABAS Bro Yi dan teruskan. Untuk lihat beberapa lagi gambar, KLIK DI SINI....

Tuesday, December 04, 2007

Teka-Teki: Apakah ia?

Teka-teki : Apakah ia?
Apakah ia? Jerawat batu ka? Bunga tayar lori ka? Buah nenas ka? Cuba teka...

Monday, December 03, 2007

TRAVEL : Dungun-Sintok

TRAVEL: Dungun (Terengganu)-Sintok(Kedah)

Thursday, November 29, 2007

CD ngaji kitab PERCUMA


CD ngaji kitab PERCUMA
Kita ni banyak sangat berhibur dan tinggalkan aktiviti orang dulu dulu iaitu "nadoh kitab" (dengar orang mengajar agama di surau/masjid). Itulah sebabnya mungkin kita dibebani banyak masalah, samada secara individu ataupun kumpulan. Masalah yang dihadapi pula kekadang tu luar biasa. Jadi, dalam kita membawa diri serta masyarakat kembali ke landasan yang sepatutnya, kami wujudkan projek ini. Projek kongsi CD "nadoh kitab". Kaedahnya seperti yang digambarkan dalam gambarajah di atas dan diterangkan di bawah ini:
  1. sesiapa yang berminat untuk dengar CD ini, boleh PINJAM daripada kami secara PERCUMA. Nyatakan alamatnya untuk kami poskan CD yang dikehendaki.
  2. Senarai CD dalam koleksi kami akan dipamerkan dalam blog ini dari semasa ke semasa.
  3. Jika anda ada CD untuk dikongsi, boleh juga maklumkan kpd kami untuk kami senaraikan tajuknya.
  4. Syarat perkongsian ini ialah, semuanya PERCUMA!

Bila boleh dengar CD ini? Anda boleh dengar ketika memandu ke pejabat, ketika memandu balik kampung, bercuti dan sebagainya.

TAJUK CD AGAMA YANG ADA DALAM KOLEKSI KAMI:

  1. Ibu-celah celah kehidupan
  2. Cap ayam- wajib kasih haram sembah
  3. Orang gaji
  4. Kawan-bahagia atau celaka

USAHAKAN AGAR KITA DAN KELUARGA TIDAK SEMAKIN JAUH DARIPADA AGAMA!


Tuesday, November 20, 2007

Bos Oh! Bos....


Bos Oh! Bos.....
Grafik di atas adalah petikan daripada buku terbaru kami bertajuk "BOS DIPUJI, BOS DIBENCI". Klik DI SINI untuk baca isi kandungan. Boleh juga beli terus daripada kami - hubungi Gee 019-957 2234.
Pernah berhadapan dengan bos sebegini? Harap-harap tak adalah ya....kalau tidak parah! Saya sendiri pun tak pernah, alhamdulillah! Malangnya, memang ada bos yang bersikap begini. Kadang-kadang terfikir juga adakah bos-bos yang bersikap begini ni, sedar atau tak sedar yang mereka mempunyai sikap yang tidak menyenangkan orang lain!. Ada orang yang dihormati hanya semasa "berada di atas". Ada juga orang yang dihormati walaupun dia "berada di bawah".

Thursday, November 15, 2007

Macam menaikkan wau!

Pernah main wau atau layang-layang? Masa kecil saya buat wau dari kertas buku latihan sekolah saja. Kreativiti dan keseronokan hilang bila masa berlalu. Nak bagi wau naik tinggi, tak semudah yang disangka. Naik dalam erti kata mengikut kemahuan kita - bukan simpang siur, ke hulu ke hilir, atau hanya setinggi tiang lampu atau setinggi-tingginya sehingga tak dapat kita lihat atau diturunkan semula! Formula untuk berjaya menaikkan wau tinggi mengikut kemahuan kita ialah kombinasi tepat pembuatan wau, cara menaikkannya, tempat dan faktor angin. Menaikkan wau tak boleh sentiasa lepas saja talinya. Kena tarik juga talinya, walaupun ada angin yang cukup. Orang kampong saya kata, kena pandai “jut” (tarik dan lepas) tali.

Membesarkan anak-anak boleh diibaratkan macam menaikkan wau. Ada orang hanya "lepas" saja anak mereka, tak pernah "ditarik"! - ikut segala kemahuannya, silap tak pernah ditegur/marah, sentiasa dimenangkan....
Membesarkan anak dulu boleh diibaratkan bermain wau di sawah padi - kawasannya lapang dan luas (atau lawah)! Membesarkan anak di zaman sekarang pula boleh diibaratkan bermain wau di kawasan taman perumahan – ruang terhad, ada kabel letriklah, kabel telefonlah, ada pokoklah dan sebagainya. Pendeknya, bermain wau di kawasan perumahan lebih berisiko. Jika kita mahir “jut” tali pun, belum tentu wau dapat naik dengan baik. Wau mungkin boleh tersangkut di kabel letrik, kabel telefon, atau dahan pokok!

Friday, November 09, 2007

Bagaimana dengan kita?

Saya baru tengok cerita di TV bertajuk Past Sins. Ianya mengisahkan Janice, seorang pejuang sosial yang sentiasa berjuang menentang ketidakadilan dalam masyarakat. Malangnya Janice dianaiya oleh pihak jahat sehingga beliau disumbat ke dalam penjara seumur hidup. Selepas 30 tahun, ada seorang peguam yang tergerak hati untuk bantu “pengganas” ini. Cabaran untuk membebaskannya melalui perbicaraan semula amat hebat kerana masyarakat telah berjaya dipengaruhi untuk mempercayai bahawa Janice adalah pengganas! Misalnya, ikat jamin yang dikenakan hakim berjumlah USD1 juta. Satu pagi suami Janice melihat ramai jiran, rakan dan orang berkumpul di luar rumah. Mereka menyerahkan wang USD1 juta untuk mengikat jamin Janice. Ramai yang terharu dengan sokongan dan bantuan kepada Janice serta keluarganya di saat kesukaran ini. Apabila peguam bertanyakan mengapa mereka sanggup membantu? Jawapan yang diterima ialah, “Janice banyak bantu kami dalam kesusahan dan berjuang untuk kami. Kini, tiba masanya kami bantu Janice!”. Kata peguam tersebut kepada suami Janice, “Saya kagum dengan Janice. Walaupun saya seorang peguam dan telah banyak memenangkan kes pelanggan, saya tak pasti saya akan dapat sokongan seperti Janice di saat saya menghadapi kesukaran!”.

