TOWARDS A LOVING & CARING SOCIETY : Community, accounting, riddle, entrepreneurship, alternative treatment, religion (kemasyarakatan, keusahawanan, perakaunan, perubatan alternatif, keagamaan, kisah tauladan, teka-teki).










Sumpah bohong tarik pelanggan, hilang keberkatan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Teka-teki1 : Apa benda ni? (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Rutin hidup lo ni.... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Bersunat/Berkhatan (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Siput sedut & Belalang goreng (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)2) Satu lagi yang menjadi makanan kegemaran di kampung dulu ialah belalang goreng. Saiznya kecil. Dijual orang kampung ikut sukatan tin kopi. Satu tin, seingat saya, RM0.30. Sedap dikunyah, krek!krek! Di goreng garing - rangup, crispy! saya sedang mencari-cari di mana ada dijual tapi masih tidak berjumpa.
Keadaan kita macam iceberg (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Buah getoh! (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)
Sikap orang kita : Asal aku yang senang.... (http://www.negarakumalaysia.blogspot.com)Jadi, tuan-puan boleh buat kesimpulan sendiri sejauh mana ini benar dalam komuniti kita. Boleh utara contoh di sini kalau ada. Pernah seorang ketua di Majlis Hal Ehwal Islam memberitahu saya yang banyak surau dan masjid "miskin", tak dapat bayar bil bulanan mereka walaupun jumlah jemaah Jumaat sentiasa ramai. Mungkinkah dalam kes ini, orang kita berfikir, "uhhhh....tak apalah aku dok derma pun, padan dengan jemaah hok ramai-ramai ni!"


Peperiksaan suatu ujianAn exhausted looking man dragged himself in to the Doctor's office.
"Doctor, there are dogs all over my neighborhood. They bark all day and all night, and I can't get a wink of sleep."
"I have good news for you," the doctor answered; rummaging through a drawer full of sample medications. "Here are some new sleeping pills that work like a dream. A few of these and your trouble will be over."
"Great," the man answered, "I'll try anything. Let's give it a shot."
A few weeks later, the man returned, looking worse than ever. "Doc, your plan is no good. I'm more tired than before!"
"I don't understand how that could be," said the doctor; shaking his head. "Those are the strongest sleeping pills on the market!"
"That may be true," answered the man wearily. "But, I'm still up all night, chasing those dogs, and, when I finally catch one, it's hard getting him to swallow the pill!!!"
Ni cerita musim tengkujuh tahun lepas, 2005 tapi saya nak kaitkan dengan isu semasa. Dalam perjalanan pulang ke kampung, saya singgah di Kuala Besut. Saya cari ikan sungai dan ubi kayu. Jumpa la ikan kasam (ikan jeruk) dan ubi kayu. Isteri saya terkejut bila makcik penjual beritahu harga ubi kayu seplastik besar hanya RM2.00. Masa kami berhenti, hujan turun renyai-renyai dan makcik tu menjual di gerai yang hampir roboh, di depan rumah beliau yang dipenuhi air banjir. Saya ingat nak ambil gambar, tapi tak sampai hati, takut makcik terasa - "kesukaran aku kegembiraan bagi orang lain"! Anak saya kata makcik tu seksi sebab kain sedikit terselak dan basah kuyup kena hujan. Baru balik menggali ubi gamoknya. Beliau tidak pula menaikkan harga barangan apabila melihat kereta 'orang luar' berhenti di depan gerai. Jauh sekali mengambil kesempatan apabila kita kata "keep the change" - beliau bersungguh-sungguh mencari duit 'cucur' (wang kecil untuk duit kembali)."Nati, Nati, ado, ado! dok tahu dok diwana! Aloh, kalu kito nok gak, dok jupo lah", makcik membebel! Itulah kehidupan orang kampung dan kehidupan kampung - naif dan mudah!
Ini kawasan tanah perkuburan Kg. To' Ku Chabang Tiga, Kuala Terengganu. Apa yang ingin dikongsi di sini ialah papan tanda kebanyakan kuburnya yang seragam dan kemas. Label hitam dengan tulisan putih, dibuat daripada bahan macam plat kereta tu, dilekat pada batang besi dan dipacak dalam setiap kubur (lihat gambar sebelah). Jadi anak cucu yang datang ziarah setahun sekali tak tersilap baca doa/yasin di kubur orang lain. Pernah jadi keeee???? (Jawab : Ehem! ehem!, dok ehhh...). Tapi kata sahabat saya Che Amri Sulong, dalam cerita P Ramlee, "Kassim Selamat" ada...
Jumaat, 27 Oktober 2006 bersamaan 4 Syawal 1427H. Khutbah Jumaat di masjid To’Ku Chabang Tiga membicarakan perihal besarnya jasa ibubapa yang tidak harus dilupakan oleh anak. Jadi kali ini saya nak bincang pasal ibu ayah. Saya percaya perbincangan mengenai ibu dan ayah menyentuh banyak hati. Sebagai seorang anak, saya kira kita banyak menyusahkan daripada menyenangkan kedua ibubapa kita. Ini saya lihat dari kronologi berikut:

Antara "sayangkan anak, tangan tangankan" dan "sayangkan anak timang timangkan". Apa nak dikata, orang tua dulu dikatakan lebih keras dalam mendidik anak-anak mereka berbanding ibubapa sekarang. Dulu, tak sukar nak cari rotan dalam rumah. Tak ada rotan, tali pinggang dan gulungan suratkhabar pun jadi. Sekarang, dalam rumah ada macam-macam kecuali rotan. Dulu, jika anak di rotan dis ekolah kerana tak boleh hafal sifir, balik rumah kena tibe (pukul) lagi oleh siayah. Sekarang, anak-anak jangan disentuh atau diusik!Namun, anehnya, dulu "Pusat jagaan orang tua" jarang didengar. Sekarang dah tumbuh macam cendawan. Di Dungun, bandar kecil ini pun dah ada Pusat jagaan harian Orang Tua (di Kuala Dungun). Masa depan tak tahulah guano ceritanya. Kita sedang bentuk kehidupan dan masyarakat yang macam mana sebenarnya ni? Kita sentiasa fikirkan ubat untuk penyakit tetapi tidak berusaha mencari kaedah mengelak penyakit walaupun hakikat "Prevention better than cure" tu semua orang akui betul!

Kereta volkswagen (atau sesetengah orang panggil, kereta "kura") di atas kepunyaan dua rakan sekerja saya. Ianya nampak sama tapi tak serupa, macam manusia, "rambut sama hitam tapi hati lain-lain" - yang di kiri nampak lebih "jangok" (cantik) berbanding yang di kanan. Coretan saya lebih fokus kepada yang di kanan kerana selain tuannya, hanya saya yang sanggup naik kereta itu (pengakuan daripada tuannya sendiri). Bila masuk, nyamuk akan berterbangan, kekadang sampai masuk lubang hidung kita! Kelainannya bukan hanya pada warna tetapi juga "suara"nya - bong...bong...bong...sebatu dah didengari bunyinya dan tahulah kita siapa sudah datang - kereta kuning! Pernah satu ketika semasa saya menaikinya, "mata"nya terjatuh di atas jalan. Rakan saya memberhentikan kenderaannya dan saya turun kutip "mata" yang jatuh! No problemo!
Sahabat saya, Jamalludin Helmi Hashim (JHH) sedang mencari kereta terpakai. Katanya nak beli kereta bersaiz besar sikit kerana keluarga dah besar. Antara sumber utama yang beliau gunakan ialah staronline.com. Salah satu aspek yang dilihat apabila menilai sesebuah kereta terpakai ialah perbatuannya ataupun mileage– berapa jauh dah kereta tu dah “berjalan”. Mileage tinggi maknanya kereta kuat “berjalan” dan kadar penggunaan tinggi. Biasanya pembeli lebih tertarik kepada kereta yang mileagenya rendah. JHH kata mileage otak manusia dok leh gitu! Mileage otak perlu pergi sejauh mungkin. Lagi jauh lagi baik! Maknanya banyak fikir atau berfikiran jauh! Kalau dah hidup lama tapi mileage rendah, asyik berfikiran singkat atau tak banyak digunakan, nilainya rendah.
Kisah 1- Seorang Raja mengeluarkan wang yang banyak untuk membina sebuah masjid. Apabila siap, baginda ingin menamakan masjid tersebut mengikut namanya kerana beliau telah banyak membelanjakan wang untuk pembinaannya. Beliau bermunajat meminta petunjuk dari Allah s.w.t. Selama 3 malam berturut-turut, beliau bermimpi yang masjid itu perlu dinamakan mengikut satu nama yang bukan namanya. Selepas diselidik, nama itu milik seorang fakir di negerinya. Setelah ditanya, sifakir menafikan beliau ada beri sumbangan besar kepada masjid, al maklumlah beliau hanya seorang fakir miskin. Setelah didesak oleh raja dan beliau puas berfikir, sifakir akhirnya teringat yang beliau pernah memberi minum seekor kaldai yang teruk membawa muatan berat semasa pembinaan masjid tersebut. Hanya itulah perkara yang dilakukannya berkaitan dengan masjid terebut! (sumber: sudut Tazkirah Radio KT, 1.30 tghari, 5/10/06)
Banyak yang dapat kita pelajari daripada tumbuhan semalu yang kecil ini rupanya. Rasulullah s.a.w menasihati puterinya Fatimah dengan mengatakan bahawa wanita sinonim dengan pohon semalu ini. Baginda menyarankan wanita mengambil pengajaran dari empat aspek:Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya). Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim. Ketiga, semalu juga menpunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. Dan akhir sekali semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu,para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Foto di atas dipinjam dari http://darling.fotopages.com/?entry=708062