Apa yang saya nak kongsi di sini ialah bagaimana dengan kita? Agak-agaknya ada ke orang yang sanggup bergolok bergadai untuk bantu kita, di saat kita tiada apa-apa? Jika tidak, mungkin kena lihat ke dalam diri kita semula - tentang sumbangan kita kepada orang lain, keikhlasan kita dan sebagainya. Perbaiki mana yang patut!

Wednesday, November 07, 2007

Jenayah SEKSUAL kanak-kanak: Mangsa dan Pemangsa


Jenayah SEKSUAL kanak-kanak: Mangsa dan Pemangsa (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Kita kena terima hakikat bahawa kekalutan yang sedang kita hadapi hari ini adalah disebabkan oleh "hasil kerja tangan" kita sendiri, setidak-tidaknya secara kolektif. Kita tak ikut "user manual" yang disediakan Tuhan. Jadi, kita tunggulah saat kehancuran. Cuba semak dari aspek penyemaian nilai agama dalam diri, kebebasan berpakaian, pergaulan bebas, cara bermasyarakat yang menjadi amalan orang zaman sekarang. Malam-malam, sebelum tidur, cuba semak, amati dan fikir dengan ikhlas. Cuba dengar apa kata hati kita.....kita akan akui yang masyarakat kita semakin "tenat" dan sedikit sebanyak kita menyumbang kepada "ketenatan" itu!!!

Tuesday, November 06, 2007

Hati-hati dengan cermin!

Hati-hati dengan cermin (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Aduhhhh..kalau cermin macam ni haru juga kan. Kita nak tengok muka kita, ternampak muka orang lain. naik bulu roma gini weh! Tapi apa yang saya nak kongsi di sini ialah apa yang dikongsi oleh orang lain dengan saya melalui email, iaitu TIP KENALPASTI CERMIN 2 ARAH. Bukan apa, ramai yang salah guna teknologi dan alatan canggih sekarang ini. Takut-takut orang ambil kesempatan atas kita yang dok syok tayang body depan cermin bilik air di bilik hotel, dalam tandas awam atau di mana-mana lah. Ingatkan cerminnya satu arah, rupa-rupanya 2 arah (ada orang sedang perhati kita dari belakang cermin dan kita tak nampak dia!). Lakukan ujian berikut:

  1. TEST DENGAN KUKU JARI - Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat). Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !
  2. TEST DENGAN NAFAS - Hembus nafas hampir dengan cermin, jika ada kesan nafas/haba di cermin , maka selamat, jika tidak besar kemungkinan Ianya cermin 2 arah.
  3. BUNYI - Cuba ketuk cermin tersebut dengan jari slow2, kuat kang pecah plak , jika ianya tidak berbunyi atau bunyi perlahan. Maknanya ia melekap didinding, jika berbunyi kuat pastinya ada ruang kosong/berongga dibelakang cermin tersebut.

Friday, November 02, 2007

Petikan Buku: "Bos! Gaji saya bos wei..."

Petikan Buku : "Bos! Gaji saya bos wei..."
Betul ke ada ke bos yang macam ni dalam dunia ni? Ehhh..adaaaa!Ni, jenis yang pentingkan diri sendiri. Bagi seorang bos, RM400 tu mungkin macam RM40 tapi bagi seorang pekerja bawahan, RM400 itulah segala-galanya. Jadi, jika kita seorang bos, janganlah ambil mudah tentang gaji pekerja. Kena bayar tepat pada masanya dan cukup!!!
Grafik di atas adalah dari buku baru kami bertajuk, "BOS DIPUJI, BOS DIBENCI", terbitan PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Untuk lihat kulit dan isi kandungannya, boleh skrol ke bawah dan klik ruangan BUKU KAMI di sebelah kanan. Boleh dijadikan bacaan sendiri atau dihadiahkan kepada bos!!!

Wednesday, October 31, 2007

Usahawanku : Buletin INFOUSAHAWAN

Usahawanku:
Buletin INFOUSAHAWAN

JulaiOgos07 - MacApr07 - JanFeb07
- OktDis06 - OgosSept06 - JunJulai06
2 bulan sekali, kami terlibat dengan penerbitan buletin INFOUSAHAWAN. Ianya dicetak dan diedarkan PERCUMA kepada usahawan. Objektifnya adalah untuk bantu usahawan kita mantapkan perniagaan mereka melalui penguasaan ILMU. Tuan-puan boleh menyumbang bahan untuk buletin ini dengan email bahan tersebut kepada email yang dinaytakan dalam ruangan Sidang pengarang dalam buletin tersebut. Menarik dlm. edisi JulaiOgos2007:
  • Membangunkan usahawan berjiwa merdeka
  • Anuar mula dari kosong
  • Tip hadapi pekerja bermasalah
  • Carilah rezeki yang diizinkan Allah
  • Aman Optical House-strategi menjadi!
  • Saidatina Khadijah R.A: pemodal pintar

Thursday, October 25, 2007

Ye ke Tidak?


Khabarnya, angsa dapat membantu penternak ayam! Bagaimana pula ni? Dengan memelihara angsa bersama-sama ayam dalam satu kawasan dapat mengurangkan ancaman ayam dibaham ular seperti ular sawa. Ini kerana dikatakan najis angsa amat berbisa kepada siular. Ular akan mati selepas menyusur di atas najis angsa tersebut.
Sahabat saya kata rumahnya sering cuba dimasuki pencuri. Selepas beliau pelihara angsa, alhamdulillah, tiada lagi "cubaan" dibuat....

Wednesday, October 24, 2007

Jari Telunjuk !

Terlebih dulu, saya mohon kebenaran kepada pemilik asal imej ini untuk menggunakan imej beliau di sini. Antara teks yang diterima bersama imej yang ingin saya kongsi di sini:
...bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..
Allah Maha Besar! Allah Maha Besar! Betapa kerdilnya kita kerana sepanjang kehidupan ini, masih banyak kebesaran Tuhan yang kita gagal lihat walaupun dekat. Allah s.w.t suruh kita kaji dan perhati serta kagumi, namun kita sering sibuk dengan perkara lain yang...

Monday, October 22, 2007

“Hari buat ttupat” atau hari buat ketupat ialah sehari sebelum 1 Syawal. Biasanya di Kuala Terengganu, ketupat dijual pada kadar 4 biji seringgit. Tetapi sehari sebelum Syawal 1428H lepas, harganya sudah tukar - seringgit hanya dapat 2 biji. Itupun, tidak dimaklumkan secara terus oleh penjual apabila ditanya pelanggan “berapa seringgit?”. Pelanggan pandai-pandailah congak sendiri. Dia yang nak beli kang!. Lagipun, semua orang belajar tinggi sekarang ni kang! Atau, kalau diberitahu secara terus yang seringgit hanya 2 biji, takut orang terkejut beruk dan tak jadi beli. Ahhh! Takkan tak beli. Esoknya nak raya dan raya tanpa ketupat macamlah tak beraya.

Usahawanku: Pemburu LAKSA!

PEMBURU LAKSA (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Ni nak kongsi pengalaman kami “memburu” laksa pada 4 Syawal 1428H. Daripada beberapa buah gerai yang menjual laksa di Pasar Chabang Tiga, hanya satu gerai sahaja yang beroperasi pada hari tersebut. Keadaannya, macam gula dikerumun semut. Tak nak berebut dan bertekak, kami terus ke “kilang” buat laksa di jalan Panji Alam. Alangkah guumbiranya sebab “kilang” dibuka dan nampaknya kami pelanggan kedua. Belum sempat kereta betul-betul berhenti, kaki sudah atas jalan dan bergerak laju ke “kilang” yang sebenarnya warung di tepi jalan. Gamaknya, kalau tertinggal sebelah selipar dalam kereta pun memang tak patah balik.
Pelanggan makin ramai datang. Ketiga, keempat, kelima......buat seketika, semuanya diam, khusyuk memerhati makcik dan beberapa pekerjanya memasukkan laksa ke dalam plastik gelenyal/rokrat. Selepas beberapa saat tercegat depan meja sambil mata bulat memerhatikan laksa yang terhampar di atasnya, seseorang dalam kumpulan pembeli bersuara, “Nak laksa sekilo!”. Malangnya, jawapan yang diberikan adalah seperti dalam skrip di atas. Terfikir saya, “Mengapa dia dok beritahu awal-awal atau jika sibuk sangat pun, letak label besar-besar, “LAKSA SOLD OUT! KAMI HANYA BUKA UNTUK YANG DAH BUAT TEMPAHAN!”. Nampaknya nak "buang duri" (mudahkan orang lain) di jalan ni susah juga walaupun ianya sangat-sangat disarankan oleh Islam.

Apa yang dapat kita pelajari dari kisah benar di atas? Apa yang usahawan kita boleh perbaiki dalam memantapkan lagi perniagaan mereka? Kata orang, biarlah kita lokal tapi sikap dan khidmat mesti global – GLOKAL lah katakan....

Sunday, October 21, 2007


Thursday, October 11, 2007

Masuk & Keluar Kem

Masuk & Keluar Kem
Hari ini 11 Okt 2007 bersamaan 29 Ramadhan 1428H. Maknanya kita dah masuk “kem” hampir sebulan dan dah nak keluar kem semula dah pun. “Kem” ni hanya sekali dalam setahun atau sebulan daripada 12 bulan, atau 1 lawan 12. Bila masuk kem, kehidupan biasanya sukar dan banyak yang tidak menepati kehendak diri.
Namun, itulah tujuannya - masuk kem untuk didik diri dan hati! Selaku yang dicipta dan hamba, kita tidak boleh buat sesuka hati. Kata orang, ikut rasa binasa, ikut hati mati. Dua hari lagi iaitu pada 1 Syawal, kita akan riang gembira menyambut kemenangan. Kemenangan kerana berjaya mengharungi dugaan dan mendidik hati. Harapannya, kejayaan ini akan berpanjangan. Khabarnya, antara kayu ukur samada apa yang telah kita lakukan dalam bulan Ramadhan itu diterima atau tidak, ialah dengan melihat samada ianya diteruskan selepas Ramadhan ataupun tidak. Jika hari pertama keluar (1 Syawal), kita dah banyak langgar hukum-hakamnya, alamatnya......Tapi malanglah kalau gitu sebabnya, cuba hitung sepanjang hidup ini, dah berapa kali kita masuk “kem”. Ramai sudah ahli keluarga serta sahabat handai saya dah lama berhenti masuk “kem”. Kita pun belum tentu ada peluang lagi tahun depan!

Wednesday, October 10, 2007

Ikut peraturan jalanraya.....

Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pengunjung blog ini. Berhati-hatilah di jalanraya, patuhi segala peraturannya, sabar dan bersedia untuk mengorbankan keegoan kita itu. Negara aman damai bukan bermakna kita tiada peluang untuk berjihad. Jihad memerangi hawa nafsu juga tak kurang hebatnya - hawa nafsu untuk berlumba, tunjuk hebat dan gah sombong!

THIS VIDEO HAS BEING FORWARDED TO ME THROUGH EMAIL. I HOPE ITS OWNER PERMIT ME TO USE IT HERE. THE VIDEO SERVES AS A REMINDER TO MOTORISTS.

Ambo bbelah.....

Ambo bbelah......Untuk pos ini saya nak tulis dalam bahasa dialek kampung saya. Kerana apa? Kerana coretan ini special untuk diri saya sendiri. InsyaAllah, saya akan cuba "terjemah" dalam bahasa surat di bawahnya nanti.

Ambo bbelah sokmo bila lihat atau dengar cerito pasa anok yatim. Ambo sendiri anok yatim - we' (ayoh) ambo meninggal +- 5 tahun lepah. Maso we' mati, ambo jjerik. Lo ni pun, ado ketikonyo ambo jjerik! Ni, kiro ambo orghe tuo, umur cicoh 40 doh. Bayelah perase budok-budok dale gambar tu. Uuuuuu....aloh, buleh sssupit rokrak sorghe baju buat rrayo!

Semuonya anok yatim. Mok/Ayoh atau keduo-duo orghe penting dalam hidup, doh gi maso usia masih budok-budok. Sebenarnya, PSKK, persatuan sukan tempat ambo bekerjo, telah ambil inisiatif kumpul 40 anok-anok yatim dari 4 buoh sekoloh di Dungun ni. Sebelum tu, demo-demo tuh kutip duit dari staf yang sudi dermo/tajo anok-anok yatim ini, bowok mereka ke supermarket dan belikan pakaian raya. Habih dale RM100 sorghe. Pah tu, bowok pula untuk berbuko posa. Ambo banggo denge saing-saing ambo dale PSKK tu...SYABAS!
Kalu buleh, aktiviti gini biar telajok ko lepah bule posa - kito buat sokmo! Sebab apo ambo bbelah? Sebab ingat ko we' ambo dok de make jaso ambo!! Dio gi maso ambo baru setahun duo kerjo! Kalu kito ambik tahu, bekali ramai anok-anok yatim di keliling kito. Tapi, kito hanyo ambik ccaro sekali sekalo, bermusim! Musim posa, dekat-dekat nok rayo! Orghe kito pulok napoknyo ramai doh hok kayo. Ado hok tukar kereto mace tuka baju! Syarikat orghe kito pun banyok doh hok maju. Keno "cuoh" sket lah ko anok-anok yatim niiiii...., secaro berterusan, ikhlas dan berstruktur. Jange sebab nok masuk TV setahun sekali bui. Maso lain senyak sunyi. Di satu sudut, jerihnyo hidup. Di satu sudut hok lain pulok, banyok duit dibelanjo mace ianya tak dok nilai. Jiko kito dianugeroh Tuhan kemewahan, kutip cari dan bantulah anok-anok yatim di sekeliling kito. Mungkin mereka dijadikan yatim kerana Tuhan nok test sejauh mano kito.....

Monday, October 08, 2007

Lelaki DAYUS!

Lelaki DAYUS!

Ada juga diutarakan persoalan bagaimana jika sisuami berkata yang dia dah berbuih mulut nasihat siisteri tapi tak nak dengar. Jawab Dato', tak cukup dengan buih mulut. Langkah yang perlu dibuat selepas dah lengoh nasihat ialah jangan tidur dengan isteri (setengah ulamak berpendapat selama 41 hari), kemudian jika tak berkesan juga, pukul (tanpa mendatangkan kemudaratan). Selepas diusahakan semua itu, barulah sisuami terselamat dari siksaan tidak menjalankan amanahnya. Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" (Riwayat Ahmad)

Sunday, October 07, 2007

Body kkatang.....

Body kkatang...





Wednesday, October 03, 2007

Yaseen

Tuesday, October 02, 2007

Keibubapaan: "Outsourcing" vs. "In-house development"

Keibubapaan : “outsourcing” vs. “In-house development”

Terma outsourcing dan in-house development diajar dalam subjek Accounting Information System (AIS) dan merujuk kepada kaedah untuk membangunkan sesebuah sistem maklumat. Saya cuba gunakan terma ini sebagai analogi kepada konsep pendidikan anak-anak oleh ibubapa. Sebelum itu, saya terangkan dulu maksud dua terma tersebut dengan merujuk kepada kes berikut:

Sekolah Kebangsaan Sura ingin menggunakan khidmat pengawal keselamatan. Pilihan yang ada dua : (1) menggunakan khidmat syarikat pengawal keselamatan luar atau (2) menggaji sendiri pekerja untuk menjadi pengawal keselamatan.

Pilihan (1) dinamakan “outsourcing” iaitu menyerahkan tugas kepada pihak luar yang pakar dan pilihan (2) dinamakan “in-house development”, iaitu menggunakan kepakaran dalaman sendiri.

Saya berpendapat dalam memberikan pendidikan agama kepada anak-anak, kita (ibubapa) sekarang umumnya, ramai yang menggunakan kaedah “outsourcing”. Belajar baca Quran, belajar solat dan aspek agama yang lain kita serahkan kepada sekolah atau pusat yang menjalankan kelas fardhu ain untuk ajar, secara keseluruhannya (total)!!. Timbul pula yang kata, “tiada kepakaran”. Jikapun kita tak mahir baca Quran, takkanlah kita juga tak mahir solat! “Tiada kepakaran” bukan alasan kerana hakikatnya apa yang perlu ada pada anak hanyalah juga apa yang perlu ada pada kita.

Setidak-tidaknya kita ambil peduli. “Kain putih” itu adalah amanah untuk kita corakkan sebaik mungkin. Seorang ustaz mengajukan soalan, “Berapa ramai ibubapa yang pernah periksa dan cuba betulkan solat anak-anak, semenjak kecil sampai remaja?”. Berapa ramai ibubapa yang tunjuk cara betul ambil wudhuk atau mandi junub?”.
Bila manusia meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : amal jariah, doa anak yang soleh dan ilmu berguna yang diajar kepada orang. Secara tidak langsung, ibubapa juga berpeluang mempunyai "murid" yang boleh diperturunkan ilmu yang berguna. Bayangkan jika seorang anak solat sepanjang hayatnya dan orang pertama yang mengajar solat itu ialah kita, ibubapanya.

Sunday, September 30, 2007

Final Exam & Lailatul Qadr (Ramadhan)

Final Exam. & Lailatul Qadr (Ramadhan)
In three weeks time, my students will sit for their final examinations. I wish them good luck and pray for their successes. Students should realize that this three weeks time is really important for them. Let me share with you this analogy.

Now, we’re heading towards the last ten days of Ramadhan. We’ve being informed many times that the cream of Ramadhan which is Lailatul Qadr, is somewhere in this last ten days period. In fact, we were given valuable tip that we should seek for it in the odds nights of this last ten days.

Hazrat Aa'ishah radhiyallahu anhaa narrates that the Messenger of Allah sallalahu alayhi wasallam has said, “Seek the night of Dignity in the odd nights of the last ten days of Ramadhan”.(Bukhaari).

“Narrowing areas to be read” haaaa……

Stay awake, perform solah, cite Quran and read doa during this few nights are not the same as other nights. Let say, we go for our “sleeping beauty” and as a result, miss the Lailatul Qadr. Regret it whole heartedly, we then decided to stay awake, perform solah, cite Quran and read doa during ten days period in Syawal. The reward will never be the same!

The same thing goes with preparing for incoming final examination. Two months before sitting for my SPM examination, my teacher told me, “These two months are important for you. Whatever you do during this two months time will colour your future. Please prepare and study! I don’t care if you want to climb a coconut tree and jump head first after this two months!”. I actually followed her first advise and ignore the coconut tree part!.

Combining the two “bullets” discussed here, final examination and Lailatul Qadr (Ramadhan), could give a great shot!. Chance is not always and for this one, it's beginning to fly away!

Friday, September 28, 2007

Maksud ayat Al-Quran

Maksud Ayat Al-Quran: surah Al-Munafiqun, ayat 10-11

يَاوَأَنفِقُوا مِن مَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلَا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ الصَّالِحِينَ
10 . Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata:?Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?

وَلَن يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْساً إِذَا جَاء أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
11 . Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.
Kita manusia ni gini rupanya ya - dah diingatkan pun, masih tak nak ikut! Dalam ayat 10 di atas, Allah S.W.T gambarkan keadaan manusia yang sedang menghadapi MAUT. Merayu kita agar diberi peluang sekali lagi untuk hidup - kita nak banyakkan sedekah dan buat amal soleh! TAPI PELUANG HANYA SEKALI......

Thursday, September 27, 2007

Puasa & padang bola

Puasa dan padang bola
Analogi berkenaan puasa yang dibuat oleh Ustaz Wahairi (tazkirah selepas zohor, Pusat Hidayah UiTMT, 26/9/07) amat menarik minat saya. Kata ustaz, dalam permainan bolasepak, kalau kita tendang bola dari luar padang dan masuk gol, ianya tidak dikira gol sebab bola doh out ! Maknanya, kena sumbat dari dalam padang. Main bola ada padang dan sempadan!
"Puasa pun gitulah jugok", kata ustaz. Kena berpuasa dan berada dalam "sempadan-sempadannya".
Kalau berpuasa tapi tak solat, dedah aurat, jeling ko betis orang, ngumpat, dan lain-lain, alkisahnya.....
Ustaz bawa hadis (kalau tak silap) yang cerita tentang orang berpuasa tetapi hanya dapat lapar dan dahaga.....
Satu lagi, bukan sahaja yang jeling ko betis orang ada masalah, yang "sengaja" tunjuk betis pun sama-sama ada bahagiannya. Justeru, marlah kita sama-sama beringat dan memastikan kita sentiasa berada dalam "sempadan-sempadan" yang telah ditetapkan.

Wednesday, September 26, 2007

Jalan menuju syurga

Untuk lihat grafik di atas dengan lebih jelas, klik di sini. Saya dapat grafik di atas melalui email/internet. Tahniah kepada yang menciptanya kerana bagi saya ianya sesuatu yang inovatif dan kreatif.
Hakikatnya, jalan ke syurga itu tak mudah walaupun nampak lurus sahaja. Kena patuhi banyak "papan tanda". Itupun, saban hari ada sahaja usaha "mencabut papan tanda-papan tanda" tersebut. Ini kerja makhluk yang kita tak nampak - syaitan! Yang ikut betul-betul papan tanda, insyaallah selamat sampai. Yang tak ikut atau main belasah saja, akan terkorban - samada dilanggar atau melanggar! Jadi, jangan bimbanglah jika banyak kesukarannya dalam menuju ke syurga. Ianya telah ditetapkan sebegitu. Bersabarlah....
  • bersabarlah jika anda tak dapat projek sebab anda tak sanggup "hulur"(amal rasuah)
  • bersabarlah jika permohonan anda untuk mendapat kerja/naik pangkat/sertai pasukan sukan/kelab ditolak kerana anda bertegas untuk pakai tudung/tutup aurat
  • bersabarlah jika anda disisih kerana anda tak ingin minum atau kaki perempuan
  • bersabarlah jika anda tidak popular kerana anda cuba bersikap adil
  • bersabarlah jika anda "kekal di takuk lama" kerana anda tak sanggup main kotor

Bersabarlah kerana hidup ini singkat dan ada titik henti. Dunia ini sememangnya neraka bagi yang ikut "papan tanda" dan syurga bagi yang langgar "papan tanda".

Tuesday, September 25, 2007

Anak ayah....jalan ke syurga itu berduri!

Anak ayah...jalan ke syurga itu berduri!

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa Umar bin Khattab ra. bertanya kepada Ubay bin Ka'ab tentang taqwa. Ubay ra. menjawab:
"Bukankah Anda pernah melewati jalan yang penuh duri?""Ya.", jawab Umar."Apa yang Anda lakukan saat itu?""Saya bersiap-siap dan berjalan dengan hati-hati.""Itulah taqwa."

Monday, September 24, 2007

Bos Dibenci, Bos Dipuji

Isi Kandungan - Ketahui Bidang Tugas . Bersifat Pemaaf dan Beri Peluang Kedua . Agih Tugas Mengikut Personaliti . Nilai Prestasi Secara Adil . Pilih Kasih, Pilih Bulu . Berani Mengakui Kesilapan dan Pohon Maaf . Pandu ke Arah Kebenaran . Katakan “Ya” kepada Idea Pekerja . Pekerja Bukan Punch Bag . Jangan Curi Idea Pekerja . Jaga Amanah dan Elak Seleweng Kuasa . Jangan Cepat ‘Jatuh Hukum’ . Jaga Kebajikan Pekerja . Prihatin dengan Masalah Pekerja . Gaji... Oh Gaji! . Mudah Didekati dan Mendekati . Jangan Suka Diampu . Jujur dan Percaya kepada Pekerja .Bersedia Menerima Kritikan . Bantu Pekerja Mengejar Kecemerlangan Kerjaya . Pekerja Bukannya Hamba . Miliki Kemahiran Mengurus . Jangan Terlalu Berkira dan Kedekut . Beri Maklum Balas Beri Penghargaan, Jangan Tangguh! . Tunjuk Contoh yang Baik . Dengar daripada Kedua Pihak yang Bertelagah . Jadilah Pendengar yang Baik . Yakin dengan Kebolehan Pekerja Kedua-dua Penting Tetapi Perlu Pilih Satu . Jangan Syok Sendiri, Bermesyuarat .‘Bos Skema’ . Ambil Berat dan Simpati kepada Pekerja . Agih dan Beri Kuasa kepada Pekerja . Jaga Kepercayaan Pekerja . Berani Bertanggungjawab atas Tindakan . Perjuang dan Pertahan Hak Pekerja . ‘Kita’ Bukannya ‘Saya’ . Berani Kata ‘Tidak’ dan Berterus Terang . Jangan Berprasangka Buruk pada Pekerja . Jangan ‘kluk… klek…’ ‘Hei… Kamu buat ini!’ . Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga . Puji Secara Terbuka, Marah Secara Tertutup . Elak Rasa Cemburu dengan Pekerja . Jangan Semai Dendam Beri Ingatan Secara Berterusan . Bos Tegas, Pekerja Lemas . Kawal Diri
Dapatkan buku terbaru kami. Beli untuk dibaca atau dihadiahkan kepada bos! Telefon 019-957 2234 (Gee) untuk tempahan.
Harga: RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak) + kos penghantaran
ISBN: ISBN 983-3586-27-9 Barcode: 9789833586271 Jumlah Halaman: 160 halaman

Mesin lipat baju

Kaedah lipat baju
Siapa kata kaedah tradisional sudah tidak relevan?
It could be simple and yet very very helpful....
My 11 years old daughter has tried it and it works!
Congratulation and thanks to the inventor and the owner of this video - you've made other people's life much easier.


Sunday, September 23, 2007

Ibubapa dalam dilema

Ibubapa dalam dilema (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Al-Fatihah buat arwah adik Nurin Jazlin. Takziah dan banyak bersabar kepada ibubapa serta keluarganya. Saya, selaku ibubapa juga terasa tertekan dan dalam dilema. Dilema kerana dalam kita nak didik anak untuk bersikap berdikari/tidak bergantungan, kita juga (hari ini) bimbang untuk lepaskan mereka bermain di luar rumah walaupun untuk jarak sejengkal. Kanak-kanak pula sukar memahami keadaan ini. Tindakan yang kita buat bertujuan ingin "menjaga" mereka mungkin disalah mengertikan sebagai ingin mengongkong mereka. Sampai bila ini harus berlarutan. Jika dulu, kita mungkin bimbangkan anak-anak remaja, kini ianya tak mengenal usia. Memang itu pun sifat yang ada pada makhluk yang bernama binatang - tak kenal usia atau hubungan!
Mungkinkah ini salah satu musibah yang perlu kita tanggung disebabkan oleh ketidakcaknaan kita kepada suruhan dan larangan Allah S.W.T. Kita boleh buat analisa sendiri untuk memutuskan bahawa secara kolektifnya sebagai sebuah masyarakat, adakah kita semakin jauh atau dekat dengan Tuhan. Bila bala menimpa, ianya tidak kenal siapa, usia, baik/jahat.

Friday, September 21, 2007

Syahdu from mashari

Alangkah syahdunya....
Cuba tonton dan dengar sampai habis.
Beri tumpuan dan penghayatan...dengarlah dengan mata hati!
Alami tusukan roh Al-Quran (doa) terus ke dalam qalbu...
Buka (on) speaker anda.

Thursday, September 20, 2007

Wafah

Wafah

Wednesday, September 19, 2007

Puasa itu rutin/kebiasaan?

Cuba kenalpasti anak yatim dalam keluarga/jiran tetangga/pekerja di organisasi atau pejabat anda. Ambil inisiatif kumpul derma untuk bantu mereka. Insyaallah, hati anda akan puas dan tenang.
Hari ini saya baru tahu bahawa anak yatim di organisasi saya (yang ibubapa/ibu/bapa mereka menjadi rakan sekerja saya dan kini telah pulang ke rahmatullah) semuanya berjumlah lebih 40 orang. Terimakasih tak terhingga kepada rakan-rakan yang telah ambil inisiatif menggerakkan projek untuk bantu anak-anak ini.


Monday, September 17, 2007

Bujet, Bonus & Ramadhan

Bujet, Bonus & Ramadhan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com/)
Setiap kali bujet dibentangkan, antara perkara yang dinanti ialah pengumuman tentang BONUS. Dalam bujet 2008, telah diumumkan tiada bonus untuk kakitangan awam. Pengaruh bonus ini memang kuat dalam masyarakat kita walaupun hakikatnya, ia boleh habis dalam masa satu hari sahaja. Dalam keghairahan berbincang tentang aspek material dunia, kita mungkin lupa "bonus" Tuhan yang ditawarkan kepada hambaNya dan sentiasa termaktub dalam "bujet" Nya saban tahun. Kita pandang ringan walaupun "bonus" ini kekal dan untuk bekal di "dunia yang infiniti". Ramadhan juga datangnya setahun sekali. Tapi, kita mungkin "takes thing for granted" (kita akan sentiasa berpeluang untuk Ramadhan yang akan datang) sehingga kita tidak memanfaatkan semaksimum mungkin "bonus" anugerah Tuhan ini. Allah S.W.T sememangnya Maha Pemurah. Diberikan lagi "bonus dalam bonus", iaitulah Malam Lailatul Qadr. Justeru, jangan kita terlepas peluang untuk meraih "bonus" pada tahun ini. Masa yang lepas tak mungkin datang kembali. Hari ini hari ke-5 kita berpuasa. Berrtindak sebelum terlambat.
Buat senarai semak - berapa banyak sedekah dah dibuat setakat 5 hari ini?, Berapa ramai orang yang kita telah beri makan untuk berbuka puasa dalam 5 hari ini? Berapa malam dah kita miss solat Terawih? Berapa juzuk Quran dah dibaca setakat 5 hari ini? Berapa peratus peningkatan amalan kita berbanding sebelum ini?

Sunday, September 16, 2007

Kentang goreng makanan ciptaan orang putih boleh jadi popular dan diterima di sini. Makanan ciptaan orang kita juga tak kurang hebatnya.

Acu cuba try test mini POPIA inti ikan dari Terengganu ini. Aummmm.....rangup & banyak ikang (opss!ikan).

Anda boleh JANA PENDAPATAN TAMBAHAN dengan menjadi pengedar kepada Mini POPIA ikan kami.

Anda tak perlu ada kedai untuk jadi pengedar kami. Dapatkan tempahan dari rakan sepejabat, jiran dan ahli keluarga. Maklumkan kami dan kami akan hantar kepada anda.

Untuk butiran lanjut, hubungi 019-957 2234 (Gee) / 019-954 3686 (Lin)

Monday, September 03, 2007

Projek penyediaan akaun masjid

Saya bersama rakan-rakan sefakulti dan pelajar perakaunan sedang mengusahakan projek di atas. Kami fokuskan kepada 46 buah masjid di daerah Dungun sebagai pilot dan insyaallah, sasarannya ialah untuk bantu memantapkan pengurusan kewangan keseluruhan masjid di Terengganu yang kesemuanya berjumlah lebih 480 buah. Selepas mendapatkan kelulusan daripada pengurusan universiti dan pejabat agama daerah, langkah seterusnya ialah mengadakan perjumpaan dengan semua bendahari masjid terbabit. Pemantapan pengurusan akaun masjid penting memandangkan ianya merupakan institusi teras bagi umat Islam.
Sedih juga memikirkan mengapa kami "tak nampak" projek ini lebih awal. Banyak perkara yang boleh kami bantu dan pengurusan masjid sememangnya mengharapkan dan mengalu-alukan bantuan. Kita mungkin terlepas pandang kekuatan yang sedia ada dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Ada masjid yang hasil sumbangan diterima berjumlah puluhan ribu tapi "beku", tidak digunakan untuk manfaat ramai. Ada yang kutipan Jumaatnya menjadi "habuan" pencuri dek kelonggaran sistem kawalan dalamannya (misalnya, duit kekal dalam peti besi tanpa didepositkan dalam bank secepat mungkin).
Antara output projek ialah laporan kewangan bulanan yang ditampal di papan notis masjid. Laporan kewangan akan memaklumkan kekuatan dan kelemahan kita. Bila kekuatan dan kelemahan diketahui, senanglah kita bertindak. Bertindak dalam ertikata, jika masjid kekurangan wang, orang ramai perlulah lebih banyak menyumbang. Jika masjid dah kuat dari segi sumber kewangannya, pelbagai program perlulah dilaksanakan. Masjid di Singapura misalnya, paling berjaya dalam program pengimarahan masjidnya. Kursus kasih sayang dan kursus memasak pun dilaksanakan di masjid. Kita ni banyak pantang larangnya - banyak perkara tak boleh buat di masjid, macam-macam alasan. Akhirnya, masjid kekeringan program dan jadi tempat solat sahaja. Kurang program yang mendekatkan orangramai terutamanya golongan muda kepada masjid. Ini perlu berubah.
Kami harap projek kami ini dapat membuka jalan kepada mendekatkan orangramai kepada institusi masjid.








Saturday, September 01, 2007

Friday, August 31, 2007

Remaja selepas MERDEKA



Mungkin ada yang tak setuju dengan kenyataan di atas tentang remaja zaman sekarang. Ini kerana mereka tak terlibat secara langsung dengan golongan ini. Cuba tanya cikgu/pensyarah atau cuba ”berada” di sekolah/universiti buat jangkamasa tertentu dan perhatikan.

Tentang persoalan mengapa kegawatan di kalangan remaja masakini berlaku, saya bawakan sebuah kisah yang saya dengar daripada seorang ustaz dalam Radio Malaysia Terengganu pada 30/8/07, jam 1.55 tghari :
Pada zaman Nabi S.A.W dahulu, sedang Nabi S.A.W duduk bersama sahabat dalam masjid, beberapa remaja sedang bermain di luar sampai terkena pasir ke muka Nabi S.A.W. Seorang daripada remaja tersebut tersepak bola hingga jatuh di hadapan Nabi S.A.W. Remaja tersebut berlari untuk mendapatkan bola dengan melangkah di celah-celah orang tua tanpa beradab. Nabi S.A.W serta para sahabat merenung remaja terbabit. Sabda Nabi S.A.W, ”budak ini budak subahah!, budak ini budak subahah!”. Kebetulan, ayah remaja tadi ada dalam majlis tersebut. beliau lantas pulang dna bertanyakan apa yang isterinya beri makan kepada anak mereka. Isterinya menjawab yang beliau beri anak mereka makan apa yang suaminya bawa balik ke rumah setiap hari.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah ibubapa merupakan antara faktor utama penyebab kepada krisis remaja masakini. Ada sesiapa yang nak komen atau mungkin nak kata tidak? Boleh kita bincang di sini. Bimbang juga ni sebab saya pun berstatus bapa.

Thursday, August 30, 2007

Kita patut contohi SEMUT!









Kita patut contohi SEMUT!
Sesetengah daripada kita mungkin pandang rendah/tak kisah pada semut. Sesetengahnya pula mungkin tak pandang langsung hinggakan dengan mudah dan tak rasa bersalah pijak/kerenyek semut bila melihatnya. Setiap kejadian Allah S.W.T ada hikmah dan kepentingannya. Kita hanya perlu lihat, kaji dan hargai.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)
Kehidupan bermasyarakat kita sekarang tak seperti semut. masyarakat semut hidup harmoni, bantu-membantu, saling bekerjasama untuk mencapai impian, ambil cakna antara satu sama lain. Semut juga berkemahiran dan bekerja keras.

Kita lihat bahawa bila seekor semut jumpa makanan, dalam sekelip mata yang lain datang kerumun. Makanan diusung bersama-sama ke sarang. Hebat komunikasi dan budaya perkongsiannya. Dalam kontek persahabatan, setiap kali bertemu, semut "beri salam".
Masyarakat kita pula:
  1. Sesetengah usahawan ali babakan projek untuk kenyang seorang!
  2. Kita hanya beri salam kepada yang kenal, mudah bermasam muka dan lupa rakan…
  3. Kita mudah iri hati dan berperasaan dengki. Di mana kebenaran pengakuan kita bahawasanya rezeki ditentukan oleh Allah S.W.T?
Boleh ikuti kisah semut dengan terperinci dalam http://www.harunyahya.com/malaysian/semut1.php

Sunday, August 26, 2007

Manusia Robot!

MANUSIA ROBOT!
Kita mesti berusaha untuk melahirkan manusia yang bukan seperti robot. Robot tak dok perasaan dan bekerja seperti yang diprogramkan tanpa mereka sendiri berupaya berfikir. Amat merungsingkan jika suatu hari nanti dunia kita dipenuhi MANUSIA ROBOT! Grafik di atas hanya satu contoh. Contoh lain :
  1. bila ada jiran telefon suruh balik kampung sebab ibu/ayah sakit, si X tanya "Teruk ke sakit? Kalau tak tenat, nak balik weekend depan sebab lo ni banyak kerja!"

Ada lagi dok contoh MANUSIA ROBOT yang tuan-puan boleh fikirkan...

Friday, August 24, 2007

BUKU KAMI: Formula Menjadi Usahawan Berjaya

BUKU KAMI: Formula Menjadi Usahawan Berjaya

PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
ISBN: ISBN 983-3376-20-7Barcode: 9799833376208Jumlah Halaman: 211 halaman Tarikh Terbit: 29 April 2005
Beli dari kami (hard cover) dengan harga: RM15.00 (tak termasuk belanja pos)
Hubungi kami (Gee) di 019-957 2234
KANDUNGAN
Bahagian 1: Kerjaya Usahawan: Tak Kenal, Maka Tak Cinta PengenalanKelebihan Menjadi UsahawanMengapa Usahawan Gagal?Apa Itu Risiko Berniaga?Jenis Perniagaan dan RisikonyaMengawal dari Dalam: Apa Pentingnya?Untung dan Rugi
Bahagian 2: Produk dan Pembungkusan PengenalanSama Tetapi Tidak SerupaProduk Berkualiti, Bungkusan MenarikProduk Mesra PelangganBuat Produk dengan Ikhlas dan JujurSuci dalam DebuCipta Produk Unik
Bahagian 3: Sedia Berkhidmat PengenalanMaaf! Saya yang SilapSukatan dan TimbanganMesra PelangganKhidmat yang Menjauhkan PelangganKhidmat Cemerlang, Pelanggan SetiaCara Khidmat Tidak ProfesionalNilai Tambahan Menarik PelangganSumpah Bohong bagi Menarik Pelanggan
Bahagian 4: Pekerja...oh! Pekerja PengenalanHarapkan Pagar, Pagar Makan PadiBos OK, Pekerja KOBelajar daripada PekerjaPekerja Bukan HambaPekerja Sering Bertukar GantiPerniagaan dalam PerniagaanKebajikan Dijaga, Pekerja SetiaMenangani Pekerja Bermasalah
Bahagian 5: Bagaimana Mencari Pasaran? PengenalanInisiatif Mendekati PelangganTidak Kena Caranya, BinasaMengiklan Cara TradisionalIklan Melalui InternetAnjurkan Rumah TerbukaBuah MulutDaripada Masyarakat kepada Masyarakat
Bahagian 6: Pelanggan Setia? Begini Caranya... PengenalanPelanggan Adalah RajaKreativiti Tarik PelangganJaga Hubungan Baik dengan PelangganHargai Pandangan Pelanggan
Bahagian 7: Bagaimana Mengurus Akaun? PengenalanSalah Persepsi Pada Akaun PerniagaanAkaun Perniagaan Penting bagi UsahawanUntung? Rugi?Catat Pembayaran dan PenerimaanDokumen Asas Elak RugiSistem Memberi KreditMemungut Hutang Cara BerhemahKemas Kini Buku Tunai, Elak Cek TendangPenyata Penyesuaian Bank Kesan Tindakan Seleweng Penyata Kutipan Tingkat KutipanBerpecah Kongsi
Bahagian 8: Bagaimana Mengurus Stok?PengenalanBarang Diterima Tidak DiperiksaRekod Keluar Masuk StokUrus Stok dengan EPOS
Bahagian 9: Sikap Usahawan, Faktor Berjaya PengenalanCari Duit Ataupun Cari Rezeki?Hasad Dengki Bawa MudaratSemakin Berisi Semakin MendongakPeniaga Ibarat KetamSanggup Berubah Supaya BerjayaOrang Tamak Selalu RugiUsahawan Bukan SupermanBersifat Ihsan Apabila BerniagaBiar Papa, Asal BergayaSediakan Payung Sebelum HujanBerfikiran GlokalAmbil Peluang daripada Keadaan MendesakTunggu... Tunggu dan Tunggu

Thursday, August 09, 2007

Jangan bincang!

Kelmarin saya menerima email daripada rakan, seorang doktor perubatan. Beliau bimbang dengan peningkatan jumlah mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan disebabkan oleh aktiviti seksual (lebih tepat, seks bebas!). Bimbang kerana peningkatan berlaku di kalangan mereka yang bergelar mahasiswi. Lebih merisaukan ialah mereka yang terlibat seakan tidak menganggap perbuatan yang dilakukan itu salah dan tidak menyesalinya.

Sesetengah ahli masyarakat kita mungkin tidak suka pendedahan sebegini. Namun, bagi saya, status kepincangan dan masalah sosial dalam kelompok kita perlu diketahui umum. Ianya mengenai generasi muda kita, pewaris masa depan. Nak lihat kejatuhan/kebangkitan tamadun sesuatu bangsa, lihatlah kepada generasi mudanya. Bila kita tahu bahawa keadaan kita tenat, kita akan bincang dengan serius dan rangka tindakan (walaupun hakikatnya pencegahan lebih baik dari mengubat). Jika tidak, kita akan anggap kita berada di air yang tenang. Bila tenang, kita selesa dan tidak perlu bincang apa-apa. Biarkan..biarkan....tu tugas orang lain! Akhirnya, dah sampai peringkat tak boleh diubat atau "masuk dalam kain kita sendiri" (nauzubillah). Kena ingat bahawa bila bala ditimpakan, ianya tidak hanya ditimpa kepada orang yang jahat atau buat maksiat sahaja..
Saya tak faham mengapa sesetengah orang tak suka untuk bincang permasalahan sebegini. Jika dengan tak bincang, masalah selesai okaylah tapi.....kita semakin tenat...mungkin tunggu masa untuk bommmmmmmm.....

Tuesday, August 07, 2007

"Kehidupan bbalik!"

"Kehidupan bbalik!" (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)

Saya cuba bawakan contoh berikut untuk menerangkan terma ini. Minah mempunyai empat orang adik beradik. Adiknya yang bongsu tinggal bersama si ayah yang kena strok, lumpuh sebahagian tubuh dan terpaksa pakai lampin. Dua orang lagi adik Minah datang secara bergilir-gilir untuk menjaga si ayah. Minah asyik memberikan alasan untuk tidak datang bantu jaga siayah. Kehidupan Minah jadi lebih senang dan mudah berbanding 3 orang adiknya yang lain kerana beliau tidak banyak berkorban - untuk jaga siayah! Beliau tidak perlu lap tubuh ayah setiap hari, tidak perlu tukar dan basuh lampin, tidak perlu basuh berak dan kencing ayah, tidak perlu tegangkan urat untuk angkat ayah atau tolak (atas katil beroda yang dibuat khas) ayah sekali-sekali keluar ke ruang hadapan rumah. 5 tahun berlalu dan akhirnya si ayah meninggal dunia. Selang beberapa bulan selepas itu, suami Minah jatuh sakit – kena strok, lumpuh sebelah tubuh dan terpaksa pakai lampin. Kini Minah terpaksa menjaga suaminya sepertimana adik-adiknya menjaga arwah bapa mereka dahulu.

Kita tidak dapat lari dari tanggungjawab kerana lumrahnya, “Kehidupan bbalik”. Tanggungjawab tetap datang. Mungkin di masa lain dan dalam bentuk berbeza.

Friday, August 03, 2007

Sikap negatif orang kita

Sikap negatif orang kita (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)Saya ingin berkongsi sikap negatif orang kita berbanding orang di negara maju dalam aspek perkongsian ilmu pengetahuan. Saya gagal mendapatkan artikel akademik yang diperlukan untuk tujuan pengajian dari pangkalan data atas talin (seperti ebscohost, proquest dan emerald). saya dapatkan email penulis asalnya, seorang profesor dari universiti luar negara. Saya email kepada beliau pukul 9 pagi dan pukul 3 petang, saya mendapat email balas dari beliau. Beliau melampirkan artikel yang diminta berserta dengan beberapa artikel lain yang berkaitan. Cerita seorang lagi rakan yang mempunyai pengalaman yang sama lebih menarik. Kata rakan saya itu, "Aduhhhh...hebat orang luar ni. Dia kurier artikel yang aku minta dan bukunya PERCUMA saja kepada aku!". Ini budaya ahli akademik luar - mereka tak lokek dengan ilmu pengetahuan. Sesetengah ahli akademik orang kita pula, usahkan nak dapat artikel, balas email kita pun tidak. "Senyap sunyi" tanpa berita. Ada sesetengah yang lain pula, bila kita minta nasihat, "kesukaran" yang kita dapat. Bukannya nak bantu kita agar sama-sama mengecapi kejayaan! Mengapa ini berlaku? Kita sudah MERDEKA 50 tahun. Adakah kita perlukan 50 tahun lagi untuk merdeka daripada sikap-sikap sebegini?